First pressing CD ni adalah satu istilah yang digunakan untuk CD yang dicetak untuk batch pertama. Mungkin pada mula rilis album tu, syarikat rakaman cetak 20,000 keping. Bila habis, cetak lagi lagi 20,000 keping. Maka yang 20,000 pertama tu dikatakan sebagai FIRST PRESSING.
Untuk band yang lebih kecil, mungkin lebih mudah nak differentiate. Sebab kurang popular, maka cetakan pertama 1,000 keping je. Kalau tak laku terus, buat apa nak ulang cetak ye tak (hihihi...)? Dan tiba-tiba 10 tahun kemudian, band tu jadi popular pulak, maka ada demand dari fans nak dengar album yang awal tu. Sudah tentu dah tak jual kat kedai. Maka syarikat rakaman ambil inisiatif untuk ulang cetak. Untuk menarik perhatian pembeli, maka diletak ekstra. Kadang-kadang, lagu-lagu di dalam tu diproses semula. Bunyi gitar bagi kuat sikit, drum yang tak berapa sedap, disedapkan sikit. Ataupun bagi lagu bonus. Semua tu sebagai gula-gula untuk peminat membelinya; termasuklah mereka yang dah ada FIRST PRESS CD. Itulah yang dinamakan "re-release" atau "remaster".
Remaster ni satu proses dalam studio. Lain kali boleh bincang.
Anyway, korang dah dapat idea kan, apa beza FIRST PRESS dan REMASTER CD.
Sebagai study case, aku bawakan koleksi CD MEGADETH, album pertama bertajuk Killing Is My Business... And Business is Good!
Album yang sama tapi berlainan versi (muka depan). 1. versi remaster (atas) 2. First pressing (cetakan Australia kiri) dan 3. First pressing (cetakan US kanan)
Terdapat perbezaan ketara antara yang remaster dan first pressing. Paling jelas ialah gambar covernya (contengan pada gambar remaster tu ialah autograf Abang Mus sendiri! yeaaa...). Manakala antara first pressing US dan Australia lebih detail. Sekali pandang memang tak ubah. Beberapa kali pandang baru nampak perbezaannya.
Terdapat perbezaan ketara antara yang remaster dan first pressing. Paling jelas ialah gambar covernya (contengan pada gambar remaster tu ialah autograf Abang Mus sendiri! yeaaa...). Manakala antara first pressing US dan Australia lebih detail. Sekali pandang memang tak ubah. Beberapa kali pandang baru nampak perbezaannya.
Album yang sama tapi berlainan versi (muka belakang). 1. versi remaster (atas) 2. First pressing (cetakan Australia kiri) dan 3. First pressing (cetakan US kanan)
Lagi satu beza ketara antara remaster dan first pressing ialah senarai lagunya (pendetailan coming next). Ada 11 lagu dalam versi remaster sedangkan cuma 8 lagu je dalam first pressing. Sementara antara US dan Australia (Ozz), beza cetak: perhatikan kat bawah kanan gambar atas tu. Nampak beza kan? Walaupun sikit hehehe...
Lagi satu beza ketara antara remaster dan first pressing ialah senarai lagunya (pendetailan coming next). Ada 11 lagu dalam versi remaster sedangkan cuma 8 lagu je dalam first pressing. Sementara antara US dan Australia (Ozz), beza cetak: perhatikan kat bawah kanan gambar atas tu. Nampak beza kan? Walaupun sikit hehehe...
Side view (atas-bawah): 1. remaster 2. US version 3. Ozz version
VERSI REMASTER
Muka depan, dengan autograf Abang Mus. Jadi 'mahal' sikit.
Dalam 'liner note' di dalam booklet CD remaster ni, Abang Mus kata inilah gambar album yang mereka mahukan sebenarnya. Yang dicetak masa first pressing bukanlah seperti yang beliau mahu. So advantage pada versi remaster ni, Abang Mus dapat print gambar yang dia nak.
The album's artwork, featuring a plastic skull with tinfoil, was not intended to be the original artwork. Mustaine wanted a picture of Megadeth mascot Vic Rattlehead on the cover, however the studio lost the artwork, so they improvised the low-budget replacement.
Muka belakang dengan senarai lagu.
Ada banyak lagu. So kira macam untung la kalau beli remaster ni. Selain dari lagu lama yang dah 'diupdate' (rujuk perenggan awal artikel), ada lagu bonus pulak tu. Peminat pastinya mau dengar lagu ekstra tu sebab biasanya lagu-lagu tu tak pernah rilis pun. Cuma, lagu yang tak rilis bukan taraf lagu dalam album sebab biasanya ianya lagu berbentuk 'demo', test. alternate takes etc. Tapi worthwhile la untuk fans yang masih tak puas-puas tu.
