Saturday, November 08, 2008

Projek besar akhir tahun!

Projek juta-juta!

Takde ah... sebenarnya nak travel jauh sikit bawak family. Objektif utamanya nak buat paspot anak bongsu, Isa kat Canberra. Rule nak buat paspot, kena pergi sendiri buat kat Canberra. Dah tak boleh pakai pos (dulu boleh).

So alang-alang kan... extended vacation la.

Trip ni Adelaide-Melbourne-Sydney-Canberra. Tengok map atas tu. Cari bandar-bandar tu. Nampak OK kan? Padahal 2000km punya journey tu huhuhu...

Ambil masa 7 hari 6 malam punya trip ni. Oleh kerana kereta yang ada pun buruk, takut terbakar tengah jalan, kena la sewa.

Dari Adelaide ke Melbourne, sila refer detail route kat bawah. Jarak 900km.


Aku dah biasa ikut 'freeway' (highway yang takde tol) ke Melbourne ni sebab selalu ijtima' tabligh buat kat sana. Kali ni, ikut long way la pulak. Ikut pantai. Femes gak jalan pantai ni, diberi nama The Great Ocean Road. Sori ah detail gua takde. Tak habis research lagi. Nanti dah kaji, gua kasi laporan OK?

Lepas tu dari Melbourne ke Sydney, detail route kat bawah. Jarak hampir 900km.





Sydney memang gua tak pernah pergi. Excited sikit. Orang kata Sydney lagi cun dari Melbourne so most probably gua explore Sydney lebih sikit dari Melbourne.

Kalau perati kat map tu, nampak Canberra in between Melbourne dan Sydney. Yeap, lepas pi Sydney baru patah balik ke Canberra. Buat paspot, lepas tu caloo balik ke Adelaide.

Hari Isnin gua nak mintak cuti dengan supervisor. Lagi pun akhir tahun hujung Disember, diorang semua pun cuti apa. Last year gua kat Uni masa tu, macam hantu. Orang takde. Senyap sunyi je.

10 comments:

  1. Anonymous7:27 PM

    fuyooo.ganas pnya trip nih.trip time2 summer memang best.takde problem jalan frosty dan mende2 tu semua.

    selamat pergi dan kembali!

    ReplyDelete
  2. best nampak roadtrip tu...
    siapkan bekalan cukup2...

    gua penah long-distance JB-Kuala Perlis (nak holiday pi Langkawi)dgn beberapa kereta & budak2 jahat...
    rasa mcm rockstar on tour je..
    tapi driver otai, terpaksa la jiwa ni layan Amelina & Zaiton Sameon...

    "sungguh ku tak mampu, menahan rindu, ah... ah..!!"

    lagu tu yg top masa tu...
    boleh terbarai ok usus2 gua..

    ReplyDelete
  3. Bro, baik naik plane gi canberrra pastuh drive slow2 balik.Kalu dak lu punyer bontot akan jadi leper dan berkematu by the time sampai adelaide. Satu lagi masalah ialah sembelit sebab asyik duduk jer, tak banyak jalan. Makamla pisang banyak2. kalau tak jalan gi kedai gua, gua bagik lu kari 2 minggu lepas. Gerenti membersihkan usus anda

    ReplyDelete
  4. nk g canberra mintak kontek Ahmad khairi zazali nyer atuk sedare kat sane..

    xsampai sejam paspot leh siap. aku buat arituh.

    ReplyDelete
  5. Hebatlah projek ni ;-)






    Selamat Datang Ke Laman Blog Baru Saya :-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. bro, lu x nak balik Malaya lagi ke..

    ReplyDelete
  7. Mak aiiiiii jauh nya....2000KM. Itu 2 kali pergi balik Kota Bharu to Kuala Lumpur. Tapi dekat sana sure lagi best laaaa...

    ReplyDelete
  8. bro, sampai wagga wagga nanti singgah CSU bole.. shoot pic pintu depan dia pun cukup. aku nak bagi wife aku.. heheh. kenangan tu..

    anyway selamat pergi dan kembali..

    ReplyDelete
  9. Anonymous5:23 PM

    ben,
    ijtima selalu buat kat melbourne, ek?..
    usaha macam mana kat sana, kakuzahri la sikit...
    anyway, semoga selamat bergerak dan selamat sampai...

    ReplyDelete
  10. gila jauh 2000km cam gua konvoi gi langkawi naik moto pegi balik 2 trip

    ReplyDelete