Saturday, February 28, 2009

IRON MAIDEN New Zealand Part 8: LIVE CHRISTCHURCH!!!

Selesai show di Aucland pada malamnya, keesokan hari aku harus bergegas ke Christchurch. Aku telah agak yang malamnya pasti penat jadi flight yang aku book kira-kira 12 tengahari. Cukup masa untuk rehat, sarapan dan checkout dari homestay dengan sempurna.

Malamnya, aku dan Wanwarlock hebat berbincang pasal Metal scene tempatan. Soalan penting ialah, adakah band Metal ekstrim Malaysia mempunyai identiti sendiri? Maksudnya, apabila dikatakan band ekstrim Malaysia, pendengar akan angguk kepala dan setuju, ini ekstrim Metal Malaysia. Seumpamanya band ekstrim USA, Norway, Eropah etc. Kesimpulan yang kami persetujui, tidak ada. Mungkin Wanwarlock boleh elaborate dengan lebih detail dalam blognya (kerana aku dah tak kuasa nak tulis/pikir).

Flight ke Christchurch was delayed. So kena tunggu lama sikit kat dalam airport. Aku perhatikan ada beberapa orang dalam flight yang sama memakai baju IRON MAIDEN. Aku tak pasti samada mereka juga datang dari Australia ataupun warga tempatan. Whatever it is, masing-masing berbangga menayang t-shirt IRON MAIDEN masing-masing.

Aku takde dalam gambar ni. Cilok dari official Iron Maiden forum. IMFC di Auckland.

Sedang duduk menunggu dan melayan iPod, tiba-tiba seorang mamat berbaju IRON MAIDEN yang duduk bertentang denganku bingkas bangun dari duduknya. Pandangannya tertegak ke hadapan. Aku menoleh ke belakang. Ah, rupa-rupanya Ed Force ONE hendak berlepas. Dengan serta-merta aku mengeluarkan DSLR dan menangkap beberapa shot. Kelam-kabut juga suasana dalam bilik menunggu tu. Yang tak bersalah (bukan peminat) pun terpinga-pinga. Seorang pelancong Jepun yang dari tadi memang membelek videocamnya pun bersama-sama kami mengambil shot. Selesai, aku duduk kembali dan seorang makcik dan pakcik disebelahku bertanya tentang kapalterbang tadi dan IRON MAIDEN. Mungkin selepas ni makcik dan pakcik tu jadi peminat IRON MAIDEN, siapa tahu?

Di Christchurch, Ghazali @ Rembau sudah menunggu. Aku meminta maaf atas kelewatan flight walaupun aku tau bukan salah aku tapi bukankah itu adab? Lama sungguh tidak berjumpa dan berbual dengan beliau. Show bukan hari ini tapi keesokan harinya. Ada banyak masa untuk kami catch-up antara kami. Apa yang tertinggal dan update maklumat masing-masing.

Eventually, Rembau menceritakan tentang dirinya dan keluarga. Sungguh tidak aku sangka. Kalau ikut dari sejarah lampau memang projection dan expectation aku terhadap beliau jauh tersasar. Beliau sekarang, hmmm... ada kesedaran agama. Walaupun sekali-sekala iman lemah dan mau tengok IRON MAIDEN tapi itulah manusia. Kecenderungan beliau dengan jemaah islamiyah banyak memberi manfaat kepada beliau. Maka perbualan kami banyak berkisar tentang hal-hal keagamaan. Alhamdulillah.

Malang sekali, keesokan harinya ketika beliau membawa aku ke Akaroa, satu tempat yang menarik di pinggir Christchurch, beliau mendapat panggilan yang menyedihkan. Adik beliau, yang bongsu, kemalangan dan meninggal dunia. Kami speechless. Setelah mengambil beberapa lama untuk bertenang beliau mengambil keputusan untuk membatalkan niat menonton IRON MAIDEN pada malam itu. Aku setuju. Walaupun begitu beliau berbaik hati untuk menghantar dan menjemput aku di Westpac Arena malam tu.

