Esoknya kami plan tak buat apa-apa paginya kerana nak save tenaga hahaha... Kami bangun awal sebab dah biasa bangun awal. So melepak je dalam rumah sambil tengok TV. Dah penat, take a nap a little bit. Tengahari bertolak dan solat Jumaat sambil jamak dan qasarkan Asr.
Yeah we are ready to go. Cuma problemnya satu... hujan tak berhenti dari pagi tadi. Rod Smallwood, manager Iron Maiden bila mengimbas kembali keadaan hujan pada hari tu, macam dah nak kensel show ni. Maklumlah, hujan... open air... boleh merosakkan equipments.
Kami sampai dalam 530pm di venue. Gate open at 630pm. Memang dah agak, mesti queue dah start. Fortunately, tak berapa panjang. Kira-kira kalau masuk time tu, boleh la dapat view depan sikit. Masih hujan. Kejap renyai-renyai, kejap macam lebat. Queue makin panjang. Dari queue 3 lane, dah jadi 10 lane kat depan sebab queue dah panjang berselirat dan masuk jalanraya kat luar. Aku suspect security suruh yang hujung dibelakang terus ke depan, menambahkan lane.
Adrenalin rush mula dah start dekat-dekat nak masa time gate open. Perut pulak memulas, gara-gara makan ayam Nando (halal tau) kat city tadi berulamkan Vanilla Coke. Bukan memulas, tapi angin. Kejap-kejap meletup-letup perut.
Yang beratur, dari tua sampai yang kecik. Tak asing juga, si bapa membawa si anak bersama. Malah si boy dengan ibunya pun ada! Si muda agak riuh dengan kawan-kawan sambil menunjuk macho. Yang berumur lebih tenang dan sekali-sekala mengerut dahi apabila hujan renyai-renyai tadi menjadi lebat. Namun di dalam hati aku percaya, semua tak sabar nak masuk!
Warwarlock bergaya dengan baju tour AMOLAD beliau yang dibeli ketika menonton IRON MAIDEN di UK, 3 tahun lepas.
Abang Ben bergaya dengan baju original IRON MAIDEN vintage 1993, Raising Hell semasa menonton... errr di eBay ( beli kat eBay daaaa)...
The gate will be opening soon! Kat depan tu kecoh, adrenalin rush! Awal lagi la bang... ada setengah jam lagi.
Akhirnya, the gate is opened!!! Adrenalin lagi tambah 1mg masa ni. Tak sabar nak masuk. Satu, nak dapat view paling depan as possible. Kedua, nak pi tandas. Perut berangin la. Aduh. Anehnya, bila dah masuk tandas, tak mau pula rilis hahaha... belasah je la tengok.
Stadium ni stadium ragbi ikut kata Wanwarlock. Look the same to me anyway. Lantas kami cepat-cepat ke depan stage menunggu band opening sambil checking out the situation. Orang baru 5% memenuhi stadium semasa kami di depan stage. Crowd masih menerobos masuk. Ada yang kontrol hensem berjalan, ada juga yang berlari-lari anak untuk mendapatkan spot yang bagus. Masih lagi huhan on and off.
Tepat jam 7pm, band undangan pertama memulakan persembahan. Dalam dua venues Auckland dan Christchurch, dua band local yang menang dalam satu siri pertandingan Battle of The Bands akan muncul sebagai band opening for IRON MAIDEN. Mesti bangga gila ah. Jadi bahan cerita ke anak cucu la ni. Namun band opening Chuganaut ni not my cup of tea. Band yang merojakkan elemen rock, Metal, progresif ala-ala System Of A Down. Quite original tapi macam aku kata, dengar sekali lalu je la.
Setelah 30 jam rehat, Lauren Harris pula masuk dengan bandnya. Teka, siapa Lauren Harris? Soalan bodoh. In fact, ada juga di kalangan crowd yang tak kenal sape dia ni hehehe... tak buat homework langsung. Anyway, sebelum ni aku baca ramai criticize Lauren disebabkan suaranya yang tak berapa best. I agree. Takde character. Macam flat sentiasa. Nasib la band mengiringi beliau energetik. Walaupun si gitaris nampak macam klon Zakk Wylde dan bassistnya klon Nikki Sixx, tapi masih bertenaga dan menarik.
Jam 9pm ikut itenary IRON MAIDEN memulakan persembahan. Lauren Harris selesai jam 830pm. Crews semua sibuk setup barang. Kami di bawah yang dah basah dek hujan menjadi hangat disebabkan udara yang statik. Aku terpaksa menjengketkan kaki dan menadah muka ke atas untuk menghirup udara segar. Otherwise, bau hapak, ketiak, masam semua ada. Penonton semua secara amnya dah terpaku di tempat mereka. Untuk bergerak, memerlukan muka tebal dan buat dek sebab mengganggu orang lain.
