Saturday, February 28, 2009

IRON MAIDEN New Zealand Part 8: LIVE CHRISTCHURCH!!!

Selesai show di Aucland pada malamnya, keesokan hari aku harus bergegas ke Christchurch. Aku telah agak yang malamnya pasti penat jadi flight yang aku book kira-kira 12 tengahari. Cukup masa untuk rehat, sarapan dan checkout dari homestay dengan sempurna.

Malamnya, aku dan Wanwarlock hebat berbincang pasal Metal scene tempatan. Soalan penting ialah, adakah band Metal ekstrim Malaysia mempunyai identiti sendiri? Maksudnya, apabila dikatakan band ekstrim Malaysia, pendengar akan angguk kepala dan setuju, ini ekstrim Metal Malaysia. Seumpamanya band ekstrim USA, Norway, Eropah etc. Kesimpulan yang kami persetujui, tidak ada. Mungkin Wanwarlock boleh elaborate dengan lebih detail dalam blognya (kerana aku dah tak kuasa nak tulis/pikir).

Flight ke Christchurch was delayed. So kena tunggu lama sikit kat dalam airport. Aku perhatikan ada beberapa orang dalam flight yang sama memakai baju IRON MAIDEN. Aku tak pasti samada mereka juga datang dari Australia ataupun warga tempatan. Whatever it is, masing-masing berbangga menayang t-shirt IRON MAIDEN masing-masing.

Aku takde dalam gambar ni. Cilok dari official Iron Maiden forum. IMFC di Auckland.

Sedang duduk menunggu dan melayan iPod, tiba-tiba seorang mamat berbaju IRON MAIDEN yang duduk bertentang denganku bingkas bangun dari duduknya. Pandangannya tertegak ke hadapan. Aku menoleh ke belakang. Ah, rupa-rupanya Ed Force ONE hendak berlepas. Dengan serta-merta aku mengeluarkan DSLR dan menangkap beberapa shot. Kelam-kabut juga suasana dalam bilik menunggu tu. Yang tak bersalah (bukan peminat) pun terpinga-pinga. Seorang pelancong Jepun yang dari tadi memang membelek videocamnya pun bersama-sama kami mengambil shot. Selesai, aku duduk kembali dan seorang makcik dan pakcik disebelahku bertanya tentang kapalterbang tadi dan IRON MAIDEN. Mungkin selepas ni makcik dan pakcik tu jadi peminat IRON MAIDEN, siapa tahu?

Di Christchurch, Ghazali @ Rembau sudah menunggu. Aku meminta maaf atas kelewatan flight walaupun aku tau bukan salah aku tapi bukankah itu adab? Lama sungguh tidak berjumpa dan berbual dengan beliau. Show bukan hari ini tapi keesokan harinya. Ada banyak masa untuk kami catch-up antara kami. Apa yang tertinggal dan update maklumat masing-masing.

Eventually, Rembau menceritakan tentang dirinya dan keluarga. Sungguh tidak aku sangka. Kalau ikut dari sejarah lampau memang projection dan expectation aku terhadap beliau jauh tersasar. Beliau sekarang, hmmm... ada kesedaran agama. Walaupun sekali-sekala iman lemah dan mau tengok IRON MAIDEN tapi itulah manusia. Kecenderungan beliau dengan jemaah islamiyah banyak memberi manfaat kepada beliau. Maka perbualan kami banyak berkisar tentang hal-hal keagamaan. Alhamdulillah.

Malang sekali, keesokan harinya ketika beliau membawa aku ke Akaroa, satu tempat yang menarik di pinggir Christchurch, beliau mendapat panggilan yang menyedihkan. Adik beliau, yang bongsu, kemalangan dan meninggal dunia. Kami speechless. Setelah mengambil beberapa lama untuk bertenang beliau mengambil keputusan untuk membatalkan niat menonton IRON MAIDEN pada malam itu. Aku setuju. Walaupun begitu beliau berbaik hati untuk menghantar dan menjemput aku di Westpac Arena malam tu.

Aku sampai di venue, dalam jam 6pm. Barisan menunggu sudah panjang dan beberapa minit kemudian pintu pagar dibuka. Sedang dalam barisan, ada beberapa orang yang bertanya secara rawak, "Anyone has extra ticket?" Wow, sold out? Ini sudah bagus. Apapun, venue ni stadium tertutup berbanding dengan Auckland yang terbuka. Mungkin ada perbezaan? Kena tunggu, lihat dan dengar.

Kawalan keselamatan lebih ketat di sini. Kamera digital mini yang aku pinjam dari Rembau aku selitkan di poket belakang, bersama-sama dengan wallet. Untung aku, security tidak meraba punggungku hahaha...

Didalam venue, aku perhatikan pentas sudah kehilangan 2 skrin besar di kiri dan kanan yang asalnya ada di Auckland. Mungkin kerana venue yang lebih kecil maka tidak perlu akan itu. Tapi pada aku, skrin tu banyak manfaatnya. Memberikan lebih variasi kepada visual experience.