1. Last Rites/Loved to Death
2. Killing is My Business...And Business Is Good
3. The Skull Beneath the Skin
4. Rattlehead
5. Chosen Ones
6. Looking Down the Cross
7. Mechanix
8. These Boots
9. Last Rites/Loved to Deth (Unreleased Original 1984 Demo)
10. Mechanix (Unreleased Original 1984 Demo)
11. The Skull Beneath the Skin (Unreleased Original 1984 Demo)
1. Last Rites/Loved to Death
2. Killing is My Business...And Business Is Good
3. The Skull Beneath the Skin
4. Rattlehead
5. Chosen Ones
6. Looking Down the Cross
7. Mechanix
8. These Boots
9. Last Rites/Loved to Deth (Unreleased Original 1984 Demo)
10. Mechanix (Unreleased Original 1984 Demo)
11. The Skull Beneath the Skin (Unreleased Original 1984 Demo)
Inlay dan CD.
Dan yang best juga ialah adanya liner notes dalam rilisan remaster. Liner notes adalah kometari. Kadang-kadang dari ahli band sendiri, kadang-kadang dari penulis upahan dan boleh juga dari kawan-kawan kepada band. Dalam rilisan ini, dua anggota band; Abang Mus dan Ellefson bagi komen serta juga dengan kawan, Scott Ian dari kumpulan Anthrax. Best baca sebab diorang reflek balik rilisan ini.
First Pressing (Australia)
First Pressing (Australia)
Gambar album 1st pressing (US dan Ozz sama je)
Proses artwork album biasanya dari band sendiri. Band biasanya dah ada rough idea, camana sepatutnya layout especially gambar depan. Selalunya, band akan bincang dengan syarikat, dan syarikat akan engage dengan designer. Tapi problem akan timbul bila band tu tak monitor final touch. Kes ni terjadi pada album Megadeth ni la. Rough idea dah ada tapi sebab Megadeth sendiri tak monitor dan finalize, bila print keluar yang tak berkenan.
Sekarang, lagi canggih. Kadang-kadang band sendiri yang involve A-Z proses layout ni. Contohnya, album LANGSUYR 'Asyik' tu. Gitaris Azmaniac juga adalah graphic designer yang berbakat. So dia design terus A-Z.
Sekarang, lagi canggih. Kadang-kadang band sendiri yang involve A-Z proses layout ni. Contohnya, album LANGSUYR 'Asyik' tu. Gitaris Azmaniac juga adalah graphic designer yang berbakat. So dia design terus A-Z.
Semasa album ini mula dicetak, ia dicetak dibeberapa buah negara. Jika di negara tersebut, sales dijangka mantap, maka adalah lebih kos efektif ia dicetak di negara tersebut. Otherwise, takde la. Kena la orang negara tu order direct dari negara yang ada mencetaknya. Ataupun dalam kes yang sama, boleh juga ia dicetak di satu negara je, contohnya di US. Dan ikut demand, mungkin 1000 keping je dihantar ke negara Australia contohnya. 1000 keping yang dipos tu lebih murah kosnya dari mencetak sendiri.
Bentuk CD.
Tapi tidak begitu untuk kes Australia nampaknya. Demand tinggi. Yang pasti, kat Malaysia memang takde Malaysian pressing hehehe... Kalau laku 50 keping je, baik order je. Atau nak bagi lagi suffer, syarikat rakaman buat donno je. Kalau lu nak, lu order sendiri ah... ceh... Gua order untuk lu orang pun, lu beli pirate jugak! (marah tokey syarikat tu la kot).
First Pressing (US)
First Pressing (US)
Oleh kerana MEGADETH ni band dari US, maka sudah tentu di US mereka lebih popular. Majoriti kes macam tu la. Tapi ada juga artis dok US tapi lebih popular di negara lain. Sebagai contoh, gitaris hebat Yngwie J Malmsteen. Beliau menetap di Florida, US tapi ada certain album dia dirilis HANYA di Jepun. Menunjukkan beliau lebih popular di Jepun dari US sendiri.
Bentuk CD.
Cetakan pada CD ketara bezanya antara cetakan dari pelbagai negara. Untuk peminat biasa, apa nak peduli tapi bagi peminat tegar, boleh bertekak bab cetakan CD je pun! Mungkin juga band/syarikat tak berapa concern dengan cetakan CD. Asal keluar lagu sudah. Yang penting ialah cover album dan inlay layout. So tu pasal la CD ni banyak beza-beza. Ikut sukahati pencetak nak cetak apa kot?
Sekarang, tracklisting pulak...
1. Last Rites/Loved to Death
2. Killing is My Business...And Business Is Good
3. The Skull Beneath the Skin
4. These Boots
5. Rattlehead
6. Chosen Ones
7. Looking Down the Cross
8. Mechanix
Perhatikan arrangement ada sikit beza dengan remaster. No lagu 4 pada 1st pressing ialah lagu These Boots sedangkan lagu yang sama pada versi remaster ia diletak pada lagu ke-8. Signifikannya? Entah...
