Wednesday, February 10, 2010

Dewan Canselor, Universiti Teknologi PETRONAS

Antara bangunan yang menarik di UTP sudah tentunya, Dewan Canselor. Ia dibina bersama dengan perpustakaan. Ikut gambar di atas, Dewan Canselor di sebelah kanan dan perpustakaan di sebelah kiri.

Pandai betul diorang main dengan cahaya. Capture dengan Nokia N82 pun dah cun.

Konon artistik sikit. Shot senget.

Malam semalam ada pelancaran Heart 4 Islam anjuran Masjid UTP dan Rakan Masjid. Bersama-sama dengan pelancaran tersebut, ada teater. Aku dan wife datang nak tengok teater sebenarnya. Adik ipar dengan mak mertua pula datang bercuti. Memang ligat le, keluar. Anak-anak tinggal pada mereka.

Rasa macam baru kawin lepas parking kereta kat tempat parking yang samar-samar. Berjalan menuju ke dewan dengan berpegangan tangan...

Antara korang yang dah ada anak 3-4, last sekali korang jalan pegang tangan bila???



Perpustakaan. Cun habis. Cermin transparen dilimpahi lampu neon.

Kalau nak kira aku, memang dah lama le. Abih camno? Sebelah tangan pegang anak. Sebelah lagi pegang anak lagi sorang. Yang wife tolak troli shopping. Dalam pada tu nak cubit kat anak-anak yang degil lagi.

Pendek kata, kalau keluar dengan anak-anak, habis tenaga nak kawal depa je la.

Jadi dari perking lot yang samar-samar, bergerak ke dalam dewan macam pengantin, walaupun orang tak perasan. Sambil tu ambik la seshot dua posing-posing mengancam for our eyes only.

Student tak berapa ramai. Mat Metal, punk, hardcore dan sebagainya takde nampak pulak. Ataupun dalam hati je (macam aku).

Anyway, biasalah... PETRONAS. Bangunan kena one-of-a-kind. Sekali tengok, kena breath-taking. Padanlah dengan organisasi listed as no 80 in Fortune Global 500. Royalti bagi kat negara pun tahun lepas je lebih kurang RM60 billion. So apa salahnya, spend some money for UTP ye tak? Itupun korang nak komplen PETRONAS kaya sorang-sorang la. Bab susah payah korang takde pulak nak ambik peduli.

Sebut pasal PETRONAS, Tan Sri Hassan Merican pun dah takde. Banyak jasa dia pada PETRONAS. Dari organisasi yang kecil sampai jadi business giant kat dunia. Tan Sri, may Allah s.w.t. bless you for what you've done to the country. Kalau pencen, boleh la ambil masa ni untuk persediaan nak masuk kubur pulak. Ingatan untuk aku sendiri. Semua yang hidup pasti akan mati. Kau, aku, dia, mereka... PASTI akan MATI!

Sapa kata tak cun, hati jeles la tu.

Next time aku ambil shot Masjid terapung UTP, k? Tu pun antara signature building kat UTP ni.

Itu hari first time bawa masuk anak-anak aku ke ofis, anak aku, Ismail bertanya, "Is that a hotel?" sambil jari menunjuk kepada bangunan HOSTEL pelajar. Maksudnya, pada pandangan Ismail, hostel tu nampak macam hotel.

Nak kena ambik shot jugak ke?

Masa hostel tu baru je siap, aku pernah buat lawatan bersama dengan Project Manager untuk kawasan hostel. Aku cakap kat dia, kalau camni, aku nak buat Bachelor balik ah! Memang cun hostel tu. Standard bodoh-bodoh pun, resort 4 bintang.

Sekarang tak tau le, after 6 years. Dah jadi sarang tikus kot. Tapi at least dari luar, the resort/hotel look is still there. Dalam tak tau lagi.

Posing yang dibenarkan untuk public viewing.

Dewan Canselor - one of the view.

Teater yang aku tengok tu, next entry aku rebiu insyaAllah. Banyak nak komen tu pasal kena rilek-rilek baru tulis.

Seni teater di UTP agak berkembang. Hingga ke tahap nasional. Gara-gara orang kuat teater ni, Head of Department aku. Itu hari ada skrip dia jadi drama kat TV. Tak ingat apa tajuk ntah. Kontroversi jugak le ceritanya. Aku tak tengok sebab masa tu kat Australia.

"You boleh help I tak?" tanya dia.

"You boleh buat soundtrack live tak untuk my teater..." sambung dia lagi.

Aaa... aaaa... aku cuba susun ayat yang akademik sikit. Ni dah masuk cerita lain le.

Korang dah daftar Tabung Haji ke belum?

Habis je teater. Aku keluar dengan wife terus daftar Tabung Haji sorang RM10. Ni kalau baru daftar ada la dalam 20 tahun lagi baru dapat pergi. Apapun, doa kena banyak dan azam mau kuat. Barulah nanti Allah s.w.t. jemput kita jadi tetamu terhormat. Amin!

Fuh... banyak aku tulis malam ni. Rasa lenguh bahu.

9 comments:

  1. Antara landmark kekayaan Petronas

    ReplyDelete
  2. Woo..dating ek..dating~haha

    I'd spent the last 5 years dengan bermain kejar-kejar dengan pak gad kat situ sebab tak pakai matrix card etc. Rindu lak kat utp~haha

    Bro, kalau rajin bikin la review (betul ke ayat ni?) of chancellor complex. gua dengar dr sorg staff, chancellor complex ni unik gak..dia mcm symbolic gila..the color of building dia, sidewalk dia etc..

    Event opening kat CH agak grand for H4I..

    ReplyDelete
  3. Aku biasa jalan pegang tangan ngan bini.. no hal.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Abg ben,

    disebalik bangunan signatures yang rare, asrama hotel yang kelass, tenaga pengajar yang masyaAllah bijaksana..

    err... sekarang geng geng biro surau aka RM(zaman gua dia panggil biro surau) ada tahan tahan lagi tak budak budak yang nak attend kuliah Battle of the bands?, (sekarang ni gua dengar nama dah tukar kasi lembut sikit)

    ReplyDelete
  5. salam Bro wa anak ada 5 yang tua dah umur 23..jalan dengan wife tetap dan masih pegang tangan..Orang keliling ada yang pandang sinis..wa tak pedulik..ada apa halkan?He he..

    ReplyDelete
  6. anak kecik2 le... memang kena pegang tangan depa kalau tak abis merata lari. Anak2 dah besor2, tak payah pegang depa dah.

    ReplyDelete
  7. kalau daftar haji tahun lepas..tahun 2028 baru dapat pegi...dasat..x per..kalau ada duit lebih boleh pakai pakej...cepat sikit..

    Apa2 pun lagi bagus kalau anak2 pun ko bukakkan akaun tabung haji ni..daripada simpan duit raya anak2 kat bank...lebih baik simpan dalam tabung haji..

    ReplyDelete
  8. fullamak buat soundtrack r plk

    ReplyDelete
  9. huh! tempat yang hebat! gua mesti berusaha untuk masuk ke universiti petronas ni. tak kisah la sebagai apapun. heh!

    ReplyDelete