Seperti di Auckland, juara pertandingan Battle of The Band bahagian selatan muncul. Sebuah band melodic Death Metal. Tipikal. Nampak crowd yang layan, cuma remaja dan akhir remaja je. Yang lain, sekadar memerhati kosong. Yang kelakar, vokalis 2-3 kali ajak crowd buat circle mosh pit, tapi takde siapa yang layan. Berbeza di Auckland, circle most pit tu terjadi tanpa disuruh oleh Bruce Dickinson. Ya, di Auckland circle mosh pit tu masa IRON MAIDEN performed!

Sambutan terhadap Lauren Harris juga hambar, berbeza semasa di Auckland. Lauren Harris tampak sungguh-sungguh menjemput crowd participation namun gagal. In the end, nampak sedikit kecewa pada raut wajahnya. Christchurch, lu orang kejam ah! Ni anak Steve Harris oi! Paling aku tak tahan, ada beberapa remaja di hadapanku dok kutuk-kutuk Lauren Harris dengan genre hard rocknya. Rasa nak cekik-cekik je. Motley Crue, Ratt, Dokken rule la budak!

Lampu mula disamarkan. Giliran IRON MAIDEN untuk muncul. Aku mula menguatkan diri kerana ikut pengalaman di Auckland, 5 minit sebelum IRON MAIDEN muncul akan berlaku gelombang manusia yang menolak ke hadapan/belakang. Sangkaanku meleset. Tiada. Kalau ada pun, tak sampai 5% ikut benchmark Auckland.

Dan ah, IRON MAIDEN muncul. Setlist yang sama. IRON MAIDEN memang jarang tukar setlist untuk tournya jadi aku dah boleh agak apa lagu yang akan dimainkan. Untuk mengubah pengalaman aku, kali ni aku berniat untuk menyelit ke hadapan. Dan aku berjaya. Aku berada 6 lane di belakang penghadang keselamatan. Dalam posisi aku tu, tangan yang aku hulurkan seolah-olah boleh mencapai Steve Harris hahaha...

Selepas tiga lagu pertama, sebelum lagu Children Of The Damned, skrip yang sama. Cuma ada beza sikit, "Long time back when we were in Auckland (di boo oleh crowd hahaha...), we were in front of 6000..." Sambung beliau balik, "Now in Christchurch we have double than that!" Disambut dengan jerit pekik crowd. Memang Bruce penghibur sejati. Skripnya digubah dengan teratur untuk mendapatkan reaksi positif dari crowd. Apa yang tidak diketahui oleh crowd Christchurch ialah crowd di Auckland dua hari lepas berjumpah 18,000, lebih banyak dari Christchurch, 12,000. Hahaha...


Sound system agak sharp dan menyakitkan telinga. Satu yang agak pelik kerana sepatutnya indoor sound lebih bagus. Ditambah pula stadium tertutup ini telah direkabentuk dengan ruang akustik yang sesuai untuk show sebegini. Aku mula rasa irihati terhadap mereka yang memakai ear-plug. Next time, aku akan beli dan pakai untuk menyelamatkan telinga aku yang dah memang lama kena abused dengan sound yang bingit.

Sekali-sekala aku menolak diriku ke hadapan. Tapi setakat lane ke-6 je yang mampu. Di hadapanku, memang dah jadi barrier manusia yang kukuh, sekukuh dinding konkrit. Jadi di sekitar itu saja aku berlegar. Sekali-sekala rusukku tertumbuk oleh siku manusia. Kakiku dipijak. Dan paling malang, kaki seorang yang body-surfing hinggap di atas kepala. Kecederaanku lebih dahsyat dari di Auckland nampaknya.


Fear Of The Dark adalah satu lagu istimewa. Satu-satunya lagu yang diluar skop tour ini. Namun ini adalah lagu perlu, ikut kata kem IRON MAIDEN kerana majoriti peminat mahukan lagu ini. Terbukti, apabila intro lagu ini bermula, crowd menjadi tidak keruan. Lagu ini menghasilkan crowd participation paling tinggi. Satu stadium mengalunkan koir yang tidak berskrip. Antara babak yang meremangkan bulu roma aku.

Lagu Iron Maiden, sebagai penutup set sebelum encore memang ku tunggu. Kali ini aku mau nikmati pemandangan Eddie di atas stage. Memang kemunculan Eddie ditungu-tunggu. Status selebriti Eddie memang tinggi sungguh! Ada yang menjerit-jerit, ada yang melambai-lambai malah ada yang tergamam melihat maskot IRON MAIDEN ini masuk ke pentas sambil bergurau senda dengan Janick dan Dave.

The Number of The Beast, lagu pertama encore merupakan lagu yang paling banyak pyro. Semburan api ke atas di belakang pentas, sangat panas bahangnya. Juga merupakan lagu favourite crowd yang dinantikan. Korus dialunkan bersama dengan crowd yang dah semakin basah dengan peluh. Sanctuary mengakhiri persembahan IRON MAIDEN. Crowd masih belum puas. Jangan ditunggu kerana IRON MAIDEN tidak akan keluar untuk encore kali ke-2.

