Peminat-peminat rock Metal pastinya kenal dengan ROSS HALFIN. Gua kenal dengan dia bukannya pasal IRON MAIDEN tetapi kenal melalui kaset METALLICA Master Of Puppets. Yang gambar dalam inlay yang cun tu, gua memang tertarik. Ditulis, photograph by ROSS HALFIN. Lama dah. Tahun 1987 gitu.
Beliau memang legend la dalam rock photography ni. Manakan tidak, semua band mega-mega ni nakkan dia punya khidmat. Selain IRON MAIDEN dan METALLICA, beliau juga jadi tukang gambar untuk Def Leppard, Kiss, Motley Crue, Paul McCartney, George Harrison, The Who etc. So kaliber dia no-nonsense la.
IRON MAIDEN ni special sikit kot sebab dia dah involve sejak penubuhan awal lagi. Zaman IRON MAIDEN masih baru bertatih dengan main kelab-kelab kecil di UK dulu. Somehow, boleh click pulak dengan IRON MAIDEN walaupun Ross terkenal dengan komen tak bertapis dia ni.
Ada something unik dengan Ross selain dari terer amik gambar. Iaitu, perangai dia yang straight forward dan mulut laser. Dalam buku ni pun sempat lagi sindir-sindir IRON MAIDEN lagi. Contohnya gaya IRON MAIDEN yang pada dia rasa kelakar, selamba je dia one-liner. Actually bukan dalam buku ni pun, masa dengan IRON MAIDEN pun dah macam tu. Tapi IRON MAIDEN tetap pilih dia.
Dalam entry yang dahulu ada special issue CLASSIC ROCK yang mana Ross dan penulis lagenda, MICK WALL cover semua band lagenda yang mereka pernah buat liputan. Interesting. Boleh check baca KAT SINI.
Paul Di'Anno. Problem dia ialah mabuk. Memang dia bawak gaya punk dalam IRON MAIDEN ni. Steve Harris tak leh tahan kemabukan dia ni.
So oleh sebab dia dah bertahun-tahun jadi insider IRON MAIDEN why not keluar buku kan? Cash converter lagi ni sebab peminat IRON MAIDEN terkenal dengan kefanatikan mereka. Membeli apa aje yang ada tertera nama IRON MAIDEN (kejap nak tengok cermin diri sendiri). Maka keluarlah buku fotografi ni pada tahun 2006.
Ni deskripsi buku dari Amazon.com. Tulis pressed 2008. Mungkin 2nd edition. Gua punya 2006. First press la kot? Yea...
Product Details
* Paperback: 240 pages
* Publisher: Vision On (August 1, 2008)
* Language: English
* ISBN-10: 1846094453
* ISBN-13: 978-1846094453
* Product Dimensions: 12.5 x 9.4 x 0.9 inches
Tapi sekarang ROSS HALFIN dah tak amik gambar IRON MAIDEN dah. Last sekali masa zaman Dance Of Death punya album. Tak pasti kot Ross ada ambik secara sampingan, bukannya 24/7 macam dulu-dulu. Yang pastinya kaliber Ross memang tinggi la. Banyak lagi band yang demand dia punya khidmat.
EDDIE dalam dua jelmaan. Satu yang statik di belakang drum set (kiri) dan satu lagi full body boleh berjalan-jalan (kanan bawah)
So korang yang ada DSLR dan minat ambik gambar band, memang essential la kot buku-buku macam ni. Nak-nak lagi, rock photographer macam Ross nih. Antara moral yang aku dapat dari Ross ialah, nak famous, kena la amik gambar famous. Takat band kenduri kahwin atau talent-time band, nak famous pebende?
Gua pulak, ada DSLR dan minat rock/Metal tapi takde venue nak praktis hahaha... dan takde band femes nak follow. Berangan tengok buku Ross je la.
H... keluar kejap dari IRON MAIDEN pasal tak tahan tour sepanjang tahun. Tapi masuk balik. Dan disambut dengan gembira oleh peminat IRON MAIDEN.
Angle-angle yang diambil oleh Ross memang best. Tak tau la berapa ratus shots yang diambil baru menjadi satu. Tapi, itulah fotografi. Lagi nak buat buku. Dalam ribuan gambar dok ada dalam simpanan, berapa keping je yang betul-betul up to the standard. Bayangkan zaman tu pakai filem? Jenuh wooo... sekarang digital lain la.
Apa lagi gua nak tulis ni eh? Gambar banyak lagi ni. Hmmmm.....
Team bola IRON MAIDEN. Steve Harris masa remaja tu dah nak masuk West Ham United dah tu. Tapi tak jadi sebab ada IRON MAIDEN. Good choice!
Gua dah takde idea ni woi. Apa lagi haa.... apa lagi yang gua lupa nak tulis?
La la la la... memang gua takde idea dah ni... OK lah, lu orang tengok je la gambar seterusnya dan baca deskripsi. Patutnya entry ni takde tulis apa pun, macam buku ni jugak. Gambar menerangkan segalanya.
Bruce Dickinson dan Blaze Bayley. Kesian Blaze nak fill-in tempat Bruce yang sudah established tu. Namun album The X-Factor tetap menjadi pujaan hatiku!
Background cun. Zaman Brave New World punya album. Blaze keluar dari IRON MAIDEN dan Bruce + Adrian Smith masuk balik.
Dance Of Death tour. Shot yang Ross kata dia mempopularkan stail begini. Bandboy berdiri membelakangkan crowds. IRON MAIDEN suka sangat, dan kalau Ross takde atas stage masa ni, diorang akan panggil mana-mana photographer yang ada kat situ, suruh ambik jugak.
Woi hampeh! Abis satu buku kau photo dan post. Ini sudah "hampir" kira cetak rompak ni. Ni macam aku beli cd langsuyr. Pastu aku main kat hifi dan aku rekodkan pakai hifi satu lagi, pastu aku jual!
ReplyDeleteAlang2 scanned satu buku terus dan letak kat rapidshare ker, maner yg patut.
fuh.. last2 ade gak satu gamba pompuan.
ReplyDeletewa nampak ross (muka mcm dia) masa metallica tour baru2 ni. ambik gambar machine head masa opening kat atas stage.
ReplyDeletebtw, wa mau beli ini buku. fantastic shots!
yep, this is a fantabulous book.
ReplyDeleteermmm best byk gmbor..hehehe selain ross halfin, aku suka charles peterson fotografer scene grunge.
ReplyDeleteselain encik ross, gua suka dengan photo yang diambik oleh encik mark 'weissguy'weiss, eddie malluk dan oldskool neil zlozower ( led zep, black sabbath, scorpions, judas priest,ted nugent, rainbow, van halen...). hampir semua band2 metal dunia diorang telah rakamkan, baik on stage atau off stage.
ReplyDeletehebat!
dave murray memang jambu
ReplyDeletepose mesen gun kena ada strap panjang kot.ecece.macam la reti main gitar/bass gua.haha