Sunday, November 09, 2008

Nasi briyani dan berita dari Germany

So tadi gua terima jemputan dari seorang sahabat makan-makan kat rumah dia. Masa dia call a few days back, aku tak ingat le sape. Sebab jumpa dia ni pun 2 kali je. Problemnya gua kot, sebab duduk jauh dari komuniti (kampung) Melayu kat sini. Gua antara yang paling hulu (dan dekat kaki-kaki bukit Adelaide).

Isteri beliau sambung belajar gua tak pasti buat apa, tapi beliaunya keje operasi minyak kat sini. 2 minggu kijer, 2 minggu off. Gua tanya, 2 minggu off buek apa? Lepak-lepak la... best tu. Makan tidor berak! Tapi gua percaya 2 minggu kijer tu mesti gila-gila kena banting punya ah.

At the same time, seorang lagi rakyat Perak baru balik dari Germany ngikut wifenya yang buat kursus kat sana sebulan. (Kat sini ramai wanita sambung belajar dari lelaki - yang lelaki meneman; yang menimbulkan istilah Persatuan Suami Terbiar tu). Nampak je muka gua, dia tanya, kenal SAM?

SAM? Memang nick gua la tu. Tapi maybe tak popular kat kawan-kawan kat sini. Kat Malaya, memang itu le orang panggil gua.

SAM... wooo satu dunia kenal wooo... kat German pun orang kenal! Kata dia.

Ah... apahal lak ni tapi gua dah agak dah.

SAM LANGSUYR!

Gua takde la terkejut mana. In fact, nothing pun. Gua main dengan LANGSUYR walau tak le bersungguh tapi gua tahu, nama LANGSUYR tu, kepada peminatnya, memang agak kuat. Nothing to boast, tapi kalau tanya mat Metal underground Malaya, sape LANGSUYR tu dan dia tak tau. Maka beliau adalah n00b, atau newbie, atau baru kenal. LANGSUYR bersama beberapa band lain seperti SIL KHANNAZ, BRAIN DEAD, NECROTIC CHAOS etc adalah nama-nama prominent dalam scene muzik Metal underground tempatan.

Cuma, mungkin la, orang terkejut sebab GUA main dengan LANGSUYR. Sebab muka gua memang tak kena langsung kot? Hehehe...

Sahabat gua yang pi Germany ni, sorang student Malaya kat sana sembang dengan beliau. Yang student ni tau gak gua kat Adelaide (alo Lee!) so dia tanya la. Kenal Sam? Sam mana pulak. Hehehe...

Anyway, kalau lu orang nak check gua punya musical activities, boleh gi kat MYSPACE (kalau ada duit lebih sila beli CD atau t shirt atau stiker atau topi muahahaha...) dan youtube (search Langsuyr - pastikan lu nengok video klip SUNUT tu). Antara lain, dengan LANGSUYR gua pernah main dalam Planet Hollywood (KL) dan ROCK THE WORLD 6 (2005) kat Stadium Negara. Dan juga menang Battle of the Band versi SALEM RECHARGE untuk bahagian utara. Ada album juga kalau lu curious sangat, pi dengar samples kat myspace.

18 comments:

  1. hoh, lu dah taraf kirk hammet ni bro...

    :)

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:19 PM

    huhu..

    gua perasan muka lu kt ROTTW masa layan mag tuh(yang cover ko pkai bju King Diamond) masa muda2 tpi jmpa kt sini dah tak kenal langsung(kantoi tak folo sgt band local)

    the only local bad aku folo zaman tuh was Koffin Kanser(Muka ganas Aru dgn rambut tongkol memang xbleh lupa),Megat ACAB(layan lagu diorg zaman rajin jeming)lain tak penah nak ikot.

    tapi dekat 3 kali gak gua baca entry ni,tak paham.ni pun dah baca bajet2 paham je.bahahah

    ReplyDelete
  3. pakcik2 kat kg aku pun tau citer langsuir,suke merayau mlm2 hehe.. zmn balai polis lahat tu mmg sentiasa dlm ingatan gue bro!

    ReplyDelete
  4. eddie,

    mueheheh... lu nak gua belanja tomyam kappe?

    ------------------
    lutfie,

    gua tak paham apa yang lu tak paham! Lepas exam nanti lu baca balik maybe boleh paham.

    -----------------
    matahari,

    balai polis menglembu daaaa...

    ReplyDelete
  5. SAM, link url album langsuyr kat torrent ke, rapidshare ke, megaupload ke takkan takde!!
    Lu belum taraf hammet lagi bro. Baru taraf zaiton sameon. Baru tip top dah pencen awal pasal takdir ilahi.

    ReplyDelete
  6. en. mangkuk statik,

    muzik Langsuyr tu BUKAN free. Macam nasi campur kedai lu jugak le. Nak kalu kena leburkan duit sikit. AUD$10 kalau nak album Asyik.