What a night! Walaupun dari segi suasana Auckland lebih menarik dari Christchurch, namun my participation, lebih di sini!
Tanpa berteman, aku keluar dari stadium sambil memerhatikan gelagat manusia yang puas selepas menonton IRON MAIDEN di Christchurch. Sebelum terlupa, aku bergegas ke gerai IRON MAIDEN untuk membeli CD Lauren Harris. Sebagai kenangan.

Penat, bingit tetapi puas merupakan natijah pengembaraan ke New Zealand ini menyaksikan hero muzikku ini. Kaset pertama yang dibeli tahun 1985 dan konsert depan mata di tahun 2009. Kalau nak gantung baju pun dah boleh sangat dah ni!


Ed Force Two

I survived the IRON MAIDEN experience in Christchurch!


*gambar tanpa krenmaut.blogspot.com dicilok dari IRON MAIDEN Official forum tanpa kebenaran.

Wednesday, February 25, 2009

IRON MAIDEN New Zealand Part 7: LIVE AUCKLAND!!!

Straight to the point... aku sampai di Auckland dalam 615pm macam tu (19/2/2007). Wanwarlock sampai dari Hamilton (200 km dari Auckland) dan menjemput aku di airport lebih kurang 45 minit kemudian. Terus kami ke homestay Pak Aziz (Mesra Homestay). Sorang $50. OK la tu dengan suasana Melayu (kalau ada masa aku cerita pasal dia ni). Isterinya pun celoteh boleh tahan.

Esoknya kami plan tak buat apa-apa paginya kerana nak save tenaga hahaha... Kami bangun awal sebab dah biasa bangun awal. So melepak je dalam rumah sambil tengok TV. Dah penat, take a nap a little bit. Tengahari bertolak dan solat Jumaat sambil jamak dan qasarkan Asr.

Yeah we are ready to go. Cuma problemnya satu... hujan tak berhenti dari pagi tadi. Rod Smallwood, manager Iron Maiden bila mengimbas kembali keadaan hujan pada hari tu, macam dah nak kensel show ni. Maklumlah, hujan... open air... boleh merosakkan equipments.

Kami sampai dalam 530pm di venue. Gate open at 630pm. Memang dah agak, mesti queue dah start. Fortunately, tak berapa panjang. Kira-kira kalau masuk time tu, boleh la dapat view depan sikit. Masih hujan. Kejap renyai-renyai, kejap macam lebat. Queue makin panjang. Dari queue 3 lane, dah jadi 10 lane kat depan sebab queue dah panjang berselirat dan masuk jalanraya kat luar. Aku suspect security suruh yang hujung dibelakang terus ke depan, menambahkan lane.

Adrenalin rush mula dah start dekat-dekat nak masa time gate open. Perut pulak memulas, gara-gara makan ayam Nando (halal tau) kat city tadi berulamkan Vanilla Coke. Bukan memulas, tapi angin. Kejap-kejap meletup-letup perut.

Yang beratur, dari tua sampai yang kecik. Tak asing juga, si bapa membawa si anak bersama. Malah si boy dengan ibunya pun ada! Si muda agak riuh dengan kawan-kawan sambil menunjuk macho. Yang berumur lebih tenang dan sekali-sekala mengerut dahi apabila hujan renyai-renyai tadi menjadi lebat. Namun di dalam hati aku percaya, semua tak sabar nak masuk!

Warwarlock bergaya dengan baju tour AMOLAD beliau yang dibeli ketika menonton IRON MAIDEN di UK, 3 tahun lepas.
Abang Ben bergaya dengan baju original IRON MAIDEN vintage 1993, Raising Hell semasa menonton... errr di eBay ( beli kat eBay daaaa)...

The gate will be opening soon! Kat depan tu kecoh, adrenalin rush! Awal lagi la bang... ada setengah jam lagi.


Akhirnya, the gate is opened!!! Adrenalin lagi tambah 1mg masa ni. Tak sabar nak masuk. Satu, nak dapat view paling depan as possible. Kedua, nak pi tandas. Perut berangin la. Aduh. Anehnya, bila dah masuk tandas, tak mau pula rilis hahaha... belasah je la tengok.

Stadium ni stadium ragbi ikut kata Wanwarlock. Look the same to me anyway. Lantas kami cepat-cepat ke depan stage menunggu band opening sambil checking out the situation. Orang baru 5% memenuhi stadium semasa kami di depan stage. Crowd masih menerobos masuk. Ada yang kontrol hensem berjalan, ada juga yang berlari-lari anak untuk mendapatkan spot yang bagus. Masih lagi huhan on and off.

IRON MAIDEN!!! Kami datang!!! Jerit hati Wanwarlock ketika turun tangga stadium nak ke stage...

Crowd semakin bertambah. Semua tak sabar dah tu...

Tepat jam 7pm, band undangan pertama memulakan persembahan. Dalam dua venues Auckland dan Christchurch, dua band local yang menang dalam satu siri pertandingan Battle of The Bands akan muncul sebagai band opening for IRON MAIDEN. Mesti bangga gila ah. Jadi bahan cerita ke anak cucu la ni. Namun band opening Chuganaut ni not my cup of tea. Band yang merojakkan elemen rock, Metal, progresif ala-ala System Of A Down. Quite original tapi macam aku kata, dengar sekali lalu je la.

