Laporan mesyuarat mingguan dari halaqah SeriTron (Seri Iskandar-Tronoh, Perak).
1. Jemaah maghribi akan sampai ke kawasan ini 3 hari (Sabtu-Isnin). 5 orang Arab dan 2 orang tempatan (penterjemah yang telah keluar 1 tahun). Jemaah maghribi ni terdiri dari orang-orang yang telah lama buat usaha di Maghribi dan mereka ditasykil cash dari Ijtima Tonggi, Bangladesh. Mereka akan habiskan masa 40 hari di Malaysia.
2. Jemaah masturat tempatan 3 hari akan sampai untuk 3 hari (Sabtu-Isnin) untuk buat usaha. Wanita akan tinggal di dalam rumah sementara para suami di surau. Semua wanita Muslim digalakkan bersama turut serta dalam program yang dijalankan.
3. Jemaah student UTP seramai 15-20 orang akan keluar 3 hari ke Pulau Pangkor (Sabtu-Isnin) mengambil peluang cuti Tahun Baru Cina.
4. Jemaah student UiTM seramai 7 orang akan keluar 3 hari (bermula Jumaat malam).
Mereka yang tinggal berdekatan kawasan Seri Iskandar-Tronoh dialu-alukan untuk bergotong royong dalam kerja agama ini.
jemaah tabligh dan masturat ke bang ben?
ReplyDeletealhamdulillah byk jemaah dikeluarkan....
ReplyDeletemari gotong royong dlm kerja agama.
epy chinese nu year~
ReplyDeleteminta abg ben tasykil kawan2 saya di UTP
ReplyDelete