Wednesday, January 21, 2009

Lagu sampel: MASTER JEDI

Proses pembikinan lagu untuk band LANGSUYR berkadar dengan teknologi. Dulu kena lepak bawah kuarters, mengajar lagu dengan gitar kapok. Sekarang berbeza dan makin canggih. Semua pakai PC je.

So mudah je, detail aku tak explain cuma lebih kurang je.

1. Dapatkan software untuk merakam instrumen.
2. Dapatkan software untuk program drum tracks.
3. Dapatkan 'interface' untuk channel instrumen ke dalam software dalam (1).

Walaupun kalau nak pakai fully software pun boleh tapi tak METAL la kan? So, kena ada la gitar karan, bass gitar dan juga penting, microphone yang rekoding standard (ada orang pakai earphone je tapi bunyi cenonet le).

Untuk (3) aku gunakan ZOOM G9.2tt guitar multieffects yang build in interface tu. Contohnya, macam ni. Gitar ---> ZOOM ---> notebook. ZOOM jadi medium dan juga pre-processor.

Cara rekod.

1. Sediakan drum track. Kemudian masukkan ke dalam software rekoding.
2. Masukkan bass gitar track.
3. Masukkan gitar track.
4. Masukkan vokal.
5. Mixing/balancing
6. Convert all the above jadi mp3.
7. Hantar kat bandboy. Everyone happy!

So ini ada satu sampel lagu LANGSUYR yang cadangnya nak masuk dalam album BULLET (yang dah setahun siap rekod tapi tak rilis lagi - sila tanya syarikat rakaman CLockwork Records) tapi sebab banyak sangat lagu, maka tersisih la lagu ni. Apapun, inilah sampel yang aku edarkan kepada bandboy yang lain untuk dengar dan bagi komen.

Sila layari sini untuk streaming http://www.soundclick.com/bands/page_songInfo.cfm?bandID=727810&songID=6006116

Semua instrumen dalam rekoding ni aku yang buat termasuklah vokal (aku tau, suara tak sedap tapi takkan nak suruh Halim BROTHERS nyanyi kot? Mahal kena bayar tu).

Oh ye, jangan lupa tengok sekali liriknya. Best!

MASTER JEDI
Lagu: Bentara
Lirik: Bentara

Bermula al-kisah Luke dan si Yoda
Terganggu dengan firasat Leia
Calrisian ditipu Vader
Nyawa Han Solo yang tercatur

Perangkap yang sudah mengena
Tersenyum puas sang Emperor
Cengkaman yang mengakhiri
Legasi famili terpedaya

Di Hoth pejuang tertewas
Keunggulan Stardestroyer menyerlah

Stormtrooper berhamparan merata
Leia mampu melawan
Dibantu android dan Chewbaca
Bersama Millenium Falcon mereka terbang

Tatkala Luke menentang Vader
Tidak menyangka siapa Dia
Tidak bersedia dengan kenyataan

Light saber bersabung
Menerangkan kegelapan yang menyelubungi
Dua insan yang mempunyai hubungan silam

Luke, akulah bapamu!
Bersama kita menguasai galaksi
Itulah takdir yang ditentukan
Untuk kita berdua

Tidak... kau bukan bapaku
Namun di hati Luke merasakan kegelapan menyelubungi

Imbangan mula terganggu
Dengan peristiwa yang berlaku

Yoda dan Obi-Wan berkabung
Benarlah firasat si tua Emperor

Mungkinkah sejarah Anakin berulang
Menyusuri riwayat legasi Skywalker?
Galaksi gundah gulana
Menangisi si Jedi yang terpedaya

Aad satu lagi lagu dengan tatacara rekoding yang sama boleh download dari sini http://krenmaut.blogspot.com/2008/07/sudahkah-anda-bersedia-dengan-nasyid.html

Seorang sahabat yang lain lebih detail eksplanasinya KAT SINI.

8 comments:

  1. hail bentara...
    lagu memang ada potensi if compare dwith nasyid metal tu...
    surrounding best...
    vokal lu much more darker than nasyid one....
    lyric...komik beb...penceritaan episode demi episode yg bernostalgia...

    ReplyDelete
  2. lagi satu...
    lagu best x leh download ker...
    nak beli album x kuar2 lagi..so kasi la download dulu...

    ReplyDelete
  3. Oit! Thanks for the linking. Muhehehe.

    Hopefully kita smua dapat benefit. Any queries or clarifications buleh shoot kat gua skali.

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:50 PM

    aisehh,hapekebende wa tak boleh dgr lagu tuh secara full?ni yang marah nih

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:08 AM

    ye la bro...apesal xleh dgr full?

    ReplyDelete
  6. cuma dpt intro je tersekat2...

    lirik..?
    wa caya sama lu beb..

    ReplyDelete
  7. apsal eh gua streaming kat sini OK je laju.

    Ada alternatif lain ka nak kasi streaming ni (streaming tau BUKAN download)

    ReplyDelete
  8. ye la abg ben..tersengguk2 jer tak dpt dgr abis..aku dpt dgr paling lama pon rangkap pertama jer.. :(

    ReplyDelete