Friday, August 29, 2008

Jumaat 29 Ogos 2008

1. Masjid City ditutup sementara waktu untuk renovasi. Ianya dibuka hanya pada waktu solat Jumaat. Alternatif bagi warga Islam yang bekerja sekitar Adelaide ialah mencari musolla. Paling dekat, selesa dan luas ialah musolla di University of Adelaide. Musolla ni pun baru je renovate beberapa bulan lepas. In fact untuk tarawih nanti pun kat musolla ni pun boleh. Notification telah ditampal sekitar Uni untuk tarawih ni.

2. Oleh sebab Masjid City tutup sementara, mesyuarat mingguan bagi pekerja agama shifted to Wandana Masjid. Well actually, bukan 'dalam' masjid tapi kat rumah di seberang masjid. (Any kind of gathering is prohibited in this masjid melainkan dengan minta kebenaran rasmi dari komiti). Rumah ni 'dijaga' oleh beberapa pekerja agama secara gotong royong. 2 bilik disewakan dan 1 bilik dikosongkan untuk aktiviti. Antara lain, bilik ni diwakafkan untuk jemaah yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

3. So malam tadi aku duduk sekali mesyuarat ni. Antara lain salah seorang jemaah dari Pakistan yang datang minggu lepas ke Adelaide, telah meninggal dunia. Innalillah. Aku pun terkejut sebab memang aku berpelukan dengan beliau ni (Beliau = seorang alim, mengajar di sebuah madrasah di Pakistan). Dan masih muda lagi dalam tengah 40an kot. Jemaah ni spent about a week kat Adelaide sebelum menuju ke Melbourne. Beliau, meninggal di Adelaide. Another brother dalam mesyuarat tu (seorang doktor) kata, masa kat Adelaide, arwah ni komplen pening kepala masa kat Adelaide. In the end, kami dalam mesyuarat tersenyum kerana beliau meninggal semasa di jalan Allah s.w.t. Janji Nabi s.a.w. ialah mati syahid apabila berada di jalan Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran yang terbaik untuk beliau. Amin.

3. Aku juga dapat laporan dari Melbourne yang mengatakan ada jemaah Malaysia sekarang di Melbourne. Aku sms dengan seorang syura Melayu di Melbourne (seorang Singaporean) dan request jemaah ni dihantar ke Adelaide untuk beberapa hari dan jawapannya positif. Jemaah orang tua kata ahli syura tersebut. Aku berkira-kira macamana nak gunakan jemaah ni dengan sempurna untuk usaha agama kat sini.

4. Finally, aku bertanya mengenai Ramadan. Prosesnya begini, kata one of the local brother. Local brother akan tengok anak bulan near the beach pada hari Ahad ni (Ahad = 29 Syaban) . Anak bulan juga akan dilihat dari Sydney, Melbourne dan Perth. Keputusan akan dimaklumkan pada malam tu oleh sekelompok orang tanggungjawab di Sydney dan Melbourne samada Ramadan bermula Isnin atau Selasa.

*Note - kat sini orang start Puasa/Raya berbeza-beza. Ada yang ikut Arab Saudi etc. Pelik gak aku, yang aku paham kena ikut local fatwa.

5 comments:

  1. Aku pun ada cita2 nak mati di Jalan Allah. Sekarang ada jemaah 4 bulan dari Sri Lanka di masjid aku. 3½ bulan dah habis. Baki ½ bulan di Kepong.

    ReplyDelete
  2. Memang rezeki arwah, meninggal di jalan Allah SWT. Semoga mati kita di dalam Islam dan Iman yang sempurna..insyaAllah.

    Wuih..meriah gak komuniti Muslim kat Aussie. Malam ni dorg usha anak bulan kat Sydney, para golongan remaja di Malaysia usha final Pertandingan Bunga Api antarabangsa kat Putrajaya..uhuks~

    ReplyDelete
  3. semoga kita semua terus diberkati Yg Maha Kuasa...

    bro, cerita sikit nanti pengalaman posa di bumi asing ye...
    dgn sekitaran yg berbilang bangsa & agama, tau2 ajelah... berasap sana sini...

    petang ni pembentangan budget2009 di parlimen.. besok rokok naik lagi...!!
    adoi...

    ReplyDelete
  4. mm
    ceta ah pasal berpose kat sana..
    buka makan apa?
    buka kat mesjid ada makan2?
    terawih kat sana?

    interesting

    ReplyDelete
  5. azharjaafar,

    Amin!

    *****************
    Achan Sinclair,

    sama-samalah kita berdoa untuk diri kita dan ummat.

    ****************
    eddie_dewangga,

    yang terbaik, berenti rokok hehehe

    ***************
    deaf_angel,

    ada setengah masjid yang ada buat jamu buka puasa. Nanti ada kesempatan aku pergi.

    ReplyDelete