Saturday, June 21, 2008

The truth is out there...

Sapa peminat siri The X-Files, sila angkat tangannnn! Kalau minat, flashback balik, apa yang terkandung dalam episod pilot?

Aku pun tak ingat sebenarnya. Rasanya tak penah nengok pun episod pilot tu. Asal siri tu kat TV Malaysia (RTM2 kan?), aku pun tak tau. Minat start bila sorang kawan suruh aku nengok. Tak tau la episod berapa season berapa.

Anyway, 2-3 hari lepas kat Target ada buat sale DVD. Antaranya, The X-Files musim 1-9 cuma $29.99. Apalagi, tanpa membuang masa aku pun beli la musim 1 punya DVD. Dapat la tengok the pilot episod tu.

Dulu masa kat UTM, dok rumah sewa dengan kawan-kawan, memang tak tinggal ah satu rumah kumpul nengok. Kalau ada scene Mulder dengan Scully main mata tu, satu rumah dok sorak heheheh... geram part tu sebenarnya. Part teasing tu. Padahal tau dah, memang takkan jadi apa-apa punya.

Bila nengok pilot episod tu, memang Chris Carter (penerbit) dah start teasing tu dari episod pertama lagi. Jeng jeng jeng... kepada housemates aku dulu, korang memang kena tengok ini episod. The ultimate tease!

Memang rule ah The X-Files!

----------------------------------------------

Dalam beberapa jam lagi, kawan aku touch down Adelaide, setelah 4 minggu bercuti di Malaysia. So?

So... aku kirim Nikon D60 kat dia. Harga kat Malaysia lagi murah RM2K banding kat sini cecah RM3K. Hopefully tak kena tax. Kalau kena aku expect dalam 10%. Still murah dari yang jual kat kedai sini.

Yummy...

6 comments:

  1. salam singgah and salam kenal;)huhu suka cite tu!scully sgt comel.mata dia warna hijau kan?kalau tak silapla..

    ReplyDelete
  2. biar betik? mahal nye kat ostolia.

    ReplyDelete
  3. liyana... masa original season tu ko berhingus lagi kan?

    deaf... mahal eh? harga ori dalam $55 kat sini. Kat sana berapa RM?

    ReplyDelete
  4. x-files..oh ejen scully uhuks
    lama tak tgk sey hahahaha
    aku paling suke watak smoking cigarate man ( eh betul ker ) yg suke sap okok tp tak pernah abis

    ReplyDelete
  5. Cheh! masih berminat dgn X-Files lagi rupanya. Sama la macam aku heheh. Memang takleh lupa la setiap rabu 9mlm kira2 8-10 org housemate lepas dinner masak sendiri terus terpacak dpn tv burok menatap wajah Scully... yg paling concentrate hang la Sam.

    ReplyDelete
  6. babe... yang sakan sorak bukan aku ah... Senin yang mat sorak. Aku cuma bantu-bantu je Senin sorak hehehe...

    ReplyDelete