Di depan cabin (walaupun bentuk motel binaan batu) dan bersedia untuk perjalanan seterusnya. Sarapan sendiri-sendiri cuma masak untuk lunch dan dinner je yang tanggungjawab kena prepare.
Sebelum bertolak ke Melbourne, kami bercadang nak explore beberapa tempat menarik sekitar Mt Gambier ni.
Sebelum bertolak ke Melbourne, kami bercadang nak explore beberapa tempat menarik sekitar Mt Gambier ni.
Dalamnya.
Local pun sibuk menjelajah. Maklumlah negara besar!
Tempat menarik (dan free... hehehe) biasanya park (taman). So kami pilih Umpherston Sinkhole. Menarik tempat ni sebab bekas sinkhole depa modify jadi taman. Besar lak sinkhole tu.
Arrangement pokok bunga yang sangat menarik!
Ada tangga turun nak tengok taman kat bawah.
Pandangan dari bawah ke atas. Cun seh!
Seterusnya, tempat yang kena lawat kalau ke Mt Gambier. Ianya Blue Lake. Blue Lake ni bekas gunung berapi yang dah mati (ada juga gunung berapi kat Australia ni tapi dah lama la tu). Yang menarik, warnanya bertukar dua kali setahun. Paling cun bila jadi biru masa musim panas. Kami beruntung sebab sekarang musim panas dan warnanya jadi biru pekat.
Boleh tengok dari tepi je la sebab ia juga jadi tempat tadahan air minuman penduduk tempatan.
Cun!
Anak aku dapat power levitation lepas tengok Blue Lake.
Bersebelahan Blue Lake ada lagi satu lake. Tapi warnanya tak seperti Blue Lake. Tasik biasa je. Kami berenti makan tengahari kat sini.
Ada aktiviti naik bot dan surfing kat sini. Mandi adalah dilarang sama sekali.
Lepas kenyang kami pun bertolak untuk ke Melbourne. Paling payah nak lawan mata mengantuk. Nasib baik kami ada walkie talkie untuk kereta depan dan paling belakang. Bila ngantuk boleh usik driver pakai walkie talkie. Gambar kat atas tu, hutan banat kiri kanan.
Windmill generate electricity tepi pantai yang berangin deras. Hajat nak tengok dari dekat tapi masa tak mengizinkan.
Patutnya kami dah sewa GPS tapi masa ambik kereta, receptionist kata sori, semua dah fully booked. Terpaksa la guna cara masa silam, pakai map.
Antara pekan-pekan kecil di sepanjang perjalanan.
Kami mula masuk The Great Ocean Road. Menarik sepanjang perjalanan ialah scenery pantai yang begitu breathtaking. Gambar kat atas ialah antara stop kami yang cantik tu. Angin gila kuat.
Amacam? Rasa nak bersantai?
Mana hala nak dituju?
Berhenti rehat untuk solat Zuhur/Asar di sebuah pekan di tepi pantai. Ramai manusia yang buat stop kat sini sebelum meneruskan perjalanan.
Great Ocean Road memang cantik. Sekali dapat view macam ni, boleh hilang konsentrasi driving.
Next stop, The Twelve Apostles. Siap ada helicopter untuk bawak sesiapa yang berduit untuk tengok view dari atas. Tak berani nak tanya berapa hehehe...
Tak sabar nak tengok ni
Patutnya ada 12 tunggul tu tapi dah banyak yang runtuh. Tinggal la saki baki. View macam tengok filem kat wayang le.
OK masa pun dah suntuk. Kalau teruskan ikut perjalanan ikut Great Ocean Road, memang lambat le. Kami pun ambil jalan pintas ke darat untuk bertemu highway yang link ke Melbourne. Naik bukit bukau. Rasa macam drive ikut lebuhraya Grik. Bersimpang siur! Kat sini la kami jumpa kangaroo liar. Rupa-rupanya susah juga nak jumpa kangaroo. Ingatkan kat padang-padang kangaroo ni rupanya kat dalam hutan.
Berhati-hati di jalan raya!
Malam pun menjelma dan kami pun dah masuk highway.
Sampai cabin je apa lagi, tidur la!
Bersambung pt 3, Melbourne ke Sydney 900km drive!
Bersambung pt 3, Melbourne ke Sydney 900km drive!
cantik great ocean road ngan 12 apostles tu
ReplyDeletecam selalu aku nengok orang buat wallpaper kat komputer
jeles arr aku tgk gambo2 ni...
ReplyDeletebro..aku perasan yg kat cermin kereta belah kiri bawah tu roadtax eh?.. macam sama je ngan Malaysia punya.
cantik pemandangan tunggul2 tepi laut tu...
ReplyDeletesungguh hebat ciptaan yg Maha Kuasa... Allah Maha Besar!
anak ko ade bape org doe?
ReplyDeletePenceritaan yg sempoi buat mmg nak baca smpi habis. haha. seronok klu dpt berjalan cmni. time perjalanan g perlis pon dh rasa seronok tgk tmpt org, inikan pula klu ada chan g luar negara.
ReplyDeleteyg best bluelake and 12apostles tuh. syg tak amik gmba kt windmill. permandangan yg rare tuh.
teringin nak pijak padang pasir.
alhamdulillah, so far nampaknya berjalan lancar..
ReplyDeleteTaski Biru memang terrbaik...lawa gile beb. Tunggul-tunggul pun cun!! Perrgghh..syok2...
ReplyDeleteGuna peta tak cukup silam beb...usha bintang r...baru vintage!!
jauh perjalanan luas pemandangan..best giler ah
ReplyDelete