Apa yang boleh aku buat dengan 7" tersebut? Walkman kaset ada la. Maka aku sedekahkan kepada seorang sahabat.
Tetapi itu memulakan sedikit obsesi aku terhadap ABSU. Bukan kerana 7" tersebut yang bila aku dengar, tidak berapa menarik. Punca utamanya ialah album seminal mereka, Vitriol yang pada aku begitu membuka mata aku tentang Death Metal dengan komposisi yang eccentric. Technical dan vibrant. It was a perfect album.
Tambahan pula ketika tour mereka bersama IMPALED NAZARENE di Eropah, kaset demotape LANGSUYR dipasang di dalam bas tour mereka. Didengar bersama dengan vokalis IN. Woohoo!
Encounter terakhir berlaku beberapa tahun lepas ketika aku menjual baju pirate di eBay, Proscriptor berhubung dengan aku katanya design baju tu adalah hakcipta terpelihara ABSU. Ah sudah! Mana aku tau sebab baju tu pun takde logo ABSU. Beliau memberi aku satu pilihan yang baik. Kau hantar baju tu kat aku dan aku balas dengan CD first press ABSU, ditandatangan oleh kesemua anggota ABSU. Pucuk dicita ulam mendatang.
Aku perlu berterus terang. Hanya dua album pertama ABSU je yang aku rasa worthwhile. Masuk je album ketiga, muzik ada ubah sikit. Drum terlampau laju. Aku mahukan progresif seperti asal.
Selepas berkubur beberapa tahun mereka kembali dengan album baru dengan tajuk mudah, tidak bertajuk. Bezanya, yang tinggal ialah Proscriptor. Yang asal sudah tiada. Prosciptor sendiri bukan anggota asal (yang asal ialah Equitant dan Shatfiel). Namun bila dirujuk kembali, memang Proscriptor menjadi driving force bagi ABSU selama ini, kredit yang sepatutnya harus diberi kepada beliau. Malah untuk membina semula ABSUpun beliau layak.
Drumming super-fast itu tetap ada. Stroke drum berbahaya Prosciptor merata di dalam album. Beliau ada trademark sendiri. Cukup mendengar stroke drum beliau, kita akan kenal. Yang lebih dalam album ini ABSUmenyuntik elemen progresif juga (lagu ... Of the Dead Who Never Rest in Their Tombs Are the Attendance of Familiar Spirits ... Including: A.) Diversified Signs Inscribed; B.) Our Earth of Black; C.) Voor - ambik kau tajuk panjang). Bukan straight-forward speed seperti sebelumnya. Aku berharap untuk album seterusnya, diteruskan self indulgence sebegitu. Lagu yang laju-laju cukup-cukuplah satu dua. Dah terlampau banyak band laju-laju kat dunia ni.
Overall, ABSU kekal sebagai ABSU, no doubt. Strong as ever. Cuma dengan muka-muka baru yang ada sekarang ni, patutnya lebih nafas baru. Mungkin perlu diberi lebih masa untuk mereka tak jadi segan untuk kemukakan idea sendiri. Lagipun lagu-lagu ini dicipta dalam jarak tahun 2002-2007. Lekat lagi stail lama tu, no wonder. I'm expecting a better one in the future.
- "Between the Absu of Eridu and Erech" (Aethyris/Proscriptor) 4:08
- "Night Fire Canonization" (Proscriptor/Shaftiel) 3:19
- "Amy" (Proscriptor/Zawicizuz) 4:54
- "Nunbarshegunu" (Aethyris/Ashmedi/Vastator) 3:05
- "13 Globes" (Aethyris/Proscriptor) 4:46
- "... Of the Dead Who Never Rest in Their Tombs Are the Attendance of Familiar Spirits ... Including: A.) Diversified Signs Inscribed; B.) Our Earth of Black; C.) Voor" (Proscriptor/Zawicizuz) 7:03
- "Magic(k) Square Cipher" (Aethyris/Proscriptor) 4:48
- "In the Name of Auebothiabathabaithobeuee" (Proscriptor/Vastator) 3:25
- "Girra's Temple" (Proscriptor/Shaftiel) 2:38
- "Those of the Void Will Re-Enter" (Aethyris/Ashmedi/Vastator) 4:56
- "Sceptre Command" (Aethyris/Proscriptor) 5:00
- "Ye Uttuku Spells" (Aethyris/Ashmedi/Vastator) 4:41
- "Twix Yesterday, the Day and the Morrow" (Equitant) 0:57
teringat member chat irc 1998-2001 dulu kat #rosak nick dia HABSU, mat metal jugak...
ReplyDeletebest la dude jadi kau.
ReplyDeletegua suka dgr lagu diorg Apzu dr album The Sun of Tiphareth...huhuhu dumuzi apzu
ReplyDeleteAku baca lah dengan tekun post kau tu. Dok tunggu2 sekali tak timbul2. Aku nak tau, ABSU tu pekebende? Shortform ke, ke namer ngarut ntah ape2?
ReplyDeleteABSU name band dar...
ReplyDeletenak try dengar la nanti..macm best je!!
ReplyDeletedeath metal ke??