Monday, July 06, 2009

Ulasan: AGALLOCH Ashes Against The Grain CD

Berhantu sungguh!

AGALLOCH adalah sebuah band Black Metal pada asalnya yang kemudian bertukar menjadi gabungan Black Metal dan post-rock ala PELICAN dan ISIS mungkin. Untuk band tempatan, mungkin boleh refer kepada DAMN DIRTY APES. Mungkin yang berbeza banyak ialah AGALLOCH terutamanya dalam album ini lebih heavy dan lebih dekat kepada hati Mat Metal kental. Yang terdekat mungkin KATATONIA namun itupun agak menyinggung kerana KATATONIA lebih kepada gothic dari post-rock.

Ashes Against the Grain adalah album ketiga mereka yang dirilis pada tahun 2006. Untuk menyambut kelahiran album ini, syarikat rekod, The End Records, bukan sahaja merilis album ini dalam bentuk CD dan vinyl, tetapi juga dalam bentuk istimewa seperti a deluxe wooden box version (limited to 500 copies) dan 3 versi rilisan vinyl. Pada mulanya aku agak skeptik, kenapa perlu ia dirilis dalam berbentuk begitu special sekali? Bila dah dengar baru aku faham.

Album ini adalah album yang epik yang mana mendengarnya akan menarik kita sekali dalam mengharungi segala aral dan alang yang melintang. Sesuai dengan jus album ini yang melancholy dan depressive. Beat-per-minutes rendah disulami dengan iringan rhythm gitar heavy tetapi yang bunyinya seperti orang mengadu kesakitan, jiwa. Almost trance-like.

Muzik sebegini sukar untuk memikat tetapi jika kena dengan gaya, memang akan melekat. Dengarkan VOCIFERATION ETERNITY 'Ocean Myth' dan anda akan faham apa yang dimaksudkan dengan ayat yang tadi. Andai tersalah cipta atau kurang lengkap, ia akan menjadi terlampau dragging dan meleweh. Apatah lagi kecenderungan band sebegini untuk menyelitkan vokalis wanita yang menjadikan ianya pop Metal. Semua yang negatif ini sukacita dimaklumkan, tidak akan didapati dalam album ini.

AGALLOCH telah menguasai apa yang diciptakannya 7 tahun lalu. Sekarang tinggal kesabaran kita untuk menunggu album seterusnya yang dijangkakan akan dirilis pada tahun 2010. Jika anda dapat menunggu 3 tahun (album ini dirilis tahun 2006) mengapa tidak tunggu sahaja lagi setahun? Yang pastinya, aku juga menunggu, dengan sabar.

Album ini memberi inspirasi untuk komposisi solo aku. Boleh didengar DI SINI (lagu bertajuk GAZA).

  1. "Limbs" – 9:50
  2. "Falling Snow" – 9:38
  3. "This White Mountain on Which You Will Die" – 1:39 (Instrumental)
  4. "Fire Above, Ice Below" – 10:28
  5. "Not Unlike the Waves" – 9:15
  6. "Our Fortress Is Burning... I" – 5:25 (Instrumental)
  7. "Our Fortress Is Burning... II - Bloodbirds" – 6:20
  8. "Our Fortress Is Burning... III - The Grain" – 7:09 (Instrumental)


4 comments:

  1. emo sangat la...letih nak tunggu abis...baik aku layan Poison...auu...huhuhu

    ReplyDelete
  2. A'ah letih tunggu. Tapi dah masuk vokal best pula. Err.. Poison baru rules kan berteromber..huhuhu auu

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:26 PM

    waktu dapat demo "from which of this oak" dulu tak sangka diorang dapat sukses sejauh ini dgn muzik mcm tu, gloomy je. sekarang ni memang layan AGALLOCH ni.

    ReplyDelete
  4. poison ! poison!
    sambil pakai gincu n maskara!

    ReplyDelete