Saturday, August 30, 2008

VOX Bulldog Distortion


VOX Bulldog Distortion http://www.voxamps.co.uk/products/pedals/cooltron.htm

Aku tak pandai mengulas benda2 macam ni technically tapi mungkin aku boleh ulas ikut 'pendengaran' aku. SO read on...

Sejak aku mula aktif kembali dengan Langsuyr, maka bermulalah my quest dalam mencari 'sound' Langsuyr. Bermula dengan gitar EPIPHONE Flying V (sudah bertukar milik) kemudian selanjutnya, efek/stompbox. Kepada yang mengikut perkembangan Langsuyr sudah tentu mengetahui bahawa Langsuyr sedikit sebanyak ada influence band rock dan Heavy Metal seperti Scorpions, AC/DC dan Iron Maiden. Maka menjadi satu langkah yang natural untuk mendapatkan sound seperti band yang dijadikan idola tersebut.

album Asyik juga menampilkan sound 'rockish' seperti yang dikehendaki. Ini, walaupun tidak perfek, didapati dengan menindih beberapa layer sound efek dari Line 6 Pod XT dengan gitar Fender stratocaster.

Sound rockish yang dikehendaki sudah tentu mustahil boleh didapati dengan stompbox kegemaran metaller iaitu BOSS Metal Zone yang terlampau berpasir dan tidak juga dari BOSS Distortion yang agak lembut/kering.

Oleh sebab itu, quest terus berjalan. AKu buat survey online untuk itu dan membawa aku ke beberapa pilihan. Antaranya ialah VOX Bulldog Distortion.

Dengan hanya berdasarkan sound sample dari website VOX, aku dah jatuh hati. Dua kriteria yang aku perlukan, sound yang heavy tetapi tidak tipikal kepada band Death Metal dan sound yang rockish, iaitu beberapa step atas dari riffs popular AC/DC. Semua ini didapati dengan puashati melalui stompbox ini.

Oleh kerana stompbox ini menggunakan 12AU7 preamp-type tube dalam badannya yang sendiri, maka ia mempunyai karekter yang tersendiri. Menyebut tentang ini, jika aku mahukan karekter dari stompbox ini, maka aku kena menggunakan channel clean dari amp yang disambung, terlebih baik yang ada true bypass. Ini aku alami sendiri setelah menyambung kepada beberapa amp (Carvin –tak ingat model, Line 6 Flextone dan Marshall MG) dan kepada Ibanez akustik amp. Yang dua terawal tu aku rasa tidak ada true bypass maka karekter dari amp tersebut 'mengacau' kerekter stompbox menyebabkan sound tak berapa best. Sedangkan dengan menggunakan Ibanez akustik amp, kerekter stompbox tersebut menyerlah.

Dengan satu ayat, stompbox ini sesuai dengan namanya, BULLDOG, iaitu GARANG. Satu kerekter yang jarang didapati dalam distortion lainnya yang kebanyakannya deep, basah dan berpasir. Efek ini menonjol dengan kerekter garang dan agak 'serak2' basah.

Dua cara untuk memanipulasi stompbox ini, satu melalui normail gain dan gain ½. Dua knob pemijak digunakan untuk ini. Apabila dalam keadaan gain yang normal, anda boleh mendapatkan sound ala-ala AC/DC dan untuk mendapatkan sound yang garang, boleh didapati dengan memijak knob gain ½. Nak baca lebih pasal teknikal ni, refer kat web… tak pandai aku nak ulas hehehe

Tanpa distortion, anda juga boleh mendapatkan sound clean yang heavenly!

Selain itu casing yang macam kereta kebal (besi keseluruhannya kecuali knobs) dengan cahaya dari tube yang berwarna biru metalik bersama dengan finishing keluli menambahkan keghairahan anda samada berseorangan praktis atau merekod ke dalam PC mahupun ketika melompat di atas stage. Tarikan untuk memandang ke arah stompbox ini begitu kuat.

Kelemahan:
- Harga RM600, kebanyakan kita tak mampu nak spend this much.
- untuk band yang lebih brutal Death Metal, tak berapa sesuai kerana sound tak deep.

oleh: Bentara

No comments:

Post a Comment