Chuganaut... banyak mengalunkan chugga chugga...

Setelah 30 jam rehat, Lauren Harris pula masuk dengan bandnya. Teka, siapa Lauren Harris? Soalan bodoh. In fact, ada juga di kalangan crowd yang tak kenal sape dia ni hehehe... tak buat homework langsung. Anyway, sebelum ni aku baca ramai criticize Lauren disebabkan suaranya yang tak berapa best. I agree. Takde character. Macam flat sentiasa. Nasib la band mengiringi beliau energetik. Walaupun si gitaris nampak macam klon Zakk Wylde dan bassistnya klon Nikki Sixx, tapi masih bertenaga dan menarik.

Lauren yang cun walaupun suara tak berapa best. Namun, gua tetap nak beli CD dia!

Jam 9pm ikut itenary IRON MAIDEN memulakan persembahan. Lauren Harris selesai jam 830pm. Crews semua sibuk setup barang. Kami di bawah yang dah basah dek hujan menjadi hangat disebabkan udara yang statik. Aku terpaksa menjengketkan kaki dan menadah muka ke atas untuk menghirup udara segar. Otherwise, bau hapak, ketiak, masam semua ada. Penonton semua secara amnya dah terpaku di tempat mereka. Untuk bergerak, memerlukan muka tebal dan buat dek sebab mengganggu orang lain.

5 minit sebelum jam 9pm, keresahan manusia di dalam kepungan semakin tidak terkawal. Masing-masing muka excited. Tiba-tiba berlaku sesuatu yang tidak diduga. Ombak manusia bermula! Ini disebabkan penonton di belakang mula ke hadapan. Ruang yang sempit hendak dicelahi juga. Berlaku tolak menolak. Yang tidak berdaya, sekadar mengikut gelombang. Gelombang ke kiri, maka ke kirilah dia. Jika ke kanan, ke kananlah dia. Itu masih boleh tahan lagi. Tatkala gelombang itu menolak ke hadapan, sedangkan penonton di hadapan juga menolak ke belakang, berlaku himpitan yang amat dahsyat. Seketika tadi, aku perasan seorang budak dalam lingkungan 10 tahun bersama ayahnya, sekarang tidak tahu apa nasib budak tu di dalam himpitan manusia yang semakin hebat. Just before IRON MAIDEN muncul dari belakang pentas.

Tepat jam 9pm, lagu Doctor Doctor (UFO) dimainkan, menandakan intro sudah bermula. Gelombang manusia masih belum berhenti. Habis lagu tersebut, PA system memainkan lagu IRON MAIDEN bertajuk Transilvania pula. Kawasan sekitar digelapkan. Suara mendiang Perdana Menteri Britain mula kedengaran...
We shall go on to the end, we shall fight in France,
we shall fight on the seas and oceans,
we shall fight with growing confidence and growing strength in the air, we shall defend our Island, whatever the cost may be,
we shall fight on the beaches,
we shall fight on the landing grounds,
we shall fight in the fields and in the streets,
we shall fight in the hills;
we shall never surrender
Intro rakaman Aces High kedengaran. Hiruk pekik penonton menjadi begitu bingit. Dan BOOM! Bersama dengan letupan pyrotechnic, IRON MAIDEN keluar dengan full force!!! Kami tenggelam dalam jerit pekik, hiruk pikuk, tolak menolak, simbahan peluh dan siku menyiku. Namun bait lirik yang tidak ku lupa... aku nyanyikan bersama. Ini seperti satu perjuangan. Perjuangan di dalam lautan manusia. Antara melihat IRON MAIDEN di atas pentas juga menyelamatkan diri sendiri dari mala petaka gelombang manusia.

Lautan manusia!

Persembahan diteruskan dengan Wrathchild. Aku sempat berduet dengan mamat di sebelahku kerana masing-masing menghafal lirik. Sambil menyanyi bertentangan mata ganas, ala-ala pahlawan Maori. Bruce Dickinson dalam mood yang energetik dan bersemangat. 2 Minutes To Midnight menjadi lagu seterusnya tanpa berhenti. H (Adrian Smith) dengan gaya machonya sedangkan Janick dengan tarian gilanya. Aku berkira-kira mana satu yang perlu aku beri perhatian. Terlalu banyak yang perlu dikonsentrasi!

Selesai lagu ketiga ini baru Bruce mengambil nafas dan berkomunikasi dengan penonton. Celotehnya memang selalu menghiburkan. Kata beliau, sambil melihat jam di tangannya, "Sudah berapa tahun ya, kami tidak sampai ke sini? 16? 17 tahun?" disambut dengan jerit pekik penonton. "Dulu kami di sini, penonton sekitar 5-6 ribu, tapi hari ini, 18 RIBU!!!" Gemuruh penonton menyambutnya, tanda setuju! "Lain kali bila kami datang, kami mau stadium ini penuh!!!"

