من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" (Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi) ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi)So baru-baru ni aku jemput dua orang keluarga Malaysia kat Adelaide ni untuk sama-sama berbuka dengan aku sekeluarga. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Kat Malaysia biasanya sunnah ni dibuat kat masjid, hantar makanan ke masjid. Aku tukang menghabiskan je kat masjid (semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran berlipat ganda kepada yang memberi makan, amin!). Tapi kat sini, errr... aku pun tak check kat Masjid Wandana tapi setakat yang aku pasang telinga takde pulak ada jemputan berbuka kat masjid. Tahun lepas ada walaupun bukan hari-hari. Tahun lepas kalau ada, aku pergi dan aku bawak la sikit juadah untuk dikongsi bersama.
Errr... menu hari tu ada kat blog wife tercinta kat SINI.
Bagus juga amal sunnah ni. Pahala dapat, tali persahabatan pun dapat. Yang tak pernah buat, meh kita buat. Aku azam nak buat beberapa kali dalam bulan Ramadan ni, insyaAllah.
Errr... menu hari tu ada kat blog wife tercinta kat SINI.
Bagus juga amal sunnah ni. Pahala dapat, tali persahabatan pun dapat. Yang tak pernah buat, meh kita buat. Aku azam nak buat beberapa kali dalam bulan Ramadan ni, insyaAllah.
org yg beri juadah tu kalu tak pose boleh dikira gak ker pahalanya?
ReplyDelete