5 minit sebelum jam 9pm, keresahan manusia di dalam kepungan semakin tidak terkawal. Masing-masing muka excited. Tiba-tiba berlaku sesuatu yang tidak diduga. Ombak manusia bermula! Ini disebabkan penonton di belakang mula ke hadapan. Ruang yang sempit hendak dicelahi juga. Berlaku tolak menolak. Yang tidak berdaya, sekadar mengikut gelombang. Gelombang ke kiri, maka ke kirilah dia. Jika ke kanan, ke kananlah dia. Itu masih boleh tahan lagi. Tatkala gelombang itu menolak ke hadapan, sedangkan penonton di hadapan juga menolak ke belakang, berlaku himpitan yang amat dahsyat. Seketika tadi, aku perasan seorang budak dalam lingkungan 10 tahun bersama ayahnya, sekarang tidak tahu apa nasib budak tu di dalam himpitan manusia yang semakin hebat. Just before IRON MAIDEN muncul dari belakang pentas.
Tepat jam 9pm, lagu Doctor Doctor (UFO) dimainkan, menandakan intro sudah bermula. Gelombang manusia masih belum berhenti. Habis lagu tersebut, PA system memainkan lagu IRON MAIDEN bertajuk Transilvania pula. Kawasan sekitar digelapkan. Suara mendiang Perdana Menteri Britain mula kedengaran...
We shall go on to the end, we shall fight in France,Intro rakaman Aces High kedengaran. Hiruk pekik penonton menjadi begitu bingit. Dan BOOM! Bersama dengan letupan pyrotechnic, IRON MAIDEN keluar dengan full force!!! Kami tenggelam dalam jerit pekik, hiruk pikuk, tolak menolak, simbahan peluh dan siku menyiku. Namun bait lirik yang tidak ku lupa... aku nyanyikan bersama. Ini seperti satu perjuangan. Perjuangan di dalam lautan manusia. Antara melihat IRON MAIDEN di atas pentas juga menyelamatkan diri sendiri dari mala petaka gelombang manusia.
we shall fight on the seas and oceans,
we shall fight with growing confidence and growing strength in the air, we shall defend our Island, whatever the cost may be,
we shall fight on the beaches,
we shall fight on the landing grounds,
we shall fight in the fields and in the streets,
we shall fight in the hills;
we shall never surrender
Lautan manusia!
Persembahan diteruskan dengan Wrathchild. Aku sempat berduet dengan mamat di sebelahku kerana masing-masing menghafal lirik. Sambil menyanyi bertentangan mata ganas, ala-ala pahlawan Maori. Bruce Dickinson dalam mood yang energetik dan bersemangat. 2 Minutes To Midnight menjadi lagu seterusnya tanpa berhenti. H (Adrian Smith) dengan gaya machonya sedangkan Janick dengan tarian gilanya. Aku berkira-kira mana satu yang perlu aku beri perhatian. Terlalu banyak yang perlu dikonsentrasi!
Selesai lagu ketiga ini baru Bruce mengambil nafas dan berkomunikasi dengan penonton. Celotehnya memang selalu menghiburkan. Kata beliau, sambil melihat jam di tangannya, "Sudah berapa tahun ya, kami tidak sampai ke sini? 16? 17 tahun?" disambut dengan jerit pekik penonton. "Dulu kami di sini, penonton sekitar 5-6 ribu, tapi hari ini, 18 RIBU!!!" Gemuruh penonton menyambutnya, tanda setuju! "Lain kali bila kami datang, kami mau stadium ini penuh!!!"
Ye, stadium tak berapa penuh. Seat di atas masih nampak kekosongannya. Selain dari tiket diamond stand, yang dibatasi dengan pagar besi, di belakang masih terdapat banyak kawasan kosong.
Lagu Children Of The Damned menjadi lagu seterusnya, iaitu sebuah lagu yang begitu lama tidak dimainkan di atas stage. Mungkin kali terakhir semasa World Slavery Tour 85? Lagu ini kembali menjadi segar. H memainkan gitar Jackson cabang dua berwarna merah. Satu cabang untuk akustik dan satu cabang untuk elektrik. Solo H, tapping, semasa lagu ni memang top class. Unbeatable. Sometimes I wonder, H ni humble sungguh. Ada band solo dulu pun masih concentrate on the band itself, bukannya nak menunjuk hebat main gitar, even though he's capable.