Ye, stadium tak berapa penuh. Seat di atas masih nampak kekosongannya. Selain dari tiket diamond stand, yang dibatasi dengan pagar besi, di belakang masih terdapat banyak kawasan kosong.

Lagu Children Of The Damned menjadi lagu seterusnya, iaitu sebuah lagu yang begitu lama tidak dimainkan di atas stage. Mungkin kali terakhir semasa World Slavery Tour 85? Lagu ini kembali menjadi segar. H memainkan gitar Jackson cabang dua berwarna merah. Satu cabang untuk akustik dan satu cabang untuk elektrik. Solo H, tapping, semasa lagu ni memang top class. Unbeatable. Sometimes I wonder, H ni humble sungguh. Ada band solo dulu pun masih concentrate on the band itself, bukannya nak menunjuk hebat main gitar, even though he's capable.

Sebelum setiap lagu dimainkan, latar belakang pentas ditukar. Oleh kerana sudah biasa dengan artwork IRON MAIDEN, kita boleh agak, lagu apa yang dimainkan. Apabila latar belakang bertukar menjadi Eddie memegang bendera Union Jack dengan pakaian perang, penonton sudah dapat mengagak lagu seterusnya ialah The Trooper!

Selesai The Trooper, lagu paling kompleks IRON MAIDEN dimainkan iaitu Phantom Of The Opera. Mungkin terlalu kompleks menyebabkan reaksi penonton agak kurang ketika lagu ini. Mungkin aku sekarang telah faham kenapa IRON MAIDEN tidak memainkan lagu-lagu seperti The Duellists untuk suasana live.

4 gitaris berbaris di tengah pentas. Satu view yang meremangkan bulu roma!

Lagu paling komersil, Wasted Years, menjadi sangat appropriate. "Soooo.... understand...." Aku memang tak melepaskan peluang berkaraoke bersama. Solo H masa lagu ni, is simply superb! Lagu seterusnya, memerlukan sedikit penerangan. Well, untuk mereka yang bersama dengan IRON MAIDEN sejak azali memang takde hal, tapi consider ramai remaja, kanak-kanak yang sekali ada dalam stadium ni, mungkin baik juga Bruce intro tentang asal-usul lagu ini. Itulah, Rime Of The Ancient Mariner. Kata Bruce, "In Long Beach Arena, I said these... This is what's not to do when a bird shit on ya... THE RIME OF THE ANCIENT MARINER!!!"

Lagu Asyik yang aku gubah bersama Azman untuk album Langsuyr, sesungguhnya dapat inspirasi direct dari lagu ni. Kalau ada yang perasan, part tengah dalam lagu Asyik memang aku gubah sebijik macam lagu Rime ni. Oleh kerana itu, part tengah lagu Rime memang aku tunggu. Part H, Dave dan Janick bermelodi selesai break bass dan suara narrator tu memang mengasyikkan!

Rime Of the Ancient Mariner. Backdrop yang eerie!

Powerslave menjadi sajian seterusnya. Bruce siap memakai topeng yang pernah dipakainya 20 tahun yang lepas di dalam video Live After Death. Selesai lagu Powerslave, drum beat yang sangat familiar dimainkan. Tidak lain dan tidak bukan, Run To The Hills. Aku tak sangka lagu yang cheesy macam lagu ni menjadi lagu paling sesuai untuk sing a long di dalam stadium. Hampir semua mulut-mulut yang ada di dalam stadium menyanyikan korus. Malah tidak sukar untuk menghafal bait lirik yang lainnya. Catchy sungguh!

Dua lagu seterusnya Fear Of The Dark dan Hallowed Be Thy Name juga menjadi kesukaan penonton walaupun aku sendiri tidak begitu teruja. Mungkin sebab dah selalu dengar. FotD sendiri sudah lusuh dimainkan oleh IRON MAIDEN sedangkan HbtN pula sudah terlampau banyak disalahguna oleh band-band yang tak tahu nak appreciate lagu yang hebat macam ni.

Backdrop diganti dengan lukisan album Somewhere In Time. Lagu apa pula selain Wasted Years yang akan dimainkan dari album ini? Sangkaan aku meleset apabila terdengar 3 note pertama Dave Murray. Ianya lagu Iron Maiden. Nice! Dan aku tau, bila lagu ni dimainkan, Eddie pasti akan keluar. Dan aku tau kali ni Eddie dengan pakaian Somewhere In Time. Aku mencuit bahu Wanwarlock yang dibatasi oleh 2-3 tubuh manusia diantara aku dan dia, supaya bersedia sambil mengisyaratkan yang Eddie akan keluar. Aku mahu gambar ni ditangkap dengan elok dan cantik. Eddie penting!

Bruce yang bersemangat!

Pyrotechs yang hebat!

EDDIEEEEEE....!!! Status celebriti yang dikecapi oleh Eddie cuma bisa diimaginasi oleh manusia biasa.

Jangan salah tembak Eddie!

Selesai lagu Iron Maiden, anggota IRON MAIDEN keluar untuk berehat seketika. Manusia secara kolektif menjerit Maiden Maiden Maiden! Encore untuk IRON MAIDEN keluar yang menyelesaikan tugas malam itu dengan beberapa lagu terakhir.

