Aku pernah jadi mat HiFi satu ketika dulu. Zaman bujang. Ni semua terima kasih kepada Ajak Dethcrane, Jaei Jokhannaz dan Ah Keong Psychic Scream kerana telah berjaya meracun aku masa tu indirectly. Masa tu masa cuti semester dari UTM Skudai balik ke Ipoh, aku akan singgah melepak rumah-rumah mereka ini seminggu. Depa ni setiap bilik ada audio sistem sendiri. Untuk aku yang selama ini dengar melalui 'mini compo', bila dengar sistem depa, terus lupa. Sedap gila.
Satu hari Ah Keong nak upgrade sistem dia, aku pun borong la ARCAM 5 integrated amp dan MARANTZ CD63 MKII dia. Tak lama kemudian untuk melengkapkan sistem tu, aku beli TANNOY bookshelf speakers (tak ingat dah model apa). Namun sebelum aku berhijrah ke Australia ni, sistem tu aku let go.
Then semangat berkobar-kobar pulak nengok kat sini sistem audio yang 2nd murah-murah (berbanding kat Malaysia). Dan range pun banyak. So sebab tu tahun lepas aku beli ROTEL turntable.
Lepas tu berkubur balik hahaha...
Beberapa minggu lepas timbul balik. Sebabnya kat Sunday market ni ada sorang pakcik tua ni dok jual audio sistem ni. Macamana aku boleh perasan pun tak ingat. Dia dah lama situ ke? Atau baru je? Anyway, bila aku dok rapat kat booth dia, wow... yang dia jual bukan barang-barang cikai pun. Branded punya. Maksud aku, brand yang tersohor juga dalam arena audio sistem nih.
Cumanya, barang lama je la. Apa ada hal kan? Duit pun takde ;) Aku pun dah berkira-kira ni. Best ni....!
So setelah mencongak, mengira duit syiling dalam tabung dan check weather aku pun buat keputusan. Kalau pakcik tu ada minggu ni, aku sapu. Tak kira. Do or die punya mission.
Memang pakcik tu ada pun hari ni. Dan bertambah pulak koleksi dia nak jual. Ada dua amp dan 3 CD player. Amp klasik Technic dan Sherwood (dua-dua dengan AM/FM tuner), CD player Yamaha (5 discs changer), Sony dan CDC.
Spesifik minggu ni aku bawak CD IRON MAIDEN Somewhere In Time (enhanced) dan Flight 666 untuk test. First, aku takut CD player tu jenis lama tak boleh main CD yang enhanced dan baru dan kedua nak test sound la.
Hehehe... bayangkan tengah-tengah pasar aku try CD IRON MAIDEN. Aku increase volume, pakcik tu decrease volume. Hmmm....
Agak dalam 20 minit test, main-main dengan kombinasi CD player dan amp dan menggodek punat-punat dan tombol-tombol, aku beli CD player Sony dan Sherwood amp with AM/FM tuner. Sebab? CD player Sony ada remote dan Sherwood amp tu nampak baru sikit dari Technic (walaupun dua-dua tu aku ingat baya-baya adik aku hehehe...). Nevertheless, aku membayar dengan gembira, $10 untuk CD player dan $70 untuk amp + tuner.
Problemnya, speaker takde. Speaker takde maknanya tak leh dengar lagi la. Takpe, headphone aku ada. Boleh test kat rumah.
Aku cakap kat pakcik tu, jual la speaker yang dia display tu. Dia kata, kalau aku jual, camana aku nak demo barang lain. Ye tak ye jugak. Minggu depan carikan aku speaker boleh? Dia tanya, tinggi mana nak (sambil dia adjust tangan dia turun naik). Camni ke camni? Aku cakap bookshelf je. OK, aku try cari jawab pakcik tu.
Dapatkah pakcik tu mendapatkan sepasang speaker untuk aku? Kena tunggu minggu depan!
Ketika entry ini ditulis, aku sedang mendengar IRON MAIDEN Flight 666 LP!
Senarai sistem audio:
SONY CDP 590 CD player
SHERWOOD AD200B intergrated amplifier
SHERWOOD TD 1120 AM/FM tuner
ROTEL RP830 Turntable
BEHRINGER HPS5000 Headphone
thank u kerana melawat blog saya ye..
ReplyDeleteteringin nak shopping benda2 bundle ni..
aku ipod or yg sewaktu dgnnye pon xdek ag nih
ReplyDeleteHahaha..nais dan murah..turntable tu memang tak leh blah.. pas ni bule tuka nama, DJ Ben-O..perrghh..tak dpt bayang lu pakai rantai ada CD tergantung..
ReplyDeleteOld skul sound system set..memang nais...pas ni beli equalizer..dah pencen bule wat sewa audio kenduri kahwin...ahaha
wow.aku masih memutar cd di komputer custom.balik melesia baru boleh lenjan bapak aku punya sony (ntah hapa ke model nye) dgn Morbid Angel dan apa2 yang sewaktu dgn nya.heheh
ReplyDeleteah ben aaa... itu turntable + lp flight 666 jgn kasi nmpk itu takilala... nnti dia manyak jeles wooo... dia lp manyak tp player tadak >:)
ReplyDeleteIjau... takpe kadang tu memang ada orang kolek LP je. Nak dengar, pakai mp3 pun cukup.
ReplyDeleteTapi kalau dapat dengar LP tu terus dari turntable baru la best ye tak?
xprasan plak maybe kat bintulu ni kot2 ada jual yg vintage/classic almaklumlah bintulu ni cowboy town, who knows...
ReplyDeletemesti best ni
ReplyDeleteerr..turntable tu jeles skit je huhuhu. nak try la mcm ni gak nnti. best je aku tgk.
ReplyDeleteAda lagi eik turntable!!..lama dah tak tengok...
ReplyDeletemak aii...murah tu..
ReplyDeletepasal pasar lambak/malam kat msia ni tak der jual?
Menarik juga kalau upgrade audio system kat umah tu...tapi mana nak dapat murah camni. Jumaat ni pi Flea Market la.
ReplyDeleteNasib baik telinga aku telinga cap ayam. Cukup sekadar dapat sound jer.Alhamdullilah. Aku memang tak leh bezakan speaker/hifi/earphone etc barang2 audio nih. Same je aku dengar. Satu lagi aku ni fail bile masuk bab2 turunnaik equaliser tuh. Tak reti aku mengadjust menatang tuh. Tone deaf la bro.
ReplyDeletesalam abg ben,
ReplyDeletewahh!! cam best je player tuh...kire kalo $10 duit mesia brape yeh...erm...best of luck untuk speaker yeh...alahai sian dgr gune headphone jerk..
anyway,
ade award untuk AYAH AYAH sedunia kat blog mya..mai lah amek..
salam ben
ReplyDeletespeaker bleh purchase local made punye. Brand dse, carik kat dicksmith electronics. Dlm au51 brand new bookshelf size. average sounding, rear port for bass, dome tweeter. wayar for connection pun ada jual kat dlm tu. Kalo nak layan hi end, dah lain crita lah.
beruntungnya bro dapat murah ja tt tu,kalau ada Thorens atau Rega Planar murah2 beritahu la pokcik
ReplyDelete