Monday, June 08, 2009

Ulasan: MASTODON Crack The Skye CD

MASTODON kembali dengan album baru selepas Blood Mountain yang pernah menjadi spekulasi. Blood Mountain ialah album mainstream pertama MASTODON dan spekulasi utama ialah samada MASTODON akan mengubah haluan kepada bentuk muzik yang lebih mainstream atau tidak. Ternyata, MASTODON mengekalkan konsep post-Metal atau Prog Metal.

Crack The Skye adalah kesinambungan tersebut. Mengekalkan konsep yang selama ini dikenali dengan MASTODON. Mungkin mereka berdegil atau mungkin juga jualan album mereka tidak terjejas. Apapun alasan yang dipegang, MASTODON tetap MASTODON. Mereka masih unik. Ataupun tidak?

Masalah utama untuk band Prog Metal timbul apabila ahli-ahlinya tenggelam dalam self-indulgence. Syok sendiri. Mereka sudah tidak peduli dengan suasana sekeliling. Apa yang membuatkan mereka outstanding sebelum ini dan kenapa selama ini mereka diangkat tinggi oleh peminatnya. Apabila ini terjadi, band tersebut lama kelamaan akan ditinggalkan.

Pernyataan ini bukanlah diarahkan kepada MASTODON directly tetapi mungkin sedikit amaran kepada mereka. Ada bibit-bibit yang menunjukkan mereka mahu tenggelam dalam self-indulgence tersebut. Lagu-lagu yang nampak seperti tiada arah dan terawang-awang. Juga eksperimental riffs yang tidak bermakna. Sebuah lagu melebihi durasi 10 minit adalah cukup, tidak perlu sampai dua! Sesuai dengan pengakuan mereka sendiri,
Vocalist/bassist Troy Sanders said in an interview with Stereogum, "Crack The Skye is a departure from everything we've previously recorded in the sense that we kinda strapped on our aeroshells and departed from Earth for a while, and then captained to the ethereal element of the universe and kind of slept on the roof of the world for a while to get a perspective on this record. ... Basically we're exploring the ethereal world. We're dissecting the dark matter that dominates the universe, in a nutshell."
Namun begitu bagaimana banyak pun kekurangan yang cuba dikupas dari album ini, MASTODON masih berdiri dengan sendiri, sebuah band yang tetap perlu diberi perhatian untuk setiap rilisan yang dirilis. Album ini masih stand-out dari album-album lain yang berada di pasaran. Malah album ini mengukuhkan identiti MASTODON terhadap band lain yang cuba mengekorinya tetapi gagal. Crack The Skye masih lagi sebuah album yang kuat walaupun tidak sekuat album sebelumnya.

1. "Oblivion" 5:47
2. "Divinations" 3:39
3. "Quintessence" 5:27
4. "The Czar: I. Usurper - II. Escape - III. Martyr - IV. Spiral" 10:54
5. "Ghost of Karelia" 5:25
6. "Crack the Skye" 5:54
7. "The Last Baron" 13:01


2 comments:

  1. bro,
    kat Ipoh lu ddk kat mane?

    -pae metalgopeng-

    ReplyDelete
  2. album baru The Hunter pun best gak...cuma agak mainstream kot sbb xder lagi nilai2 prog yg keterlaluan...mgkn utk kebaikan hahah

    ReplyDelete