Lagu The Number Of The Beast, sudah semestinya tidak dilupai. Tanda pyro akan digunakan sekali lagi begitu jelas. Obor-obor api dari penunu di atas pentas sudah dinyalakan. Ketika TnotB dimainkan pyro dinyalakan menerangi keseluruhan stadium. Bahangnya sampai aku terasa! Di atas pentas, semua berposisi paling ke hadapan. Yang paling malang mungkin drummer, Nicko yang tidak boleh bergerak.

Bercakap tentang Nicko, dia paling tak nampak sebab ditenggelami oleh drum set beliau. Ubun-ubun kepala pun tak nampak. Aduh! Nasib baik ada skrin TV kiri dan kanan yang diangkat tinggi disebelah pentas. Kadang-kadang video mengambil posisi Nicko, dapatlah penonton melihat gelagat beliau.

The Evil Men Do dan Sanctuary menjadi lagu penutup. Dua buah lagu ini menjadi kritikan peminat. Untuk yang sudah biasa, sudah tentu terdapat banyak ruang untuk mengkritik. Tetapi untuk aku, apa sahaja lagu yang dimainkan oleh IRON MAIDEN sudah memadai! Namun aku faham kenapa Sanctuary dimainkan. Ianya appropriate kerana banyak break antara lagu yang memungkinkan Bruce memberi sepatas dua kata sambil mengajak penonton participate bersama.


Panas woooo...!!!

10 minit sebelum jam 11pm, IRON MAIDEN beredar dari pentas. Yang sangka sihat semasa show, mula terasa sakit. Keletihan yang ditahan, sudah tidak dapat ditahan lagi. Longlai dan membongkok. Tetapi yang kepuasan telah mengimbangi penat lelah mereka.

Aku dan Wanwarlock keletihan. Ingatkan mahu mengambil udara sebentar di dalam stadium tetapi cepat-cepat kami dihalau oleh security.

Aku rasa beberapa jam dalam stadium telah membuatkan Wanwarlock lupa sebentar dengan kemalangan yang menimpa MPV Chrysler beliau. Side mirror kiri pecah ketika mengundur. Beliau lupa yang ada tunggul konkrit di sebelah kirinya. Aku sendiri tak sempat nak memberi amaran. Semuanya sudah berlaku.

Soalan untuk Wanwarlock... Is it worth it?

Yeaaaahhhhh... human air raid siren audition.

IRON MAIDEN! You guys rule!

We survived the IRON MAIDEN experience in Auckland! Yeaaa!

*fotografi oleh Wanwarlock

Monday, February 23, 2009

IRON MAIDEN New Zealand Part 6

Masa menunggu flight pulang ke Adelaide (Christchurch -acronym Ch-Ch, transit ke Auckland dan terus ke Adelaide), aku sambar suratkhabar free kat situ. Terkejut ada gambar Ed Force One kat situ.

Kedatangan IRON MAIDEN ke Ch-Ch sangat disambut. Bukan sahaja dikalangan metalheads tetapi masyarakat. Buktinya, artikel kecil dalam suratkhabar (tapi gambar besar berwarna).

Anyway, artikel tulis bagaimana airport Ch-Ch sambut Ed Force One sebagai tetamu istimewa. Dua trak bomba menyembur air laksana gerbang dan Ed Force One bergerak di bawahnya.

Klik gambar untuk baca artikel sebenar.

Sunday, February 22, 2009

IRON MAIDEN New Zealand Part 5

Bersiaran di Akaroa

Berbeza dari Auckland, Christchurch lebih tenang. Auckland sebuah bandar yang sibuk banyak mengingatkan aku kepada KL. Sedangkan Christchurch lebih 'kampung' dengan scenery yang menakjubkan!

Malam ni the final night in New Zealand. And what a night to end... dengan IRON MAIDEN!

Up the IRONS!

Saturday, February 21, 2009

IRON MAIDEN New Zealand Part 4

ED Force 1 landing on Christchurch

IRON MAIDEN New Zealand Part 3

Tempat pertama dah selesai malam tadi.

HEBAT!!!

"Last time when we here 16 years ago it was like 6000? 7000? Tonight we are playing in front of 18000 people!!!" - Bruce Dickinson

Tadi baru touchdown Christchurch dan En Ghazali aka Rembau telah jemput aku dari airport. Beliau akan jadi bodyguard aku untuk esok. Rembau, bekerja sebagai seorang mechanical engineer di sini, menemani isterinya yang sedang buat PhD. Anak 4. We are in the same league brother!

Masih tidak ada masa untuk review the whole show. Banyak nak kena explore, rest, mingle etc. So aku rasa aku simpan masa mengulas tu bila aku balik ke Adelaide.

In the meantime, hang on tight.

ARE YOU READY???

I'M READY!!!

UP THE IRONS!!!

Friday, February 20, 2009

IRON MAIDEN New Zealand Part 2

Aduh... jumpa cybercafe tapi lupa bawak kabel kamera. Tak leh nak upload gambar...

