Sunday, May 03, 2009

Klassik!!! KING'S X Ear Candy (1996)

Pengalaman pertama aku bersama KING'S X mungkin ketika aku balik sekolah. Singgah sebentar di kedai buku/majalah dan membelek majalah Metal Hammer dan Kerrang! Sekitar tahun 1989/1990 mungkin.

Doug Pinnick, vokal/bass menarik perhatian aku. First of all, dia seorang African American. Ye lah, masa tu nak jumpa AA dalam majalah Metal memang sukar. Metal seolah-olah exclusive Caucassian. Dan paling menarik, stail rambut dia tu (lihat gambar bawah). Zaman remaja dan otak rebellious; stail Doug ni memang menarik. Walaupun tak pernah dengar lagi lagu macam mana. Nak dengar macam mana, bukan ada internet masa tu. Kaset pun takde jual, hatta yang cetak rompak pun.

Second encounter bila tokey Psychic Scream Entertainment, rekemen aku dengar band Dream Theater masa aku tengah study di UTM Skudai. Antara album terawal Dream Theater yang aku beli ialah Falling Into Infinity dan dalam tu Doug Pinnick menjadi vokalis tambahan undangan untuk lagu Lines In The Sand. Tajuk lagu ni juga adalah sebuah lagu dari album Ear Candy (tukar Lines kepada Lies). Suara Doug dalam album DT tersebut, wow!!!

Mesti kena cari album KING'S X macam ni, dalam fikiranku...



Serentak dengan itu beberapa album KING'S X dibeli. Tetapi yang paling menarik ialah album Ear Candy. Mungkin ramai peminat KING'S X sendiri memilih album Faith Hope Love sebagai album terbaik tapi I beg to differ. Ear Candy ialah albumnya!

KING'S X ni sebenarnya bukanlah band Metal walaupun mereka pernah bersama dengan Metal Blade Records dan banyak terpampang dalam majalah-majalah Metal terkenal. Sebaliknya, mereka ni memainkan konsep progresif rock yang mungkin lebih berat jika dibandingkan dengan band progresif rock yang lainnya.

Walaupun Doug merupakan vokalis utama namun dua yang lainnya juga mempunyai suara yang merdu dan ini terbukti, mereka juga menjadi vokalis utama untuk beberapa buat lagu. Mungkin kerana lebih mudah untuk memainkan gitar bass dan menjadi vokalis, menjadikan Doug penyanyi untuk kebanyakan lagu.

Ear Candy, sesuai dengan tajuknya sememangnya halwa telinga. Lagu-lagu yang merdu dan well-executed. Mungkin kurang tahap 'progresif'nya tetapi bukan juga seperti lagu-lagu di dalam radio mainstream.

Kalau anda hendak mencuba KING'S X, maka inilah album yang patut anda mulakan.

1. "The Train" – 3:08
2. "(Thinking and Wondering) What I'm Gonna Do" – 3:41
3. "Sometime" – 3:47
4. "A Box" – 4:39
5. "Looking for Love" – 2:58
6. "Mississippi Moon" – 3:11
7. "67" – 4:41
8. "Lies in the Sand (The Ballad Of...)" – 3:53
9. "Run" – 3:27
10. "Fathers" – 3:21
11. "American Cheese (Jerry's Pianto)" – 2:54
12. "Picture" – 5:34
13. "Life Going By" – 4:04

(yang dibold tu lagu yang menarik pada hemat aku)

All songs written by Pinnick, Tabor and Gaskill.


Maaf kat youtube yang ada cuma live version je. Nevertheless, A BOX is a very nice song (versi live ni extended mid section dengan tambahan instrumental)

4 comments:

  1. betul...dulu aku pun selalu baca pasal King's X kat magazine...tapi tak pernah dapat dengar...memang tak masuk kaset mereka ni kat malaysia...cuma thn 97 kot..Best Of dorang ada di jual...dan itu la kali pertama aku dengar King's X...

    bagi aku dorang tak la progresif sangat...lebih pada hard rock kot..kira senang jugak la nak hadam...walaupun tak semuanya.

    ReplyDelete
  2. tak pernah dengar aku..
    nanti bleh survey huhu

    ReplyDelete
  3. sebuah band progresif hard rock hebat yang "dilupakan". ramai yang tak tahu pasal king's x ni seperti gak band all african american 'living color' yang sangat menarik!

    tahun lepas king's x buat konset reunion bersama band extreme kat nyc.

    ReplyDelete
  4. ooo king's x..tima kasih kerana info ini

    ReplyDelete