TEMPAT : Berhampiran Masjid KLIA Kuaters, Labu , Nilai.
TARIKH : 9-12 hb Julai 2009
Sama-sama kita jadi orang yang peduli. Peduli akhirat daaaa.... Dunia dah dok bergelumang most of the time. Ambil manfaat dari ijtima ini sama-sama dengarkan nasihat dan tazkirah dari mereka yang layak, insyaAllah.
Ijtima (perhimpunan) ini adalah terbuka kepada semua orang Islam (yang lelaki). Tak perlu registration, tak perlu ID, tak perlu isi borang etc. Hanya bawa diri je. Kalau niat untuk bermalam di tapak ijtima, sila bawa keperluan (alas tidur, selimut, tuala etc).
DETAILS HERE.
Nasihat dari Tuan Guru Hj Saleh Penanti Muhajir Makki (anakanda kepada Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti bin Muhammad bin Abdus Shamad al-Kalantani, Pengasas kepada Pondok Pengajian Manabi’ul ‘Ulum Penanti, Seberang Prai. - sekarang menetap di Mekah):
“Allah sendiri bersumpah dengan ‘masa’ bahawa semua manusia sama ada kaya atau miskin, raja atau hamba… semuanya dalam kerugian. Rugi! Rugi! Rugi! Kecuali, orang yang ada iman! Tapi iman sahaja ‘tak cukup, kena ada amal soleh. Ada dua ‘tu sahaja ‘tak cukup, kena pula tawasau-bil-haq (berpesan-pesan dengan perkara yang haq). Tawasau-bil-haq inilah kerja dakwah. Ada tiga ‘tu juga masih rugi, kena pula tawasau-bis-sabr (berpesan-pesan dengan kesabaran). Sabar ialah kepala iman. Ada keempat-empat ‘ni, barulah tidak rugi!” (Tafsir surah Al-Asr)Moga dapat amal dan sebarkan insyaAllah.
adik ipar aku berlepas malam ni ke tempat yang ngko maksud kan...
ReplyDeleteDalam 3 minggu lepas, masa Jour Eropa untuk karkun 4 bulan dekat Paris, Bhai Abdul Wahab Sab, amir Pakistan yang turun kat sini ada berpesan suruh Eropa bentuk jamaah keIjtima Malaysia dan dia sendiri pun time tu, on the way kesana. Tak silap saya, Jemaah Perancis, England, Jerman, Marroco dll ada bagi nama.
ReplyDeleteSaya pun memang berhajat nak keIjtima disana, ziarah keluarga sambil pekena nasi lemak dan teh tarik, dah lama tak balik,tapi apa nak buat, masih tersanggut kat dunia yang beku ni, kurang korban kot. Doa khususi insyallah untuk saya.
INsyaAllah 10.30 pagi ni aku naik train ke Nilai.
ReplyDelete