Sepanjang perjalanan sampai Melbourne ni, aku jadi leader. Tapi perjalanan seterusnya kami serahkan kepada family yang lain pulak. Jenuh jadi leader ni takut tersesat.
Ready to go! Senaman menguatkan kekuda untuk menekan paddle.
Sekitar caravan park. Banyak caravan-caravan yang parking rehat. Biasanya untuk satu-satu tempat diorang singgah lama. Tidur/masak semua dalam tu. Caravan park cuma sediakan post untuk electricity dan air je. Juga ada kemudahan laundry kat caravan park tu. Memang seronok le rasanya travel guna caravan ni.
Sebelum start journey, membelek peta adalah satu perkara wajib!
Perjalanan pun bermula. Di Melbourne city, ada satu benda yang tak berapa maju di Adelaide iaitu sistem 'tram'. Tram ni macam monorail la kat Malaysia cuma ianya bergerak atas jalanraya macam kereta jugak.
Tu yang buat mereka yang tak biasa kadang-kadang rasa ngeri. Tram ni dah le buat dari besi waja, macam kereta kebal. Kalau dia rempuh, habis la Tarago sewa ni. Lagi satu keluarbiasaan tram ni ialah treknya di tengah jalan so bila sampai kat stopnya untuk ambil penumpang, ianya stop DITENGAH jalan. So kena perati signal tram ni. Terlepas pandang nanti terlanggar orang yang turun naik tram ni.
Sydney Road di Melbourne terkenal dengan jalinan shophousenya. Dan rasanya kat sini paling banyak jalinan restoran halal. Memang dapat dilihat dengan mata kepala sendiri, ramai Muslim berkeliaran dan kedai-kedai kebab Turki dan Pak Arab. Cumanya punya la sibuk jalan ni. Jenuh nak sampai ke hujung.
Patutnya tak perlu ikut jalan ni tapi sebab nak pergi kat very important stop, terpaksa la redah jugak.
Ya... stop penting yang dimaksudkan KFC HALAL!!! Hahaha... kat Adealaide takde. Yang ada, paling dekat ialah di Melbourne (800km away!). Untuk mereka yang dah biasa makan KFC di Malaysia, sudah tentunya ketagihan KFC akan datang juga.
Bukan semua KFC di Melbourne halal. Ada 2 je rasanya dan salah satunya di Sydney Street. Pada notisnya ditulis, no ham sold here.
Lagi satu walaupun halal, ada beberapa benda dijual tak halal (tak sembelih). Tapi diberitahu di kaunter, yang tak halal, dimasak dengan kuali berasingan. Setakat ayam goreng dan order yang biasa, memang halal kesemuanya.
Oleh itu, tanya dulu mana yang halal dan mana yang tidak sebelum order.
Aduh, tengah menulis ni bila tengok balik gambar ni rasa lapar ketagih pulak... aduh duh duh...
Selesai makan di KFC, kami meneruskan perjalanan. A long journey, about 800km. Kat highway banyak trak-trak besar. Ada sapa-sapa minat trak besar? Kat sini la nak cuci mata. Macam-macam gaya dan fesyen.
View lebuhraya rasanya sama je kat mana-mana. Plain dan boring. Tu yang buat mengantuk tu. Cuba kalau ada gunung berapi tiba-tiba, maybe tak jadi ngantuk kot (idea merapu).
Selepas 100km perjalanan. Ada 700km to go!
Projek melebarkan lebuhraya. Rasanya memang perlu sebab memang agak sibuk juga highway ni (Hume Highway).
Another truck
Amacam? Ganas dan macho kepala truck ni...
Kami berenti makan tengahari dan solat Zuhur/Asar di sebuah town kecil. Bila drive balik kat depan tu ada park yang very special sebab kat tengah-tengah tu ada real size submarine! REAL LIFE SIZE! Besar bagak. Rasa nyesal pun ada. Kalau tau kewujudan park ni, dah tentu kami stop kat sini untuk makan dan solat.
Another plain and boring view. Bukit tu warna kuning bukan sebab padang pasir tapi sebab rumput yang dah jadi warna kuning oleh musim panas.
Malam menjelma.
Kami sampai di bandar Sydney dalam jam 12am! Tapi kami menghadapi masalah mencari caravan park yang kami dok cari tu. Sesat. Memang besar Sydney ni dan jalinan jalanraya yang complicated. Walaupun ada peta di tangan tapi simpang-siurnya mengelirukan.
Kami sampai kat caravan park dalam 230am! Patutnya sejam je. Semua dah flat out dan muka masing-masing dah bertukar dari muka manusia kepada muka zombie.
Apa lagi, tidurlah!
Bersambung pt 4: Berjalan di Sydney Opera!
Bro best gila la road trip macam ni. Especially kalau menempuh highway yg lalu tgh kawasan padang luas...fuhhh.
ReplyDeleteKeep on posting the trip.
y
jalan sakan lu brooo ... huhuhu
ReplyDeleteMelbourne ada KFC halal..!!!
ReplyDeletebagusnya..
gua suka kepala truck yg ganas tu, gua ada model mainan mcm tu dulu... tak berapa berkenan dgn lori2 kontena di M'sia sebab truck diorang takde Hidung!!!
sayang tak posing kat park yg ada submarine tu...
Gua marah ni beb..lu tayang kotak KFC...gua lapar!!
ReplyDeleteSydney Road yang digambarkan dalam foto tersebut saling tak tumpah dengan jalan di pekan Rawang, cuma di Rawang hanya ada kedai Makanan Muslim hak milik india muslim.
Submarine tuh...gua teruja... Hari ni masuk paper submarina hakmilik Malaysia akan siap pada 2010...nanti kita lepak goyang kaki kat atas sub marine tuh ek?
tgu part 4. hehe
ReplyDeletetruck2 dorang cantik2 eh.
ReplyDeleteand thanks pasal cerita pasal kfc tu.
dah brape lama lu tak bedal kfc kat ostolia??...truck tu ganas2 & cantik2
ReplyDeleteseronoknye dapat jalan2 melihat negeri orang. gua jeles! gua cemburu!
ReplyDeletehttp://www.southaustralia.com/australiacompetition.aspx
ReplyDeletemasuk r comp nih, untung2 dpt r ko bawak bini jalan2 free
aku xdek bini lg watpe aku nk masuk...
salam abgben...menetap di sana kew??
ReplyDelete