Sebelum setiap lagu dimainkan, latar belakang pentas ditukar. Oleh kerana sudah biasa dengan artwork IRON MAIDEN, kita boleh agak, lagu apa yang dimainkan. Apabila latar belakang bertukar menjadi Eddie memegang bendera Union Jack dengan pakaian perang, penonton sudah dapat mengagak lagu seterusnya ialah The Trooper!
Selesai The Trooper, lagu paling kompleks IRON MAIDEN dimainkan iaitu Phantom Of The Opera. Mungkin terlalu kompleks menyebabkan reaksi penonton agak kurang ketika lagu ini. Mungkin aku sekarang telah faham kenapa IRON MAIDEN tidak memainkan lagu-lagu seperti The Duellists untuk suasana live.

4 gitaris berbaris di tengah pentas. Satu view yang meremangkan bulu roma!
Lagu paling komersil, Wasted Years, menjadi sangat appropriate. "Soooo.... understand...." Aku memang tak melepaskan peluang berkaraoke bersama. Solo H masa lagu ni, is simply superb! Lagu seterusnya, memerlukan sedikit penerangan. Well, untuk mereka yang bersama dengan IRON MAIDEN sejak azali memang takde hal, tapi consider ramai remaja, kanak-kanak yang sekali ada dalam stadium ni, mungkin baik juga Bruce intro tentang asal-usul lagu ini. Itulah, Rime Of The Ancient Mariner. Kata Bruce, "In Long Beach Arena, I said these... This is what's not to do when a bird shit on ya... THE RIME OF THE ANCIENT MARINER!!!"
Lagu Asyik yang aku gubah bersama Azman untuk album Langsuyr, sesungguhnya dapat inspirasi direct dari lagu ni. Kalau ada yang perasan, part tengah dalam lagu Asyik memang aku gubah sebijik macam lagu Rime ni. Oleh kerana itu, part tengah lagu Rime memang aku tunggu. Part H, Dave dan Janick bermelodi selesai break bass dan suara narrator tu memang mengasyikkan!

Rime Of the Ancient Mariner. Backdrop yang eerie!
Powerslave menjadi sajian seterusnya. Bruce siap memakai topeng yang pernah dipakainya 20 tahun yang lepas di dalam video Live After Death. Selesai lagu Powerslave, drum beat yang sangat familiar dimainkan. Tidak lain dan tidak bukan, Run To The Hills. Aku tak sangka lagu yang cheesy macam lagu ni menjadi lagu paling sesuai untuk sing a long di dalam stadium. Hampir semua mulut-mulut yang ada di dalam stadium menyanyikan korus. Malah tidak sukar untuk menghafal bait lirik yang lainnya. Catchy sungguh!
Dua lagu seterusnya Fear Of The Dark dan Hallowed Be Thy Name juga menjadi kesukaan penonton walaupun aku sendiri tidak begitu teruja. Mungkin sebab dah selalu dengar. FotD sendiri sudah lusuh dimainkan oleh IRON MAIDEN sedangkan HbtN pula sudah terlampau banyak disalahguna oleh band-band yang tak tahu nak appreciate lagu yang hebat macam ni.
Backdrop diganti dengan lukisan album Somewhere In Time. Lagu apa pula selain Wasted Years yang akan dimainkan dari album ini? Sangkaan aku meleset apabila terdengar 3 note pertama Dave Murray. Ianya lagu Iron Maiden. Nice! Dan aku tau, bila lagu ni dimainkan, Eddie pasti akan keluar. Dan aku tau kali ni Eddie dengan pakaian Somewhere In Time. Aku mencuit bahu Wanwarlock yang dibatasi oleh 2-3 tubuh manusia diantara aku dan dia, supaya bersedia sambil mengisyaratkan yang Eddie akan keluar. Aku mahu gambar ni ditangkap dengan elok dan cantik. Eddie penting!

EDDIEEEEEE....!!! Status celebriti yang dikecapi oleh Eddie cuma bisa diimaginasi oleh manusia biasa.
Jangan salah tembak Eddie!
Selesai lagu Iron Maiden, anggota IRON MAIDEN keluar untuk berehat seketika. Manusia secara kolektif menjerit Maiden Maiden Maiden! Encore untuk IRON MAIDEN keluar yang menyelesaikan tugas malam itu dengan beberapa lagu terakhir.
