Namun IRON MAIDEN tetap IRON MAIDEN. Dengan berbekalkan baju tour event IRON MAIDEN di New Zealand, aku ke Marion Megaplex, satu-satunya panggung wayang yang menyiarkan dokumentari ini. Ini juga merupakan kali pertama (dan terakhir) aku ke panggung wayang di bumi Australia ini. Jauhnya perjalanan mengambil masa hampir 45 minit. Selepas menjemput dua student undergrad (yang juga peminat IRON MAIDEN suam-suam kuku), kami terus ke destinasi.
Excitementnya tetap ada tetapi sekadar jeritan dalam hati je la. Ini bukan live show. Tetapi aku membaca dari tayangan yang sama di negara-negara lain, ada yang siap menyanyi sekali dalam panggung wayang. Tetapi begitulah Adelaide, apa-apa expectation yang diharapkan kena reduce by 50% (atau lebih rendah).
Ruang panggung sekadar 50% penuh (kan betul kata aku!). Yang penuh sekadar ruang belakang. Hampir kesemua dari kami memakai baju IRON MAIDEN. Seorang wanita tua (maybe dalam late 40s) duduk barisan kami, sebelum tayangan bermula beliau ke hadapan dan mengambil snapshot kami yang duduk. Aku menjulangkan simbol dua jari (hehehe)... Tidak pasti, dimana akan dipublished, facebook? myspace? Atau mungkin saja beliau salah seorang forummer berdaftar dalam forum rasmi IRON MAIDEN? Aku sendiri membawa DSLR tetapi keputusan terakhir, tak jadi nak bawa keluar dari kereta. Besar sangat nanti kena suspek movie pirate pula.
Dokumentari ini berkisar tentang Somewhere Back In Time tour, pusingan pertama yang bermula dari Feb 1 2008 hingga June 21 2008. Dicanangkan di dalam iklan dokumentari ini, 50,000 km, 5 benua, 23 persembahan di dalam masa 24 hari. Istimewanya, ini benar-benar show DIY. Semuanya milik IRON MAIDEN termasuk logistik terpenting, kapalterbang yang disewa khas dari tempat kerja penyanyinya Bruce Dickinson (yang juga seorang juruterbang professional). Ed Force One nama diberi untuk kapalterbang tersebut.
Mungkin IRON MAIDEN bukanlah band Metal terbesar dunia dari segi penerimaan (berbanding dengan Metallica contohnya) tetapi dengan jumlah jualan album keseluruhan berjumlah 70 juta unit TANPA... diulangi TANPA bantuan radio dan media mainstream, itu adalah satu pencapaian yang luarbiasa.
Takeoff pertama merupakan hari yang mendebarkan. Kata Rod Smallwood (manager), semua dah siap dan prepared, cuma tunggu dokumen pelepasan untuk membenarkan berlepas sahaja. Semua berdebar-debar menunggu saat akhir. Akhirnya berlepas juga, dan semuanya excited. Ed Force One telah diubahsuai untuk menempatkan 1/4 ruang untuk equipment persembahan dan selainnya digunakan untuk membawa 70 orang crew yang sempat juga diselitkan 4 orang anak Steve Harris.
Apa yang menarik di dalam Ed Force One? Semuanya perlu ikut undang-undang penerbangan jadi ia seperti penerbangan biasa. Bezanya cuma selama 60 hari perjalanan, manusia di dalamnya sama, seperti satu keluarga. Dan yang paling menarik (dan mencuit hati), setiap kali take-off, steward dan stewardess perlu melakonkan tatacara keselamatan yang disambut dengan nyanyian dari semua penumpang! Sungguh mencuit hati!
Setiap stop, dokumentari ini menayangkan keadaan sambutan peminat terhadap IRON MAIDEN. Di India, sesuatu yang telah lama ditunggu-tunggu. India sendiri bukanlah boleh dikaitkan sangat dengan muzik Heavy Metal tetapi kedatangan IRON MAIDEN mengeluarkan peminat Heavy Metal dari tempat persembunyian mereka. IRON MAIDEN membuat persembahan di pinggir kota, kawasan yang di set-up secara build-destroy basis. Stage pun dibina dari kayu-kayu yang merisaukan crew andaikata roboh. Kawasan penonton dibersihkan bukan dengan vacuum cleaner, tetapi dengan penyapu lidi! Sesuatu yang eksotik senario sebegini.
Di Tokyo, keadaan berbeza. Semuanya moden dan kemas tetapi kata salah seorang dari IRON MAIDEN, di Jepun sahajalah boleh berjumpa dengan peminat IRON MAIDEN yang bergelar gadis-gadis comel
Namun, peak persembahan IRON MAIDEN sudah tentulah apabila mereka berada di Amerika Selatan. Peminat mereka di sana begitu fanatik. Mereka disambut sebaik sahaja touchdown di airport dan terus diekori hingga ke hotel penginapan. Di Bogota,Columbia, peminat mereka sudah berkhemah di luar venue sejak seminggu sebelumnya untuk memastikan apabila pintu pagar dibuka, mereka dapat berlari terus kehadapan stage.
Untuk pemuzik di dalam IRON MAIDEN, mereka bukan lagi orang muda. Mereka tidak lagi boleh hidup macam dulu jadi apabila ada masa luang antara satu date dengan yang lain, mereka berehat dan bersantai. Antaranya ialah bermain golf dan bolasepak! Oleh kerana ada juga antara mereka yang membawa isteri dan anak-anak ianya seperti work-vacation.
Kami semua menunggu hingga habis kredit dokumentari ditayangkan. Malah bila screen menjadi gelap, kami masih terpaku di tempat duduk. MUNGKIN ADA KEJUTAN? Oh, tidak... itu perasaan kami sahaja. Hinggalah seorang dari penonton berkata, "That's the end, mate", kami mula bergerak keluar. Aku dengan senyuman.
mm, tak dapat paspot eh?
ReplyDeleteok la jugak at least tempat sana ada jugak tayang ni kat pawagam.
Dari kat sini...
tapi betul ko cakap, aku kadang2 compare jualan Maiden ngan Def Leppard, Metallica, ACDC
then aku realise, eh...Maiden satu2nye band tak dapat exposure cam lagi tiga band tu. So memang menakjubkan
Salam Bang Den
ReplyDeleteKat Meshia ni jangan harap la movie cam ni nak tayang kat panggung. Cuma lately ada jugak lagu thrash/metal kluar kat rancangan rock keras kat sinar fm.
Btw, kat sana senang tak dapat dvd/cd mayhemic destruction dr mortal sin. Masa album ni kuar dulu, aku tersalah beli ingatkan heavy metal, rupanya thrash (masa tu aku tak dengar thrash lagi), so aku simpan kaset ni sampai metallica kuar ....and justice for all. Ni first album thrash yang pertama aku beli sebab room mate aku hari2 pasang sampai aku tangkap minat lepas tu terus beli. Lepas ajfa, baru aku dengar balik mayhemic destruction.
Apa2 pun, ups the iron.
bes gle ade jet sendrik.. bosan2 ptg2 leh g lepak hawaii ke
ReplyDeleteni kira rockumentary..ala2 national geographic gitu
ReplyDelete