Anyway, selamat sampai di Auckland. Cloudy and sombre.

Wanwarlock sambut aku a bit later dengan Chrysler MPV dia yang besar tu. Macam ada plan nak keluarga besar je (currently 2 orang anak). Oh dia bukan ahli sihir atau bomoh. Dia medical doctor dan pernah datang ziarah kami di Adelaide. Nak baca? SINI.

Tapi tak best la eh, cerita takde gambar. Nanti aku sambung ah... kalau jumpa cybercafe lagi.

In the meantime, it's 2 hours before the show.

ARE YOU READY???

UP THE IRONS!!!

Wednesday, February 18, 2009

IRON MAIDEN New Zealand Part 1

SERBIA February 10, 2009 Belgrade Belgrade Arena
UAE February 13, 2009 Dubai Media City Amphitheatre
INDIA February 15, 2009 Bangalore Royal Challenge Rock In India
NEW ZEALAND February 20, 2009 Auckland Mount Smart Stadium
NEW ZEALAND February 22, 2009 Christchurch Westpac Arena


Belgrade

Dubai

Bangalore
.
.
.
.
.
.
Auckland?
Christchurch?
.
.
.
tunggu....

Tuesday, February 17, 2009

Ijtima Tabligh se-Malaysia 2009! Sila hadirkan diri! (UPDATED)

Bagi karkun slack macam aku ni, aku iringi dengan doa dan irihati terhadap mereka-mereka yang istiqamah dengan usaha agama ini.

"Ya Allah, aku berkehendakkan agamaMU, maka pilihlah aku!"

No entry fee, no registration fee, no form to submit... total free access. Cuma sediakan diri untuk pergi je.
;)

Anda peminat dan sibuk dengan Hard Rock, Heavy Metal, Death Metal, Black Metal, Thrash Metal, punk, emo, hardcore, grunge, nasyid, pop, jazz...? No worries. Selagi anda ada kalimah Lailahaillallah (ataupun baru berminat nak mengenali kalimah tersebut - belum Islam tapi mahu jadi Islam), SILALAH DATANG!

Be there... jangan ketinggalan untuk menyibukkan diri dengan suasana beragama. Tak jadi keretapi di jalan yang lurus, jadi skru kecil dalam keretapi itu pun sudah cukup. Yang penting jangan memanjang tertinggal. Kiamat kecil pasti akan datang (mati).

---------------------------------------

(sila klik untuk imej lebih besar)

Dikutip dari AZHAR JAAFAR.
  • Tarikh ijtimak Malaysia 9, 10, 11 & 12 Julai 2009 di KUARTERS KLIA (sila rujuk peta). InsyaAllah.
  • Umat Islam seluruh Malaysia (lelaki shj) dijemput, diminta dan diharap dapat hadir.
  • Tempat dan tujuan ijtimak; KLIK SINI.
  • Kemudian elders (orang-orang lama) akan ke Filipina, Jakarta dan Singapura.
  • Tak dibenarkan sesiapa ikut jemaah elders ke tempat2 ijtimak di negara lain kecuali dengan kelulusan syura Malaysia.
Jemaah Asar - Isyak
  • Jemaah ini perlu dirombak semula
  • Hanya orang yang telah sempurna 2½ jam di masjidnya pada hari itu sahaja yang boleh menyertai jemaah ni.
  • Perlu hadir malam markas.
  • Gash (ziarah) umumi dan 3 hari bersama masjid sendiri.
  • Selepas 40 hari, jemaah dibubarkan dan diganti dengan jemaah lain.

Karguzari (laporan) ringkas ijtimak Tongi 2009 (Bangladesh)
  • Kehadiran lebih 2 juta orang, 17,000 foreign dari berbagai negara termasuk Arab, Turki, China, Rusia dan bekas Rusia. Dari Malaysia 1000 orang hadir.
Pesan elders, umat terbahagi kepada 4;
  1. Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
  2. Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
  3. Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
  4. Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)
  • Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.
Untuk itu;
  1. Buat kerja dakwah.
  2. Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
  3. Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
  4. Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
  5. Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.

Nota Tambahan

Sekarang ni ada jemaah Perancis, Belgium dan Yaman di Kuala Lumpur. Jemaah Perancis diminta beri sedikit laporan usaha di Perancis:
  • Usaha bermula pada akhir tahun 70an. Hanya ada 1 masjid di Paris. Itupun untuk tujuan pelanconngan.
  • Setelah usaha dibuat, sekarang ada 800 masjid di Paris dan 6000 masjid di seluruh Perancis. 1 juta orang kulit putih Perancis masuk Islam.
  • Elders putuskan bahawa setiap jemaah 3 hari yang keluar di Perancis pelu ada orang baru.
  • Jemaah2 dari Perancis sudah mula dihantar ke seluruh dunia. Beberapa tahun lepas, satu jemaah di hantar ke Argentina. Selama 3 bulan lebih mereka buat usaha hanya di satu masjid. Bukan setakat usaha dari rumah ke rumah tetapi dari orang ke orang sehingga mereka jumpa setiap individu di kawasan itu.
  • Usaha masturat (suami isteri) juga bergerak maju di Perancis.
  • Pemain bolasepak Perancis, Anelka juga telah memeluk Islam dan telah keluar di jalan Allah. Subhanallah!

