Friday, May 30, 2008

Gene Hoglan Drum Clinic, Allans Music Melbourne, 20th May 2008

Yannada? Nalleekkkk!!!

It was an interesting night dimana kami mendapat peluang untuk melihat "the Big Man" sendiri memberi tips dan tricks tentang drumming...or should i say Death/Trash Metal Drumming.

Gene Hoglan..bagi mereka yang mungkin tak berapa kenal dengan dia nih..Gene Hoglan adalah seorang yang "giant" lebih kurang 6'2 inci... berat dalam 150kg (macam bob KU2) atau lebih.. Gene Hoglan adalah seorang "self taught" drummer yang telah banyak terlibat dengan band dan individu seperti Strapping Young Lad,Jed Simon, Davin Townsend tetapi untuk memendekkan cerita, dia adalah drummer untuk kumpulan lagenda deathmetal...DEATH. Yes ! the legendary band that influenced many other thrash or death metal scene around the world.
Mana Gene ni... Gene oi... oi....

Gene Hoglan dibawa ke bumi kangaroo sempena Sabian APX Series Tour Clinic dan akan menjelajah dari Melbourne, Sydney, Adelaide hingga ke New Zealand. Seorang drummer yang technical, Gene menunjukkan pattern yang sangat complex sepanjang drum clinic yang berlanjutan selama 2 jam itu. Gene memulakan drum clinic dengan routine warm up yang sudah cukup untuk membuat mata kami terbeliak. Starting off with an interesting rudiment on the hi-hat dan mixture dengan ride cymbals yang kedua-duanya diletakkan pada traditional right position and unusual left position close to his hi hat.

Apa yang menarik ialah Gene Hoglan merupakan seorang drummer yang bermain secara "open handed". Gene meneruskan warm up nya dengan pukulan dan paluan pada tom,superfast twin pedal dan brutal blast beat. Lebih menarik lagi adalah setting drumnya dimana kami dapat melihat arrangement simbalnya adalah sama pada kedua-dua belah. He can be ambidexterity in some situation which most of drummers would like to have as a natural gift.
Sungguh hebat En. Gene melibas rambut!

Gene menggunakan drumset Pearl SRX Session series dengan 2 double bass, 13 and 15 toms and 18 floor toms with traditional 14 x 6.5 limited edition snare with brass shell. Arrangement simbalnya adalah 14 hats, 22 ride on both side, 20 chinese on both side 14, 15 and 16 crash yang diletakkan separa dengan paras matanya.Percaya atau tidak dia hanya menggunakan 2 single chain Camco pedals with solid timber beater tetapi masih mampu untuk produce super fast twin beat secara konsisten dan juga untuk tempoh masa yang lama. Jadi pada drummer2 baru kat luar sama yang dok tergila2 nak beli TAMA Iron Cobra konon nak beat maut nyer laju....rasanye elokla belajar ngan pedal murah dulu la kot.

Pada hari itu juga Gene meluangkan masa untuk menjawab soalan2 dari penonton dan juga banyak menceritakan pengalamannya bekerja dalam bidang music dimana Gene pernah terlibat dengan metal icon seperti Chuck Schuldiner a.k.a "Father of Deathmetal", Devin Townsend dan juga menceritakan pengalamannya bekerja sebagai technician untuk Slayer semasa umurnya 15. Dia juga menceritakan bagaimana dia memberi tips kepada Dave Lombardo ketika Dave masih lagi baru belajar bermain double pedal.Di dalam studio pula, tempoh masa 1 hari sebagai persiapan sebelum recording adalah perkara biasa buat Gene. Kebanyakan rakaman album yang dilakukan selalunya dia tidak mempunyai
banyak masa banyak untuk prepare.

Cara Gene bermain drum pada malam itu adalah superb, powerful ,sangat technical dan laju. Tiada "trigger"digunakan untuk bass drumnya. Katanya, "a natural powerful beat to the bass drum is much better than using trigger" dan dia juga berpendapat bahawa trigger akan menghasilkan "fake sound" buat audience. Satu tip yang ringkas tetapi berguna dari Gene ialah “always practice with an ankle weight". Katanya, dengan berlatih menggunakan pemberat kaki dapat menguatkan otot2 kaki yang selalu digunakan ketika bermain dan juga akan menjadikan kaki lebih "ringan".
Sungguh macho lagakmu En. Gene!

Secara overall, kami sangat berpuas hati dengan drum clinic tersebut.Very soft light and very smooth.Cara Gene mengawal snare juga sangat menarik dengan control dan timing yang tepat. Mamat ni juga main tutup mata beb..Malam itu, Gene hanya perlu menggunakan tangan dan kakinya "to do the talking" buat penonton untuk menilai sendiri kemampuannya ...kami tak sempat nak dapatkan autograph sebab kitorang tak tahan nak kencing...tempat tu takde toilet.....THE END.

- ulasan oleh Phit di Melbourne

Sunday, May 25, 2008

SCORPIONS Fly To The Rainbow

Gua feel betul ni... takde stim dah... dah sober!