Dan yang paling buat peminat bising ialah lagu These Boots ni. Ianya adalah lagu cover (saduran). Ikut kata wikipedia,
These Boots was on the original pressing of the album, but deleted from subsequent pressings due to legal issues with the song's writer, Lee Hazlewood. It was later added back onto the 2002 remaster, albeit with edit beeps everywhere a lyric change was made.bermaksud, pada versi 1st pressing, ianya UNCENSORED! Dalam remaster ada bait-bait liriknya dicensored dengan bunyi 'bleep'. Ikut cerita, penyanyi asal lagu ni tak approve Megadeth punya versi ni jadi mereka telah diberi amaran. Sebabnya ada perkataan 'kasar' yang dimasukkan. Untuk mengelak dari kena saman, terpaksa la Megadeth akur.
Lagi satu, ada satu lagi versi yang mana aku tertinggal. Iaitu versi yang mana cuma ada 7 buah lagu je. Lagu These Boots dibuang terus dari album. Tu, kena cari jugak le nampaknya hehehe...
Harga? Sudah tentu first pressing lagi mahal disebabkan kuantitinya yang sedikit di pasaran. Antara US dan Australia? US versi lagi mahal sebab itu asal negara sebenar. Tapi boleh juga negara lain lebih mahal especially kalau negara tu pelik. Contohnya, dicetak di Nigeria ke, Ghana ke... mana nak cekau tu...
TAMMAT
p/s: next episod, apa pulak nak bincang eh?
Aku main download kat rapidshare jer, 320 kbps, first press ker remaster ker, semua aku download, yang ada kualiti aku burn, tapi sayang inner sleeve tarak la ... ada simpan angan-angan nak beli tapi takut miss beli susu anak :)
ReplyDeletekalau yang super classic nyer aku bargain jer vinyl hari Ahad kat Amcorp Mall
bro takde koleksi king diamond ka?
ReplyDeletejairo ... ko tanya tuan rumah ker?
ReplyDeleteAku tengah download Mercyful Fate complete discography ... link to complete King Diamond pun ada ... hopefully rapidshare tak delete.
cita la pulak pasal lp miniature, annivesary edition, digipak sebab ramai gak yg tak bape tahu pasal istilah2 tu...sekadar cadangan.
ReplyDeletetj boleh share link tu ker?
ReplyDeletebro citer la pasal koleksi iced earth,pastu band swedish death metal GRAVE nak turun kl 29.11.08,main kat RUUMS
ReplyDeleteini semua long term investment, satu ari nanti dia jadik pusaka bernilai..
ReplyDeletejairo ... masuk website bawah ... dalam search box type apa yang kau nak ...
ReplyDeletehttp://www.zona-musical.com/
As'kum WBT
ReplyDeleteTerbaru dalam Sireh Dan Cengkeh. Temubual bersama Art Fazil dari kumpulan folk melayu Rausyanfikir.
Check out other interviews as well. Thanks for your kind support!
Syed
TJ tq
ReplyDeletebrader.. ko nyer projek dh siap ke? bape kali sehari ko tulis blog daa???
ReplyDeletepanjang2 lak tuh
Abang ben, lu ni memang sesuai betul la buat music zine. Passionate gila ! salute brother..
ReplyDelete1. Kau luper kat first press us tu ader calit taik idung pekerja mexico cikit..yg keja packing album tuh.
ReplyDelete2. Abg Mus yg sain album kau tu ...abg mus MAY ker? kau umpama bungaa yg mekar di hati kkuuuu..Ku harap kau mekarlaa selama-lamanyaaa..
makasey
TJ,
ReplyDeleteada rasa bersalah tak selalu download je? Apakah rasionalnya mendownload itu?
-----------------------
matakucing,
topik2 tu, itu semua next time.
-----------------------
syed,
thanks for the info. Thanx again for visiting.
-----------------------
ihsan huhu,
dah la... pi makan tidor berak.
-----------------------
syamsulfaiz,
itu yang minat. Nak buat camana?
-----------------------
mangkuk statik,
Abang Mus dah main dengan Megadeth. Ko tak tau ke? Balik la Malaysia sekali sekala... tu la pasal.
Bro kalau ada CD original Killing is My Business extra untuk dijual. Email saya di uraharakisuke89@gmail.com atau anthology_stwa@live.com.my
ReplyDeleteSerious buyer, dh lama saya cari CD ni sy memang minat Megadeth ni. Tp memandangkan album ni album pertama dan label mereka Combat Record (indie) so agak susah nak cari kat Malaysia.
bro try riki riki sama ibrisam akhbar owner rock at large (cari FB)...mana tau beliau boleh assist...✌✌✌✌
Deletesaya suka beli yang special edition...digibook or digibox...bestnya rasa...mahal skit tapi banyak goodies lah kan especially digibox....🤘🤘🤘🤘🤘
ReplyDelete