Aku sampai di venue, dalam jam 6pm. Barisan menunggu sudah panjang dan beberapa minit kemudian pintu pagar dibuka. Sedang dalam barisan, ada beberapa orang yang bertanya secara rawak, "Anyone has extra ticket?" Wow, sold out? Ini sudah bagus. Apapun, venue ni stadium tertutup berbanding dengan Auckland yang terbuka. Mungkin ada perbezaan? Kena tunggu, lihat dan dengar.

Kawalan keselamatan lebih ketat di sini. Kamera digital mini yang aku pinjam dari Rembau aku selitkan di poket belakang, bersama-sama dengan wallet. Untung aku, security tidak meraba punggungku hahaha...

Didalam venue, aku perhatikan pentas sudah kehilangan 2 skrin besar di kiri dan kanan yang asalnya ada di Auckland. Mungkin kerana venue yang lebih kecil maka tidak perlu akan itu. Tapi pada aku, skrin tu banyak manfaatnya. Memberikan lebih variasi kepada visual experience.

Seperti di Auckland, juara pertandingan Battle of The Band bahagian selatan muncul. Sebuah band melodic Death Metal. Tipikal. Nampak crowd yang layan, cuma remaja dan akhir remaja je. Yang lain, sekadar memerhati kosong. Yang kelakar, vokalis 2-3 kali ajak crowd buat circle mosh pit, tapi takde siapa yang layan. Berbeza di Auckland, circle most pit tu terjadi tanpa disuruh oleh Bruce Dickinson. Ya, di Auckland circle mosh pit tu masa IRON MAIDEN performed!

Sambutan terhadap Lauren Harris juga hambar, berbeza semasa di Auckland. Lauren Harris tampak sungguh-sungguh menjemput crowd participation namun gagal. In the end, nampak sedikit kecewa pada raut wajahnya. Christchurch, lu orang kejam ah! Ni anak Steve Harris oi! Paling aku tak tahan, ada beberapa remaja di hadapanku dok kutuk-kutuk Lauren Harris dengan genre hard rocknya. Rasa nak cekik-cekik je. Motley Crue, Ratt, Dokken rule la budak!

Lampu mula disamarkan. Giliran IRON MAIDEN untuk muncul. Aku mula menguatkan diri kerana ikut pengalaman di Auckland, 5 minit sebelum IRON MAIDEN muncul akan berlaku gelombang manusia yang menolak ke hadapan/belakang. Sangkaanku meleset. Tiada. Kalau ada pun, tak sampai 5% ikut benchmark Auckland.

Dan ah, IRON MAIDEN muncul. Setlist yang sama. IRON MAIDEN memang jarang tukar setlist untuk tournya jadi aku dah boleh agak apa lagu yang akan dimainkan. Untuk mengubah pengalaman aku, kali ni aku berniat untuk menyelit ke hadapan. Dan aku berjaya. Aku berada 6 lane di belakang penghadang keselamatan. Dalam posisi aku tu, tangan yang aku hulurkan seolah-olah boleh mencapai Steve Harris hahaha...

Selepas tiga lagu pertama, sebelum lagu Children Of The Damned, skrip yang sama. Cuma ada beza sikit, "Long time back when we were in Auckland (di boo oleh crowd hahaha...), we were in front of 6000..." Sambung beliau balik, "Now in Christchurch we have double than that!" Disambut dengan jerit pekik crowd. Memang Bruce penghibur sejati. Skripnya digubah dengan teratur untuk mendapatkan reaksi positif dari crowd. Apa yang tidak diketahui oleh crowd Christchurch ialah crowd di Auckland dua hari lepas berjumpah 18,000, lebih banyak dari Christchurch, 12,000. Hahaha...


Sound system agak sharp dan menyakitkan telinga. Satu yang agak pelik kerana sepatutnya indoor sound lebih bagus. Ditambah pula stadium tertutup ini telah direkabentuk dengan ruang akustik yang sesuai untuk show sebegini. Aku mula rasa irihati terhadap mereka yang memakai ear-plug. Next time, aku akan beli dan pakai untuk menyelamatkan telinga aku yang dah memang lama kena abused dengan sound yang bingit.

