Monday, February 02, 2009

Alhamdulillah lagi...

Syukur ke atas limpah rahmat dari Allah s.w.t.,

Nasihat gua untuk mereka yang sedang belajar; SPM, matriks, diploma, degree, Master, PhD...

Bila lu jammed kepala otak atau sebelum lu jammed kepala otak... Banyak la doa. BANYAK!

Rasa nikmat bila masalah selesai dan tau doa kita dimakbulkan. Lebih nikmat dari tau yang itu adalah usaha sendiri. Kerana bila lu doa dan makbul, lu tau doa Allah s.w.t. telah kurniakan permintaan lu. Kalau lu tak doa, lu berjaya selesai masalah, nanti lu sangka lu hebat... jadi takbur, riak...

So tadi gua buat presentation 2nd year candidature gua. Gua jammed sebelum ni. Analysis tak lepas. Supervisor complain. Gua sakit otak. Jalan nampak kelam.

Tapi gua doa. Kalau gua tak 'lagho' time solat, masa sujud atau sebelum bagi salam, gua memang doa. Doa mintak Allah s.w.t. selesaikan masalah gua. Memang gua pastikan gua tak lupa doa.

Dan kadang-kadang terjaga malam, tahajud... doa lagi.. doa lagi...

Mak gua pun bila telepon selalu cakap tak pernah lupa, yang dia selalu doakan gua. Doa gua ke doa mak gua yang makbul? Hanya Allah s.w.t. yang mengetahui tapi itu semua atas dasar doa.

Sebelum gua datang sini, gua tanya sorang collegue gua buat PhD kat Jepun. Gua tanya amacam? Dia bagi isyarat; tengok atas sambil tadah tangan. Doa.

Maulana Zakariya rah. bagi contoh, kalau seorang hamba datang ketuk pintu istana. Hari-hari. Tanpa henti. Esok lusa pasti pintu terbuka.

Alhamdulillah presentation berjalan dengan lancar. Analysis gua pun memuaskan. Soalan-soalan dari hadirin hadirat gua dapat jawab (mana yang dalam skop le...). Gua yakin ni berkat dari doa.

Moga gua dan lu dapat amal. Dan sampaikan...

3 comments: