------------------------------------------------------------------
[13/30]
Sebelum ni aku dan family dah buat trip cherry picking. Hari ni berkesempatan pula ke Hahndorf untuk strawberry picking. Picking picking ni memang popular di sekitar Adelaide. Perjalanan pun tak jauh.
Beerenberg? Macam pernah dengar kan? Itulah jenama jem popular di Australia ni. Rasanya di supermarket Malaysia pun ada jual. Cuma harganya premium la sikit. Aku kat sini pun makan jem generic je. Kenangan ni boleh dibawa ke Malaysia. Bila jumpa jem Beerenberg, aku boleh kata, "I WAS THERE!"
Lama dah tempat tanaman dan proses jem ni. Ada la display board kat situ yang tulis tentang sejarah Beerenberg ni. Dah lebih seratus tahun tak salah aku. Yang pastinya, background pemiliknya ialah orang German. In fact, kat Hahndorf ni tempat orang berdarah German. Hail!
Ni bukan jem. Entah apa ntah. Tak sempat nak belek.
Tu tulis bayar dan makan. Tapi ramai juga yang makan dulu. Bila timbang sikit je. Nampak macam cerdik tapi... sendiri mau fikir (tak payah mintak pendapat FakirFikir pun). Aku bayangkan, aku mempunyai strawberry farm macam ni dan 90% dari orang yang picking yang sepatutnya bawak, timbang, bayar dan makan tapi sebaliknya kutip, makan, timbang, bayar.
Untung diorang buat picking ni. Sebab kalau takde orang macam kami ni picking, depa kena upah orang pulak nak picking strawberry tu. Kena bayar upah. Kami pulak, bayar untuk picking $3 each adults. Dah tu strawberry kami ditimbang dengan harga AUD$9 a kilogram. Dua kerja diorang jadi senang malah dapat untung lagi.
Saiz padang strawberry ni dalam 2 padang bola kot. Tak berapa besar. Tapi strawberrynya memang banyak dan segar-segar. Warna strawberry kan cantik, merah gitu. Memang meleleh le nengoknya.
Tak meleleh ke tengok?
Tuan FakirFikir menayang hasil kutipan. Serius je bro, kasi la senyuman sikit kat para peminat...
Sambil mengutip tu aku nyembang dengan pakar psikologi FakirFikir. Kot kat Malaya buat kelapa picking ke amacam? Rambutan picking ke? Entahlah kat Malaysia semua asal boleh je. Takde sistem. Tapi pikir balik, kalau buat ada ke yang nak picking kalau dah melambak-lambak jual kat pasar malam?
Mungkin bila rakyat Malaysia dah terlampau urban, boleh buat kot?
Batas yang kemas dan sistematik.
Pos istimewa oleh strawberry.
Hasil kutipan seberat lebih 3kg lebih. Kepala dah calculate berapa nak kena keluar duit pulak dah...
Jelingan istimewa kepada peminat-peminat dan secret admirer krenmaut.blogspot.com huhuhu... (nota: gelang plastik kuning tu aku pakai bukan pasal trend terkini Adelaide, tapi kerana kena pakai untuk mereka yang bayar untuk mengutip)
Bila dah letih mempicking, beratur untuk timbang dan bayar hasil kutipan.
Wah!!!
ReplyDeletesedapnya!!!
Nenek nak!!!! nak!!!!
pas ni pi kilang bundaberg plak weh!!
ReplyDeletebundaberg ada perisa strawberry x?
ReplyDeletekl sekilo $9 cam xmurah je. cis. baik aku lahap puas2
ReplyDelete