Wednesday, January 06, 2010

Entry terakhir dari Adelaide

Semalam ada jemaah dari Sydney datang ke masjid Wandana. Aku duduk dengan mereka lepas solat maghrib. Dengar bayan. Masa doa penutup, aku jadi sebak.

Rupa-rupanya aku akan meninggalkan bumi Australia ni setelah 3.5 tahun.

Orang-orang terdahulu dari India dan Arab telah datang ke Tanah Melayu di abad ke 15. Motif mereka; ikut pendapat pertama - berniaga (utama) dan bawa agama (kurang utama). Pendapat kedua - bawa agama (utama) dan berniaga (kurang utama). Apa pun pendapat yang dikemukakan, satu perkara yang TAK boleh dinafikan ialah asbab mereka datang ke Tanah Melayu yang mengenalkan kita kepada Allah s.w.t. Jika tidak, mungkin kita adalah penyembah tok pekong. Ataupun terseleweng dengan fahaman bahawa Tuhan itu mempunyai anak (nauzubillah).

Itu yang membuatkan aku sedih.

Aku datang ke bumi Australia dengan tidak membawa agama. Aku tak buat kerja agama. Aku lupa dan leka.

Sedangkan aku tau bukanlah ijazah aku ini yang akan menyelamatkan aku di akhirat kelak. Bukan status aku sebagai orang yang pernah belajar di Australia yang akan memuliakan aku di khalayak para malaikat.

Bukan! Bukan! Bukan! Ianya tiada nilai disisi penghuni di langit.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-Imraan:185)

Kejayaan yang aku letakkan dihadapanku berbeza dengan kejayaan orang-orang terdahulu.

Orang-orang yang terdahululah yang telah berjaya. Agama tidak pernah dilupakan walau dimana mereka berada. Fikir mereka, bagaimana agama ini boleh tersebar. Bagaimana seluruh manusia boleh kenal SIAPA pencipta mereka.

*mengeluh sedih dan takut*

16 comments:

  1. nak buat mcm mana bang. kita berfisabilillah dengan mengejar ilmu Allah.

    ReplyDelete
  2. salam..
    apalagi tuan masa yang sesuai terus bagi azam/ masa 40h ke 4bln ke..supaya barukan fikir dan usha..bleh doa utk saya juga..

    ReplyDelete
  3. pendapat kedua tu yang sebenarnya. :-)... moyang aku bukan peniaga but pendakwah :-)..ya samalah kita..selalu alfa dengan dunia..

    ReplyDelete
  4. yang dh sudah tu sudahle...xde rezeki..balik perak jgn lupa helo aku sam...

    ReplyDelete
  5. semoga selamat sampai ke tanah air bro.

    ReplyDelete
  6. Aslm, insyaALLAH azam baki zindegi untuk agama ALLAH...medan usaha kita seluruh alam...

    ReplyDelete
  7. insya-Allah,
    fikir risau tuan kalau begitu memang tinggi. Kalau sampai di Msia atau di mana2 je, kita teruskan buat dakwah.
    mudah-mudahan Allah terima dan gunakan kita ke seluruh alam.
    doakan saya...

    ReplyDelete
  8. xdek farrewell concert ke? aku br skali je tgk kehebatan ko nih

    ReplyDelete
  9. MasyaAllah tuan, fikir risau tuan cukup tinggi.

    Untuk mengekalkan fikir ini, insyaAllah markas Ipoh menanti kehadiran tuan. Student UTP amat memerlukan fikir dan risau tuan nie....

    ReplyDelete
  10. selamat pulang!!!
    perjuangan belum selesai...

    ReplyDelete
  11. Aslmkm..

    kita meneguk hidayat pada hari ini, asbab pengorbanan orang dulu2..

    selamat kembali ke Malaysia tercinta!

    ReplyDelete
  12. Semoga selamat kembali ke tanahair

    ReplyDelete
  13. setiap yang berlaku, ada hikmahnye.

    Dah sampai Msia belum?
    kalo belum sampai, smoga sampai ngan slamat
    kalo dah sampai, Welcome Home Sanitarium huhu

    ReplyDelete
  14. x sempat kita berjmpe kat sane
    xpe2..
    InsyaALLAH sy akan troskan usaha kat sane

    ReplyDelete
  15. dlm bnyk2 entry tuan dlm blog tuan ini, inilah yg terbaik..

    ReplyDelete
  16. insyaallah tuan..kepulangan anda amat dinanti2kan oleh kami disini..blh la kita kususi rakan2 seirama kita yg berada di kl dan di ipoh..

    ReplyDelete