------------------------------------------------------------------
[8/30]
Hari panas berpanjangan. Aku dengan anak-anak vote nak pergi beach lagi sekali. Kali ni pergi lepas Zuhur supaya matahari tengah panas dan udara tengah panas. Sapu skin lotion (with UV protection) untuk dapatkan tan (tan pebende hahaha... dah hitam pun). Lagipun semalam udara sejuk (walaupun matahari panas) menyebabkan aku kensel nak berendam. Tak puashati.
Tapi kena veto dengan wife huhuhu...
Ikram wife le pulak.
Thorndon Park ni antara park yang melambak-lambak dok ada sekitar South Australia ni. Park ni luas le jugak. Kalau jalan kaki ikut boundary pagar memang berjam juga le. Kat sini semua benda ada untuk buat aktiviti kekeluargaaan. Ada BBQ spot, tempat anak-anak main, tasik, terusan buatan manusia etc. Psstt... ada juga pasangan beromen.
Maintenance memang bagus park ni. Rumput pun pendek dan sekata je. Sure kontraktor potong rumput puashati sebab area besar = duit masuk besar. Yang dok maki mungkin pekerja dengan gaji bulanan. Aku bayangkan aku yang jadi tukang potong rumput tu. Surrender. Syukur Allah s.w.t. bagi aku kerja yang ikut kemampuan aku.
Bila rumput cantik macam ni, rasa nak berguling pun ada. In fact, aku bawak kamera DSLR aku ni ambik gambar siap berbaring hahaha... baru la pro (walaupun gambar cam hampeh)! Aku perasan rumput kat sini kurang miang banding dengan kat Malaysia. Kalau kat Malaysia... rimas gila punya miang.
Antara yang menarik selain dari benda-benda dekorasi manusia, juga ada dekorasi dari Allah s.w.t. sendiri seperti burung-burung dan itik pelbagai jenis yang juga menikmati keindahan alam ini. Aku rasa, park ni jadi macam migrating spot kot? Aku tengok itik dengan nafsu itik panggang. Sedap agaknya eh? Tak pernah try lagi. Tak pasti itik-itik spesies ni protected atau tak. Isu wildlife protection ni besar juga kat Australia. Tak leh main-main sembelih je.
Macam aku kata tadi. Kalau nak jalan-jalan keliling park ni memang jenuh letih. Tapi bila jalan-jalan dengan anak-anak yang happy je, kita pun takde la rasa penat. Seronok tengok anak-anak explore benda baru sambil kita bagi feedback yang patut. Kalau soalan tak leh jawab, aku buat lawak je. Contohnya anak aku tanya, "How many cars in Malaysia?" Aku jawab, "Two!" Atau soalan, "How many cows in Malaysia?". Aku jawab, "Five!" Itulah jawapan yang terbaik yang dipersetujui oleh ahli fikir Adelaide, FakirFikir.
Cun tak?
Feveret shot ni!
Aku ambil masa jalan sorang-sorang ketika anak-anak main di kawasan permainan kanak-kanak. Aku jalan ikut terusan buatan manusia tu. Rupa-rupanya kat pangkalnya ada air terjun mini. Dengan semangat fotografi amatur, aku pun ambik la beberapa shots sambil guna manual mode (macam terer). Dalam banyak-banyak tu, aku rasa dua ni je la yang layak dipertontonkan. Lain-lain biarlah ia jadi pengajaran bagiku.
Sorang anak aku tercampak dah main ni...
Ini alat bagi pening. Kasi pusing 10 kali, lepas tu memang weng le kepala. Aku gelak sampai terburai perut tengok anak-anak pening (betul ke akhlak aku camtu hahaha...)
Cewah... sapa nak buat poskad?
Gua posing ala-ala Abhorer.
Next trip AKU PAKAI VETO PULAK. 1st dah anak, 2nd wife pulak. 3rd AKU PUNYA MUAHAHAHAHA (gelak maharaja)...
Apa ni bro,jalan-jalan dlm Adelaide jer. Org jalan jauh. Kami ada plan nak pi Kangaroo Island. Ada mau?? Dalam seminggu dua lagi. Sabtu and Ahad.
ReplyDeletepark tuh punye r dkt ngn umah aku. dh lame xg. tggu ade bbq kat sae ag br aku g
ReplyDeleteps: kangaroo island mmg cun. mmg kne g.
Woo patut lu komen gua punya status pasal tanned skin..lu punya tanned tak menjadi..senang2 nnt ajak org aussie mai malaysia..konfem yang tak mo tan pun akan jadi tan secara xsengaja
ReplyDeletelawa gambar air tu.
ReplyDeletelawa gambar waterfall tu. Panning ker?
ReplyDeleteberkenaan dengan itik... memang sedap, tapi panas badan la sikit. isi manis
cantik sungguh pemandangan.
ReplyDeleteMaha hebat Allah,Maha pencipta
Assalamualaikum..
ReplyDeleteDear respected elders and brothers whom especially living close to
Broadview and every single muslim in Adelaide, You are invited to sit
in a gathering of ilm. Taalim : Syarah of Ahadith in Riyadhul Solihin
Imam An-Nawawi Conducted : Sheikh Ibn Wasif Al Lebani Date : Friday, 6th November 2009 Time : 7.30pm Vanue : 1 Maple street, Broadview
tahniah!
ReplyDeletedh pakai DSLR!good move!