Penat sungguh...
Penat menyiapkan 2 chapters tesis aku sebelum meninggalkan Australia. Aku bawak 2 chapters terakhir ke Malaysia untuk disiapkan. Moga boss di ofis ada belas kasihan kat aku. Kalau tak, abis lebur 2 chapters tu tak siap.
Penat mengemas rumah. Kerja buruh. Angkat sampah, buang sampah. Nak buang sampah-sampah tu pun kena ada kupon. Kupon dihantar April lepas so dah hilang. Makcik jaga kaunter tu sibuk nak check rekod. Tak tau pakai excel rupanya. Aku kata, click on edit then click on find. Put my name there and it will direct to my record. Jumpa terus. Dia ucap terima kasih. Entah berapa puluh tahun dia dengan excel dan buat cara yang susah. Alhamdulillah aku jadi good citizen hari ni. Hati gembira kerana berjaya tolong orang.
Penat memikir. Nak arrange semua supaya selesai dengan baik. Bond sewa 4 minggu moga dapat balik (dengan syarat agent rumah puashati rumah dalam keadaan baik). Lepas tu nak plan apa boleh buat dengan 7 hari (lepas touchdown) yang tempat kerja aku bagi untuk prepare diri sebelum reporting for duty... nak beli kereta (Chery Eastar yea..), beli perabot, beli peti ais etc etc... nak masukkan anak dalam sekolah.
Rumah ni dipindahmilik kepada satu keluarga dari Malaysia yang baru sampai. Anak 4 juga macam aku. Banyak benda tolak kat dia termasuk kereta. Kepada Abang dan Kakak sekeluarga - selamat bergelumang di Australia.
3.5 tahun di Adelaide. Cukuplah tu.
Seminggu ni memang penat. Seminggu akan datang pun penat juga.
Aku dah jadi Superman, Batman dan Spiderman. Lepas ni kena jadi Ultraman, Ben 10 dan Transformers pulak.
salam ..
ReplyDeletesabar aje le abg ben...nt semuanya akan ok spt biasa,...=)
langsuyrman tak masuk dlm list ke?
ReplyDeleteInsya-Allah, selamat kembali ke Msia
ReplyDeleteselamat kembali!!!!!!!!!!
ReplyDeleteBaju Line 6 apa cerita bro ben? tak jadi jual kerrr?
biaq penat habis bro! sampai saja ipoh nanti gua belanja kopi panas satu tong!
ReplyDeletebanyak gak nak diabiskan 2 chapters tu..lagi2 la bab2 terakhir kan bang. apon abg bn mesti boleh punya..
ReplyDeleteWelcome back to Dr. Ibrisam. Bumi Tronoh yang suhunya hampir sama dengan Gurun Gobi sentiasa menantimu peenuh setia.
ReplyDeletefuih aku lepak sini lg lame dr ko rupenye
ReplyDeletemm,
ReplyDeletejangan tertinggal apa2 wei kat blakang wei haha.
pindah rumah, pindah negara, ni semua memang buat otak jam haha.
Welcome Home...KeluangMan tak nak jadi ke?..
ReplyDeleteSelamat kembali ke tanahair abang ben..semoga semua berjalan lancar..insyaallah..From Bekas Penyembelih Kambing Lobethal..
ReplyDelete