Lama sebelum munculnya guitar virtuoso seperti Joe Satriani, Steve Vai, Yngwie J Malmsteen, Marty Friedman dan sebagainya, tersebutlah kisah seorang gitaris German yang baru menganggotai SCORPIONS.

Beliau ialah ULI JON ROTH.

Mungkin dalam Scorpions, kita lebih mengenali Matthias Jabs dari Uli Jon Roth disebabkan Jabs bersama Scorpions ketika band itu menuju kepada komersialisme. No disrespect to Mr. Jabs, beliau ada kekuatan sendiri dan beliau sendiri adalah gitaris hebat.

Tapi bila kita berbicara tentang Uli Jon Roth, kita berada di dalam dimensi yang lain.

Untuk entry kali ini, kita sekadar berbicara mengenai Uli Jon Roth dan album pertama beliau bersama Scorpions, FLY TO THE RAINBOW.

Selepas rilisnya album Lonesome Crow, yang mana gitaris utamanya ialah Michael Schenker (adik kepada Rudolph Schenker), Scorpions terpaksa mencari gitaris yang baru untuk menggantikan Michael Schenker. Namun Michael ditarik oleh UFO ketika mereka tour bersama.

Muncullah Uli Jon Roth; yang sangat berinfluensekan Jimi Hendrix di dalam Scorpions. Beliau membawa influense itu kepada tahap yang lebih tinggi, mengeksploitasi bunyian gitar yang lebih keras dan menggunakan sistem tremolo yang kuno pada Fender Stratnya untuk mendapatkan bunyi yang lebih menggerunkan.
1. Speedy's Coming (Rudolf Schenker, Klaus Meine) – 3:33 ialah opening track album ini yang sangat ganas. Mulanya dengan 'growl' tremolo Uli Jon Roth yang kemudian disambut dengan stroke drum Jurgen Rosenthal. Vokal Klaus Meine untuk lagu ini pada gua setaraf dengan keganasan vokal Death/Black Metal ketika ini. Raw dan energetik! Dengarkan tarikan korus Meine yang inhuman itu. 9/10

- semua muka stim dadah hehehe... perhatikan seluar bootcut dan joget kaki Klaus Meine yang 70s tu hehehe... Oh ye, Rudolph Schenker dah pakai Gibson V sejak dari dulu lagi (Flying V man). Versi video ni ada lain sikit dari album. Tak pasti rekoding ni miming ke atau memang live.

2. They Need A Million (Rudolf Schenker, Klaus Meine) – 4:50 bermula dengan intro akustik klasik yang kemudiannya disahut oleh vokal Klaus Meine. Lagu ni pelik sebab ada rupa macam Spanish punya joget. Gua pun tak pandai nak describe tapi kalau dengar betul-betul dia punya riffs gitar combined dengan groove drum tu, memang Mediterranean punya influense. 7/10

3. Drifting Sun (Ulrich Roth) – 7:40 adalah lagu nukilan gitaris hebat kita ni. Bukan itu sahaja, beliau mengambil alih tugas Klaus Meine sebagai vokalis utama dan meletakkan En. Meine kita sebagai backing je. So part yang perlu tarik tinggi high pitch tu, kedengaran la suara Meine. Influense Jimi Hendrix kedengaran pada lagu ini iaitu vokal berselang dengan fill in guitar solos (sape yang dah biasa dengan Jimi Hendrix pasti faham). Uli Jon Roth memang banting habis tremolo Fender Strat dia dalam lagu ni. Memang ekstrim gila. Dan gua kagum dengan cleanliness solo beliau. Dan keganasan bunyi gitar beliau juga gua kagumi. Ini tahun 1974 beb. Gua pun lahir setahun lepas ini album rilis. Kena dengar untuk percaya!!! 10/10
4.
Fly People Fly (Rudolf Schenker, Klaus Meine) – 5:02 Ahh... lagu ni. Guitar intro yang sangat terikat kemas dalam memori gua.Takkan lu orang lupa kot. Kalau makan kat warung zaman 80's dulu, selalu ada jukebox dengan singles/7", pasti lagu ini ada sekali. Feveret! Gua tak pasti nak letak lagu ni dalam kategori apa. Nak kata ballad, tak ballad. Maksud aku tak mendayu seperti yang kita selalu dengar. Solo Uli Jon Roth dalam lagu ni memang kvlt habis. Gua ingat masa kecik-kecik gua dan Azmaniac (of Langsuyr) main air-guitar bersama dengan lagu ni. Masa solo, kami dua-dua menyolo. Tak boleh tahan deh. 10/10

5. This Is My Song (Rudolf Schenker, Klaus Meine) – 4:14 Solo intro ni Azmaniac gelarkan sebagai bunyi gatal/miang hahaha... gua setuju dengan deskripsi beliau. Lagu ni rilek sikit. Tapi solo Uli Jon Roth tetap meng-uli. Uli Jon Roth memang tak bagi chance punya. Maklumlah, album pertama. Kot tak sempat dengan album kedua, at least dapat show kehebatan dalam album ni. 7/10

- Uli Jon Roth pakai gitar Firebird instead of Fender Strat. Mungkin kerana lagu ni tak perlukan tremolo bashing. Jorgen Rosenthal, drummer hebat tapi malang main satu album je. Stail Jorgen memang progresif zaman tu, banyak stroke tak boleh duduk diam. Muka stim dadah ahli band kesemuanya kekal hehehe...