Lagu The Number Of The Beast, sudah semestinya tidak dilupai. Tanda pyro akan digunakan sekali lagi begitu jelas. Obor-obor api dari penunu di atas pentas sudah dinyalakan. Ketika TnotB dimainkan pyro dinyalakan menerangi keseluruhan stadium. Bahangnya sampai aku terasa! Di atas pentas, semua berposisi paling ke hadapan. Yang paling malang mungkin drummer, Nicko yang tidak boleh bergerak.
Bercakap tentang Nicko, dia paling tak nampak sebab ditenggelami oleh drum set beliau. Ubun-ubun kepala pun tak nampak. Aduh! Nasib baik ada skrin TV kiri dan kanan yang diangkat tinggi disebelah pentas. Kadang-kadang video mengambil posisi Nicko, dapatlah penonton melihat gelagat beliau.
The Evil Men Do dan Sanctuary menjadi lagu penutup. Dua buah lagu ini menjadi kritikan peminat. Untuk yang sudah biasa, sudah tentu terdapat banyak ruang untuk mengkritik. Tetapi untuk aku, apa sahaja lagu yang dimainkan oleh IRON MAIDEN sudah memadai! Namun aku faham kenapa Sanctuary dimainkan. Ianya appropriate kerana banyak break antara lagu yang memungkinkan Bruce memberi sepatas dua kata sambil mengajak penonton participate bersama.

10 minit sebelum jam 11pm, IRON MAIDEN beredar dari pentas. Yang sangka sihat semasa show, mula terasa sakit. Keletihan yang ditahan, sudah tidak dapat ditahan lagi. Longlai dan membongkok. Tetapi yang kepuasan telah mengimbangi penat lelah mereka.
Aku dan Wanwarlock keletihan. Ingatkan mahu mengambil udara sebentar di dalam stadium tetapi cepat-cepat kami dihalau oleh security.
Aku rasa beberapa jam dalam stadium telah membuatkan Wanwarlock lupa sebentar dengan kemalangan yang menimpa MPV Chrysler beliau. Side mirror kiri pecah ketika mengundur. Beliau lupa yang ada tunggul konkrit di sebelah kirinya. Aku sendiri tak sempat nak memberi amaran. Semuanya sudah berlaku.
Soalan untuk Wanwarlock... Is it worth it?
*fotografi oleh Wanwarlock
fuh~~ mcm bes
ReplyDeletefuhhh.memang meremang bulu-bulu bila layan review ni.invaluably speechless experience eh.
ReplyDeletememang best ihsan.aku dah cakap,kau tak caya.heheh
Love the Review..
ReplyDeleteBest ah..
pyrotechnics tu time TNOTB memang menjulang2 naik.
ok ok next show review Christchurch please haha.
aduh...baca review ni macam terasa aku lak yg kat Auckland masa tu...haha
ReplyDeletearghhhh....jeles..jeles..
jeles sey..
ReplyDeletebila la iron nk smpi m'sia kan bang??
haha...
Holly yaw..
ReplyDeleteperrghh..ini bukan perkara main-main...dapat pergi usha IM..jumpa eddie..sambil usha H men solo2 menggila, kalo gua, gua catit tab dia beb..untuk nostalgia hari tua..
wo....
ReplyDeleteTHE RIME OF THE ANCIENT MARINER - banyak efek tak depa pakai utk mlm tu ?( asap,lampu kasi turun,kasi seram skit) .
dulu aku ingat aku sorang je karkun yang turun layan iron maiden,dan tahniah ada geng jugak.
tq for the 'karkuzari' (memang jeles la aku dgr review ni).
p/s- latest news,search akan tour farewell concert
( ada 10-12 venue seluruh malaysia ) start bulan 4 sampai bulan 8.baru sat ni aku minum dgn din & tgk detail dia.
abg ben....jelesnya gua!!! ishhhh isshhh review yg menyeronokkan.. ;)
ReplyDeleteSatu ulasan yang menarik, terasa seolah-olah menonton konsert itu sendiri. Yeah, Iron Maiden rules!!!
ReplyDeleteoh tidak... aku menyesal baca review mu abg ben, buat aku nak bakar je cd2 iron maiden aku. huhuhu. bila la aku bleh tgk maiden live ni..
ReplyDeletebro bila lu sebut pasal album Live After Death,baru wa teringat wa ada rekod itu yang dah lama tersimpan dalam almari..so balik kang nak keluarkan balik..Maiden Rules..he he..
ReplyDeleteaisey bro... teringat kenangan silam la.. 'wasted years'...???
ReplyDeletewow lepas baca ni...terus gua teringat nak cari balik CD Maiden gua..He he he...
ReplyDelete