Sekali-sekala aku menolak diriku ke hadapan. Tapi setakat lane ke-6 je yang mampu. Di hadapanku, memang dah jadi barrier manusia yang kukuh, sekukuh dinding konkrit. Jadi di sekitar itu saja aku berlegar. Sekali-sekala rusukku tertumbuk oleh siku manusia. Kakiku dipijak. Dan paling malang, kaki seorang yang body-surfing hinggap di atas kepala. Kecederaanku lebih dahsyat dari di Auckland nampaknya.


Fear Of The Dark adalah satu lagu istimewa. Satu-satunya lagu yang diluar skop tour ini. Namun ini adalah lagu perlu, ikut kata kem IRON MAIDEN kerana majoriti peminat mahukan lagu ini. Terbukti, apabila intro lagu ini bermula, crowd menjadi tidak keruan. Lagu ini menghasilkan crowd participation paling tinggi. Satu stadium mengalunkan koir yang tidak berskrip. Antara babak yang meremangkan bulu roma aku.

Lagu Iron Maiden, sebagai penutup set sebelum encore memang ku tunggu. Kali ini aku mau nikmati pemandangan Eddie di atas stage. Memang kemunculan Eddie ditungu-tunggu. Status selebriti Eddie memang tinggi sungguh! Ada yang menjerit-jerit, ada yang melambai-lambai malah ada yang tergamam melihat maskot IRON MAIDEN ini masuk ke pentas sambil bergurau senda dengan Janick dan Dave.

The Number of The Beast, lagu pertama encore merupakan lagu yang paling banyak pyro. Semburan api ke atas di belakang pentas, sangat panas bahangnya. Juga merupakan lagu favourite crowd yang dinantikan. Korus dialunkan bersama dengan crowd yang dah semakin basah dengan peluh. Sanctuary mengakhiri persembahan IRON MAIDEN. Crowd masih belum puas. Jangan ditunggu kerana IRON MAIDEN tidak akan keluar untuk encore kali ke-2.

What a night! Walaupun dari segi suasana Auckland lebih menarik dari Christchurch, namun my participation, lebih di sini!
Tanpa berteman, aku keluar dari stadium sambil memerhatikan gelagat manusia yang puas selepas menonton IRON MAIDEN di Christchurch. Sebelum terlupa, aku bergegas ke gerai IRON MAIDEN untuk membeli CD Lauren Harris. Sebagai kenangan.

Penat, bingit tetapi puas merupakan natijah pengembaraan ke New Zealand ini menyaksikan hero muzikku ini. Kaset pertama yang dibeli tahun 1985 dan konsert depan mata di tahun 2009. Kalau nak gantung baju pun dah boleh sangat dah ni!


Ed Force Two

I survived the IRON MAIDEN experience in Christchurch!


*gambar tanpa krenmaut.blogspot.com dicilok dari IRON MAIDEN Official forum tanpa kebenaran.

5 comments:

  1. setuju...motley crue,ratt,dokken rule!!!..hehe..

    review yg ni ringkas sangat arr..Auckland lagi detail...yer la setlist sama ek...x per tunggu kat ROTTW punya...

    apa2pun...aku tetap jeles...grrrr

    ReplyDelete
  2. alaa... tak heran! dulu gua dah tengok video live after death diorang! tak payah beli tiket kapatebang dan tiket masuk stadium.

    uuu...uuuu

    hallowed be thy name

    ReplyDelete
  3. Alamak...jeles le aku.....adusssss..

    ReplyDelete
  4. Maut! Nasib baik aku bukan followers IM. Kalu dak aku pon dah jeles. Nanti biler 4U2C buat konsert reunion aku pon nak tulis sampai 14-15 posts cerite pengalaman aku! Baru hang plak jeles kat aku.

    ReplyDelete
  5. Yang bagusnya, selain menonton Iron Maiden Live, U pun dah sampai ke lokasi untuk filem Lord of the Ring, cerita la sikit bab New Zealand, selalu dok cerita pasal Australia jer

    ReplyDelete