Monday, February 16, 2009

LANGSUYR Asyik CD for sale!

UPDATES 18 Feb!!!

CD dari 3 tinggal 0. SOLD OUT!!!
VCD dari 6 tinggal 3.


Stok terhad. Siapa cepat dia dapat...

----------------------------------------------

Gua ada beberapa copy album LANGSUYR yang pertama Asyik. Ada belen 3 keping. So gua ingat sapa-sapa yang nak, boleh beli dengan gua ah.



Ada juga yang komplen tak jumpa kat kedai. Berita baik. Lu boleh jumpa kat rumah gua, kat Australia ni hehehe...

So harganya:

RM35 (termasuk setem pos dari Australia) - masuk dalam akaun CIMB gua.
AUD$15 (kalau ada mamat kat Australia yang minat le) - by hand je la jumpa kat Swinging Bowl.


So cepat-cepat. Gua rasa memang dah not in stock CD ni. Kat kedai pun takde. Yang ada, mungkin versi cetak rompak. Dulu ada laporan, CD ni dicetak rompak sekali dengan album MAY. Dasat tu.

Kalau perlu, gua boleh autograph sekali. Autograph gua? Ye la, kan ke gua gitaris band ni adeh...

Sedikit informasi tentang album ni...
  • Dirilis pada tahun 2006. Beberapa bulan sebelum gua fly ke Australia ni.
  • Direkod di studio 101 Studio (OAG and The Times pun rakam kat sini tak salah gua)
  • Sesi rakaman 7 hari versi bajet tapi result bagus!
  • Label yang merilisnya Clockwork Record (sebumbung dengan The Times, Gerhana Ska Cinta etc).
  • Artis undangan dalam album ni, gitaris solo CDNaz dan Radhio OAG.
  • Dalam poll tahun 2006 ROTTW, album ni dapat no 2 untuk best album of the year (kalah kat SEARCH Gothik Malam Edan). Kalau kalahkan SEARCH, memang tak patut hehehe... Best album ROTTW bulan August 2006 tak salah gua.
  • Album Death Metal versi nusantara. Suara huarggh huarggghh tapi lirik Melayu 100%. Dan banyak selit melodi kemelayuan. Kalau ada dalam ni lirik puja setan, sila inform gua.


ALSO ABELABEL!!!

VCD LANGSUYR Live At Planet Hollywood, Kuala Lumpur. Rakaman dibuat sempena album launching Asyik dulu. Diselit juga video klip sensasi SUNUT. Gila masa rakaman video klip Sunut tu... sehari suntuk, patah pinggang. Video crew semua Cina tak salah gua crew rakaman Pendekar kung fu tu. Nasib baik takde special effect gua flying kick hahaha...

Durasi hampir sejam. Ada belen 6 keping.

So harganya:

RM30 (termasuk setem pos dari Australia) - masuk dalam akaun CIMB gua.
AUD$10 (kalau ada mamat kat Australia yang minat le) - by hand je la jumpa kat Swinging Bowl.


Kalau lu nak beli sekali bundle 2 sekali, gua bagi harga cincai je la. Semak dah bilik gua ni. Mana gua nak letak CD IRON MAIDEN gua yang semakin bertambah ni (riak Maidenwi). Nak bagi free, tak sampai hati pulak hahhaha...

OK, first come first serve!

Sunday, February 15, 2009

Pasar Ahad dan hasilnya!

Rutin gua dengan family setiap Ahad pergi pasar lambak (ada ke? macam joget lambak).

Stailnya macam 'loken' (ejaan tak tau betul ke idak) kat Ipoh setiap Ahad tu. Ada jual sayur, buah-buahan dan banyak stall jual barang terpakai.

Selalunya takde la menarik sangat. Beli sayur dan buah je. Tapi minggu ni hasil agak menarik!

First, ada pakcik dengan anak daranya jual barang-barang terpakai, gua beli game PC QUAKE 4! Yeaaaa... anak gua suka (gua pun suka hehehe... sebab lama dah gua cari murah-murah). Dulu masa muda remaja gua main Quake ni sampai nak demam-demam. Seram woooo... ada monster keliling. Zaman tu Quake 1 dan 2 kot? Gua beli dapat harga tawar $6. Original wooo tak main pirate2 nih!

Then gua round-round jumpa pulak beg panjat gunung tu. Yang jual makcik tua umur 70 tahun kot. Makcik ni brutal sikit tak dapat tawar langsung. Take it or leave it (mafhum kata). Wife gua pun takut tengok makcik ni. Tapi $15 for a CARIBEE, not a bad price still very good condition. Yeaaa... gua bawak buat backpacking IRON MAIDEN nanti.


Finally, ada seorang brader Ozzie dengan anak dia jual CD singles. Gua beberapa menjak ni suka pulak kumpul CD singles. Tak Metal pun. Gua beli 18 keping dapat la harga tawar menawar $15 (patutnya $1 sekeping).