Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.
------------------------------------------------------------------
[25/30]
Musim panas sudah hampir (Dec 1st-Feb28) walaupun sebenarnya dah terasa bahang musim panasnya! Tadi siang suhu mencecah 43 darjah Celcius. Panas!
Musim panas di negara 4 musim ni lain rasanya dari di Malaysia. Kalau di Malaysia udara yang bertiup, menyegarkan. Badan pun terasa sejuk. Di sini, angin yang bertiup juga panas. Kita seolah-olah berada di dalam oven.
Sudah hampir seminggu cuaca panas ini berlarutan. Suhu purata harian dalam 35 darjah Celcius ke atas. Untuk beberapa hari anak-anak aku terpaksa skip dari ke sekolah. Hendak ke sekolah berjalan kaki. Walaupun sekolah tak jauh, berjalan dalam 10 minit tapi bahangnya memang tak tahan pada budak-budak.
Hari ni pun anak-anak aku tak sekolah. Tapi aku terpaksa juga meredah kepanasan untuk ke Uni kerana nak menyiapkan tugasan.
Ada satu kepelikan musim bunga yang datang sebelum musim panas ni. Suhu boleh melompat dengan tiba-tiba. Hari ni kepanasan melebihi 40 darjah Celcius boleh turun hingga 29 darjah Celcius esoknya. Laman ini menjadi tempat yang selalu diikuti secara harian, seolah-olah membaca Harian Metro (oh, aku bukan pembaca Harian Metro tau!). Aku mau tau esok cuacanya bagaimana?
Oleh itu menjadi kebiasaan mereka di Australia ni menjadikan laporan cuaca sebagai satu perkara yang penting. Pernah tengok filem-filem Barat yang ada scene pelapor cuaca di TV? Begitu bersungguh-sungguh mereka. Itu satu keperluan memandangkan penontonnya pun bersungguh-sungguh nak tau cuaca, bukan untuk keesokan harinya saja malah sepanjang minggu.
Apapun, aku tetap rindu kat Malaysia! Ini la sebenarnya intipati entry hari ni selepas berjela-jela komplen kepanasan!
januari dah nak dekat dah ni... karpet merah kat KLIA pun dah ready anytime kot!
ReplyDeleteAslmkm..
ReplyDelete40darjah celcius kat dunia ni pun kita dah menggelitik..
(saya la)
Masya sok guane la ek..
Teingat juga kisah umar ra, abu bakar ra dan Rasulullah saw keluar rumah waktu tengahari yg sangat panas..
mereka gi ke rumah abu ayub al-ansari r.a..
Abu ayub dan isteri raikan mereka.. ikram mereka dengan beri makan buah tamar.. siap ikram sembelih kambing n masak lagi..
Rasulullah minta hantarkan sikit ke rumah fatimah rha..
kemudian baginda bersabda tentang 'penghisaban'..
Allahu..
hm.. kami di malaysia mengalu2kn kembalinya tuan sekeluarga ke tanah air.. bro ziarah76 siapkn karpet.. saya leh saport kompang..
klu berubah2 kejap 40 kejap 29... bleh migrain kepala tu
ReplyDeletesebenarnya, kat malaysia pun perlu penekanan tentang weather forecast. cuaca di malaysia pun selalu berubah. mungkin sebab budaya kot?
ReplyDeleteBalik nanti hang akan lebih panas...panas telinga...itu bahang organisasi kita
ReplyDeletesini sejuk..hari2 hujan..jemur baju pun tak kering.
ReplyDeleteKL musim hujan la oii!! Hari2 aku meredah hujan balik dari kerja.
ReplyDelete