Album yang ke berapa? Oh, countless! Inilah SAXON. Band yang sejarahnya melangkaui zaman kita kencing dalam seluar lagi. Kena check kat google. Album ke-18!!!
Pengalaman pertama dengan SAXON berlaku ketika aku berumur 10 tahun. Kaset cetak rompak Power & The Glory menjadi playlist aku setiap hari. Antara album yang paling heavy bagi aku ketika itu.
Walaupun aku ketinggalan tapi itu bukanlah disengajakan. Adanya priority (IRON MAIDEN, MEGADETH etc) menyebabkan aku terpaksa melepaskan SAXON. Tetapi aku faham, SAXON adalah satu band yang sentiasa di hati. Mungkin satu hari, aku akan berpeluang mendengar album-album terbaru mereka (download bukanlah option). Hinggalah akhirnya CD ini menjadi buangan orang tetapi menjadi keuntungan bagi aku.
Into The Labyrinth meneruskan identiti SAXON yang dikenali selama ini. Plain ol' Heavy Metal. Sekali dengar, terus angguk kepala secara perlahan-lahan mengikut rentak. Apabila sampai di korus, mulut akan kumat kamit cuba menyanyi bersama walaupun bait liriknya tak kita ketahui. Dan sepatutnya itulah Heavy Metal yang kita ketahui selama ini. Tidak dipaksa dan tidak dilakonkan. Ianya timbul secara tak sedar.
Suara Biff Byford seolah-olah tidak tua (ada iras Bon Scott, perasan tak?)! Lenggoknya yang merdu memang anthemic. Bersahaja tetapi tidak suka-suka. Setiap lagu ditarik dengan melodi yang baik sekali. Sudah tentunya suara sebegini sentiasa menjadi iri hati vokalis lain. Produksi pun tip top. Mengikut perkembangan semasa dengan produksi yang bersih dan tepat. Yang menariknya, feel 80an (zaman kegemilangan) masih kental dan tak terkesan langsung dengan produksi bercahaya teknologi terkini.
Oh gitar solonya! You really want to air-guitar!
Lagu-lagu anthemic menjadi sajian utama dalam album ini. Sesuai sangat untuk dipersembahkan di hadapan ribuan peminatnya. Namun disebalik itu ada juga lagu nakal seperti Coming Age yang Southern Rock. Oh itu tidak menjadi masalah kerana itu sekadar mengusik pendengar. Lagu-lagu utama seperti Batallions Of Steel, Live To Rock dan Come Rock Of Ages cukup garamnya. Dari membuang masa dengan band retro, baik pulang kembali kepada pakarnya.
- "Battalions of Steel" - 6:34
- "Live to Rock" - 5:30
- "Demon Sweeney Todd" - 3:51
- "The Letter" - 0:42
- "Valley of the Kings" - 5:03
- "Slow Lane Blues" - 4:08
- "Crime of Passion" - 4:04
- "Premonition in D Minor" - 0:40
- "Voice" - 4:35
- "Protect Yourselves" - 3:56
- "Hellcat" - 3:54
- "Come Rock of Ages (The Circle is Complete)" - 3:52
- "Coming Home" (Bottleneck Version) - 3:12
inilah antara sebabnya aku tak berminat sgt nak explore band2 baru sedangkan band2 otai masih alive n kicking...rock on!
ReplyDeleteSaxon ni dah tak terdengar dek aku. Bila aku start dengar heavy/thrash metal, depa dah ada 9 album dah. Tapi kalau nak mula collection sedap ni. Mau sampai ke tua kerjanya.
ReplyDeleteLama dah aku tak dengar lagu diaorang. Dan lama dah 80's aku tinggalkan.
ReplyDeletekaset live monsters of rock donington 1st tu ada saxon.
ReplyDeleteaku suka logo dorang tu jam