Friday, March 05, 2010
Basikal tahap PhD
Tak ingat siapa dia, tapi aku ingat tamsilan* dia sampai sekarang.
Bachelor degree
Belajar tentang basikal secara keseluruhan. Apa guna seat (tempat duduk le... tahniah kerana betul jawapan), mana nak cucuk seat tu kat frame. Tayar ada berapa biji? Lampu malam nak kena letak ke tak?
Master's degree
Kaji/belajar hal mengenai tayar basikal dengan detail. Tayar je. Lain tak kira. Berapa radius tayar tu? Frame tayar nak pakai apa jenis material? Getah tayar nak lebar ke nipis?
PhD
Kaji tentang satu rim pada tayar basikal tersebut. Banyak persoalan mungkin timbul antaranya, sesuai pakai besi? aluminium? Ditanya kembali, apa buktinya? Tanya kembali, mana tau itu bagus, dah compare dengan benda lain? Tebal mana? Kenapa tak tebal sikit? Kenapa tak nipis sikit? Ringan ke? Apa berat optimum? - semata-mata kajian tentang rim yang sebatang tu je. Diulangi... SEBATANG RIM!
---tamat tamsilan kawan aku tu----
---mula tambahan moralnya-----
Orang takde iman, bila selesai PhD dan dapat PhD dia akan lihat kehebatan dia mengkaji begitu detail hingga boleh cakap luar dalam tentang hal yang dikajinya. Kata seorang alim yang aku dengar mp3nya, apa pun tak guna sebab banyak mana PhD pun dia dapat, tanpa iman, akhirnya di neraka.
Orang yang ada iman, akan lihat kebesaran Allah s.w.t. Untuk kaji benda yang SORANG PUN TAK AMBIL TAU (kaji pasal sebatang rim basikal... pehal? Bini pun tak berapa peduli, habis-habis pun boleh tanya, bila nak siap?) tapi punyalah payah! Habis masa sampai 3-4 tahun, tak tidur siang malam memikirkan hal rim yang sebatang tu, makan tak kenyang mandi tak basah... Dahsyatnya ilmu Allah s.w.t. wehhhhh. Benda kecik macam tu separuh mati mengkaji. Kajian kita tu kita JUMPA je. Tak pun ASSEMBLE. Bukan cipta. Yang cipta hanyalah Allah s.w.t.
Patut makin tawaduk dan takwa le (mengeluh mengenang diri...)
*adalah misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran dan teladan.
bro ben, nak tanye..hajab tak ambik phd?
ReplyDeleteada orang dah sampai phd dia jadi anti hadis...masa ade spm jer tak anti...
ReplyDeleteaku tgh buat Masters in Art and Design Practice. So, topic yg aku nak buat ialah psl punk fanzine. Tapi still in early stage, baru week 2. Aku kena focus more on the outlook, the design, the artwork, the process, the anti-establishment, the influences (pop art, dadaist art, etc.). Cut and paste, typewriter, software, chaos layout and the evolution. So, hope korang boleh tolong aku. Kalau ada simpan isu lama2 korang lagi cun. Nanti kalau aku perlukan tolong, harap korang boleh tolong. Aku ingat nk pilih beberapa zine sbg rujukan utama. Antaranya Aedes, Cronically Donut, Vortex From The East dan beberapa dari luar mcm Cometbus, Absolutely Zippo, Doris, (melalui anthology books yang aku boleh order) dan zine2 yg aku boleh dpt arkibnya online.
ReplyDeleteMungkin korang ada cadangan apa2 aku sedia dan suka sangat nak dengar. OK THANK YOU bosses.
DO forward this email to those u think can help me too.
REgards,
Nizang
nizangmosh@gmail.com
susah gak eikk nak amek phd pasal beskal...
ReplyDeleteeh dlm silibus phd tu ade tak masuk topik gear basikal chopper?
pelik gak aku tengok gear beskal chopper tu...
ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk (tawaduk) la dia...
ReplyDeleteade 1 lg tamsilan tentang basikal yg aku dgr dr seorang maulana..
ReplyDeletebeza org awam dengan org yg buat usaha ugama adelah seperti org awam tu naik basikal dan org yg buat usaha agama tu naik kapalterbang..
jika org yg naik basikal tu terjatuh,insyaallah dia boleh bangun balik tetapi jika orang yg naik kapalterbang tu terjatuh,insyaallah dia xkan bangun lg..renung2kan..huhu