Sekarang ni ada usaha untuk menaikkan balik muzik Thrash Metal dengan sungguh-sungguh. Bermula dengan usaha yang lebih 'underground' beberapa tahun lepas, tetapi sekarang, syarikat artis tersohor mula mengambil perhatian.
Thrash Metal yang dimaksudkan, bukanlah yang sudah disuntik elemen-elemen serpihan Metal yang lain tetapi Thrash Metal autentik, seperti yang telah ditunjukkan oleh bands terdahulu seperti Slayer, Testament, Anthrax, Exodus, Nuclear Assault dll.
Walaupun disembur dengan pelbagai sindiran dan tohmahan, bands muda-muda sebegini meneruskan perjuangan mereka. Mereka ada crowd sendiri dan mengikut laporan-laporan di dalam show mereka, hebat! Ianya benar-benar menaikkan kembali semangat Thrash Metal 80an. Sekurang-kurangnya, mereka yang tidak berkesempatan untuk enjoy pada zaman kegemilangan Thrash Metal di akhir tahun 80an (dan awal 90an), semangat yang dibawa oleh band muda-muda ini dapatlah memberikan sedikit gambaran apa yang berlaku suatu ketika dahulu.
Dengan sebab itu, EARACHE, sebuah syarikat rakaman yang terkenal dengan muzik Grindcore dan Death Metal mula mengambil perhatian terhadap fenomena ini. Untuk memudahkan peminat dan mereka yang curious/sceptic, EARACHE mengeluarkan sebuah boxset bertajuk EARACHE Thrash Pack yang mengandungi 4 buah album dari 4 buah bands Thrash Metal muda.
Ayuh kita bedah siasat...
MUNICIPAL WASTE The Art Of Partying CD
Malang sekali EARACHE memasukkan album MUNICIPAL WASTE ini ke dalam kompilasi. Adalah lebih baik memasukkan album Hazardous Mutations yang pada pendapat peribadi gua, paling bertenaga dan kencang. Problem kepada album ini ialah, riffsnya tidak menyengat. Dan kepada yang familiar dengan mereka, kebanyakan lagu-lagunya seperti sudah senak dengan idea yang diulang-ulang. Mungkin dengan sebab itu NUCLEAR ASSAULT bungkus dalam segi penjualan album selepas album Survive.
Bunyinya seperti: NUCLEAR ASSAULT dengan produksi baru
BONDED BY BLOOD Feed The Beast CD
Padanlah Gary Holt (EXODUS) bersungguh-sungguh mengangkat band ini sebagai band retro Thrash Metal paling berpotensi. Sebabnya? 90% berbunyi seperti album EXODUS Bonded By Blood. Nama band pun ambil terus dari album tersebut. Suara vokalisnya pun sebijik macam Steve Sousa (ex-vokalis EXODUS). Apa nak dikata, memang itulah matlamat band retro; meniru dan mengambil inspirasi dari band idola mereka. Bermula dengan sebuah lagu yang sangat bertenaga, Immortal Life namun tenggelam dengan ketandusan lagu yang powerful sepanjang perjalanan CD ini.
Bunyinya seperti: EXODUS Bonded By Blood.
EVILE Enter The Grave CD
Band yang sudah beberapa ketika cuba diangkat oleh media-media Britain (tempat asal band ini). Dalam sebuah ulasan konsert di dalam majalah Zero Tolerance, pengulas menulis yang beliau teringatkan akan METALLICA ketika zaman muda-muda dulu ketika menonton persembahan EVILE. Namun keputusannya bagaimana? So and so aje walaupun ada nampak kecenderungan untuk tidak tersangkut dengan acuan asal Thrash Metal dengan memasukkan sedikit elemen-elemen baru. Problemnya ialah apakah matlamat EVILE sebenarnya? Mahukan Thrash Metal autentik ataupun mahu progres? Ini mungkin mengelirukan peminat yang mungkin menyebabkan EVILE sendiri jatuh dalam lembah kekeliruan. Bagusnya, produksi yang cantik, tepat dan bersungguh. Bukan band garage ya.
Bunyinya seperti: band Thrash Metal awal yang kurang dapat perhatian (selepas zaman kegemilangan Thrash Metal)
GAMA BOMB Citizen Brain CD
Kemungkinan ini adalah album terbaik di dalam kompilasi ini. Riffs yang autentik tetapi kompleks yang membuatkan ia seperti benar-benar dibuat untuk menguji diri sendiri dan tidak sekadar meniru bulat-bulat apa yang diutarakan idola mereka satu ketika dahulu. Yang paling menarik, keboringan itu kurang apabila mendengar CD ini (untuk mereka yang sudah cukup dengan band asal dan tidak memerlukan peniru).
Bunyinya seperti: Tom Araya (SLAYER) dengan ahli dari EXODUS dan NUCLEAR ASSAULT.
* Takda satu band pun di atas yang menampilkan influence dari band Thrash Metal Eropah. Semuanya USA. Mengapa ye?
thanx for sharing..pada pendapat aku band2 muda mungkin terlalu obses mengikut idola mereka..well cam nak jadi sebijik cam idola mereka..biasanya begitulah diawal kemunculan mereka..macam Black Tide yg dikatakan "jelmaan metallica" era awal pon tak mampu membuktikan kemampuan sebagai band thrash yang autentik.
ReplyDeletedalam banyak2 band tu...Evile je yang pernah gua dengar lagu2 dorang...tu pun pasal Flemming Rasmussen produced...
ReplyDeletetapi tu la...tak kena pada zamannya..walaupun pun best...tak terasa kenikmatannya...haha..
..wa dah lama tinggal muzik thrash ni sejak mula dengar lagu lagu dari Voci,Necrotic Chaos dan Langsuir (Old)la ni pun makin tua makin layan ngan lagu lagu extreme metal,sebabnya nampak mereka ni ikhlas ngan muzik mereka..tapi tak semua pun..
ReplyDeleteya ya betul. Aku setuju...
ReplyDeleteTIADA slayer nombor dua! tiada exodus, megadeth, overkill atau nuclear assault nombor dua. band thrash baru mesti bediri dengan sound sendiri.
ReplyDeletethrash under pressure!
salam... bro... tumpang promotee tee-shirt ya... =)
ReplyDeleteT-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC
(1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )
(2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )
(3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )
(4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )
http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html
sukanya aku sama municipal waste, laju, jahat, kadang2 nakal, kadang2 comel.
ReplyDelete