Friday, June 20, 2008

Winter post dan PhD

Update tentang PhD... Aku dah 2 tahun kat sini. Fully sponsored by my employer, sebuah universiti kat Tronoh. Bidang Civil Engineering (Structures). Masa disuruh mencari tempat untuk further, satu benda aku kena letak in mind - kena buat PhD related to the department's mission and vision. So, aku ambil keputusan untuk involve in rehabilitation and maintenance of structures.

Masa tengah mencari-cari tajuk tu, aku terserempak dengan satu advancement dalam bidang
rehabilitation and maintenance of structures ni. Remember kes MRR2? Ala... flyover yang retak tu. Bingit satu Malaysia. Siap masuk wikipedia lagi. Teknik yang depa pakai ialah grouting. Aku paham la sikit-sikit bab grouting ni tapi aku rasa kurang sesuai untuk superstructures macam MRR2 ni. Aku siasat lagi. Rupa-rupanya ada satu teknik lebih bagus nak selesai masalah ni. Iaitulah menggunakan Fibre Reinforced Polymer (FRP).

So sekarang FRP ni satu advance material la kan. Gunanya banyak. Sekarang yang tengah dok sibuk satu dunia (yang berkaitan dengan structures la) ialah macamana nak guna material ni untuk rehabilitate structures. Now, structures ada dua jenis; reinforced concrete dan steel. Untuk menyamakan research aku dengan interest department, aku pilih steel. Actually, interest department aku lebih kepada offshore structures. Disebabkan offshore structures ni banyak guna steel, maka my interest too. Even, aku boleh apply my knowledge kepada steel bridges, steel buildings dan lain-lain.
So gitulah ceritanya. Tajuk research aku berkaitan dengan steel structures dan FRP. In other words, apply FRP pada steel structures and check on the behaviours.

OK... apa progres research aku ni? So far, aku telah develop dua FORTRAN programming yang cuba tengok bond-slip behaviour (takde pulak kat wikipedia heheheh...) antara steel dan FRP. Nak guna FRP ni kena pakai structural glue kepada steel. Err... ni pendetailan tak yah la aku boringkan korang.

Ironinya, asalnya aku kata kat diriku sendiri, AKU TAK NAK BUAT PROGRAMMING! Ye la nak buat camana, programming tu dah jadi requirement. Terpaksa la aku buat jugak. I hate programming to be honest. Tapi aku perlukan that programming knowledge actually supaya nanti aku boleh buat research on my own.
Tajuk komik strip ni "Can you spot the PhD?"


Dua programming dah setel sekarang tengah siapkan the third one (probably the final one) untuk lengkapkan tesis.

I tell you what. PhD ni gila ah... pening kepalaaaaaa... tu pasal ada lawak PhD = Permanent Head Damage. Cuba korang sembang dengan PhD holder, cara depa tanya soalan ni lain macam sikit hehehe... tanda dah ada sindrom PhD.

Gua punya enrolment detail kat sini. Dr. Wu dah tak bersama kami dah. Tapi ada masuk dua supervisors baru. Instead ada 2 macam kat situ sebenarnya aku ada 3 supervisors sekarang (1 main dan 2 co). Makin banyak supervisors, makin banyak kerenah? Tak jugak, kadang-kadang depa banyak bantu. Macam kes aku.

Supervisor aku suruh aku prepare buat satu paper berkenaan dengan findings 'kami' (yes a journal paper written by few of us). Recently dia baru jadi full Professor so dia kata "this time I only want a high quality journals ONLY" huhuhu... ok la Boss, whatever you say. Janji gua dapat PhD sudah...

Lu orang dah boring eh baca... tu pasal. Lain kali aku sembang lain pasal PhD ni. Macam bagus. Padahal aku ni lembab.

Kepada mereka yang tengah buat PhD... I say, selamat hari raya (hehehe...) dan kepada yang ada cita-cita nak buat PhD, the first step is important - tajuk research - supaya sesuai dengan keperluan sendiri dan whoever you work with, jangan jadi macam kat bawah ni...


1 comment:

  1. Anonymous1:12 AM

    kena pggl dr bentara la nnti..
    hehe..

    ReplyDelete