    Apsal orang sekarang ingat muzik ni free je semua eh?

    ReplyDelete
  7. betul la bang sam
    susah payah perah otak
    orang main download jek, mana boleh? duit studio, duit recording, printing, bla bla bla...sapa nk bayar tuh?

    eh, aku pulak lebeh2 ha ha

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:02 PM

    ok la tu... pencen awal sekarang jadi trend worldwide apa...

    ReplyDelete
  9. Cayalah....seluruh dunia tahu Sam...dah kira promotion gak tue.

    ReplyDelete
  10. bentara,langsuyr...mula dengar"ayuh berdansa!"....zaman teman koje seagate ipoh dan ikut budak2 metal taiping turun jamming kat SZ medan kidd!hehe...kacang menglembu mmg besor kat roundabout!

    ReplyDelete
  11. Terima kasih,dapat juga tambah pengetahuan.bila lawati blog ini.

    ReplyDelete
  12. aku xlayan ganaz2.. aku layan lagu jiwang je...

    so ble ko nk wat show kat sini? member2 free dh r

    ReplyDelete
  13. Anonymous5:55 PM

    salam ...

    en. batara , moga sihat sejahtera.
    apa2 pon diharapkan riusgnal akan terus maju jaya , gue ada rekod lu , ajak , dark-e diwawancara oleh THR radio dulu pasal malaysia metal scene..apa nama program tu gue dh lupa .. hahaha , gue x ingat sape DJ radio tuh ... ttp gue tetap ingat luorang tiga serangkai ... time tuh ajak x abis² mention VENOM je ... adios ..

    -rasca

    ReplyDelete
  14. fuh sampai ker jerman riusgnal..hehe rancangan "Alternative rock show" tu kot..tp sayang dah tak de dah rancangan tu.

    ReplyDelete
  15. ben, sungguh informative entry ko ni. Tak pernah lagi aku baca orang huraikan butiran dalam sekeping CD. boleh post dalam wikipedia entry ko ni.

    Aku hari2 baca blog ko Ben. Aku buat link dalam blog aku yeh. Tak setuju, sound aku nanti.

    ma'assalama..

    ReplyDelete
  16. Dear Bro Ben,

    Gua kenal Langsuyr selepas Sil Khannaz dan diikuti NC dan sebagainya. Bagi gua Langsuyr ni memang antara benchmark Malaysia Metal scene. Gua bukanlah mat metal tegar, so tak banyak gig metal gua ziarah. Show Langsuyr yang pernah gua usha pun...time rock the world 6..time tuh ujan..gua antara penegar yang bermandi ujan..hahaha..

    Bro Ben/Sam..gua kenal time..skali gua stop kat kedai buku..angkat ROTTW..skali mmber gua (pmpn) nampak gambar Langsuyr (front page).. ni lecturer structure aku!!! jerit beliau..gua dah konflik jiwa..apa ni? skali gua angkat rottw tuh, minah tuh pun angkat satu..semata-mata muka Ben kat ROTTW..tp gua berani jamin dia tak kan ulang lagu (lupa lagu apa) yg gua bagi kat dia..haha..

    p/s : Ben..kalo nak kasi rupa lu sinonim sama Langsuyr...gua suggest lu paku tengkuk..pergghh

    ReplyDelete
  17. rajuna,

    semua free je tu (roll eyes)

    ---------------------
    ramzan,

    gua tak ikut trend worldwide, memang dah nak kena pencen dah pon...

    --------------------
    shafa,

    gua perasan je tu. Jangan tambah perasan gua.

    -----------------------
    thecoresystem,

    kacang menglembu besor tu memang legend. Cakap Menglembu pasti ingat kacang walaupun gua tak pernah jumpa ladang kacang kat Menglembu.

    ------------------------
    ihsan_huhu,

    Elok la tukang urut dengar lagu slow2. Kalau lu dengar Death Metal masa mengurut, patah riuk pulak client lu nanti.

    --------------------------
    anonymous,

    eh kasi upload la itu sesi. Best tu. Gua pun tak ingat apa gua cakap masa tu.

    --------------------------
    matakucing,

    gua tak berapa tengok pulak Alternative Rock Show tu. Entah apsal.

    --------------------------
    syamsulfaiz,

    gua ignore lu sebab salah entry hehehe... nak link apa salahnya bro. Kasi link terus!

    ----------------------------
    achan_sinclair

    gua tau masa gua lecture ada budak2 tu sok sek sok sek gua. Gua buat donno je.

    Paku kat tengkuk? Nanti gua tukar jantina dulu.

    ReplyDelete
  18. Anonymous9:33 PM

    Langsuyr..
    antara band metal tempatan yang aku follow selain Sil Khannaz dan As Sahar..
    nama lLangsuyr mmg dah termaktub la dlm sejarah metal Malaysia ni,hehe...

    ReplyDelete