6. Far Away (Rudolf Schenker, Michael Schenker, Klaus Meine) – 5:39 Lagu ballad yang masih belum betul-betul ballad. Ada resemblance dengan lagu In Trance (dalam album In Trance - kemudiannya). Probably lagu paling weak dalam album ini tapi masih tak boleh diletakkan sebagai worse song semata-mata kerana solo gitar Uli Jon Roth dengan wah yang dasat tu. 6/10
7. Fly to the Rainbow (Michael Schenker, Ulrich Roth) – 9:32 Haaaa... pandai mereka meletakkan klimaks pada akhir album. Lagu epik ini dimulakan dengan akustik guitar work yang berselirat. Tak pasti sapa yang main. Uli ataupun Rudolph. Rudolph pun dasat bab akustik ni. Anyway, selepas beberapa ketika akustik tersebut, Klaus Meine memasukkan vokalnya dengan gaya yang 'angelic' untuk appreciate melodi akustik yang berselirat tersebut. Apabila masuk main riffs, solo melodi Uli Jon Roth pun masuk. Memang masuk sungguh melody line Uli ni. Gua rasa dia ni ada sense of melody yang accurate ah. Tapi highlight sebenar lagu ini ialah apabila masuk part intermission kat tengah ketika overall lagu menjadi slow dan psychedelic. Part ini dibacking dengan bunyi organ (Hammond?) dan Uli Jon Roth menggentel ala Jimi Hendrix. Ada beberapa layer gitar Uli Jon Roth ketika ini. Uli Jon Roth sendiri menyanyikan bait lirik ketika ini seolah-olah sasterawan membaca sajaknya yang syahdu. Tempo dan suasana lagu menjadi hangat kembali lebih kurang seminit sebelum habis. Uli Jon Roth untuk ultimatenya menghayun dan menyeksa tremolo Fender Stratnya untuk mendapatkan bunyi yang sangat-sangat mengkagumkan! Gila best! 10/10


- takde original video. Ini adalah Uli Jon Roth solo tahun 2006 bersama dengan gitar kvlt beliau, Sky Guitar (gitar custom made - 7 strings dipakai even sebelum popular dengan Steve Vai).

Eh... mana ke pulak gua petik ni?

Monday, May 19, 2008

Gua rilek kejap

Gua takde bahan nak tulis kat Krenmaut sekarang ni. Kena tunggu ilham atau bahan sampai baru gua tulis ah.

Sementara tu, lu boleh layan gua rebiu sikit DVD gua nengok. Lu klik sini ah http://wayanggambar.blogspot.com/

Friday, May 16, 2008

Gua nak beli kamera DSLR... tolong!

Gua rasa dalam sebulan dua ni gua dapat duit lebih pasal gua kijer kat Uni gua jadi tutor kat budak-budak undergrad. Gua campur tolak semua, gua rasa dapat la gua belanja nak beli kamera DSLR.

Tapi gua tak tau mana nak beli. Maklumlah, gua selama ni pakai kamera cabuk je. Sekarang ni dah nak jahanam dah pun. Kejap kabur, kejap jam... macam-macam.

So gua sekarang nak upgrade la pada yang lebih sempoi sikit kan... gua tengok gambar-gambar yang pakai DSLR lawaaaa aahhhh... gua pun nak amik gambar lawa-lawa jugak.

Gua dan shortlist kepada dua jenis la. CANON dengan NIKON


Nikon D40x DSLR vs Canon EOS 400D Digital Rebel XTi DSLR

Gua pun tak tau apsal gua pilih dua jenis ni... gua dengar-dengar model dua kat atas tu sesuai la untuk budak baru nak belajar macam gua ni. Tapi kalau lu ada nasihat nak kasi kat gua sebelum gua buat decision merapu, silakanlah tunjuk ajar.

DREAM THEATER Greatest Hits And 21 Other Pretty Cool Songs CD

Lepas Systematic Chaos world tour, nampak gaya Dream Theater pun mengambil langkah yang sama seperti Iron Maiden, meriliskan album best of. Cuma beza, Iron Maiden takde lagu remix/single edit yang dijual kepada public. Kalau ada pun, sekadar bagi kat DJ radio (tu yang buat promo Iron Maiden mahal sokmo!).

First of all, gua menyampah packaging macam ni. Kadbod packaging lepas tu selit CD kat dalam poket dia. CD calar la wehhhh kalau selalu keluar masuk poket tu!!! Ke syarikat rekoding ni ada niat tersirat memang nak suruh CD calar cepat lepas tu peminat teragung yang beli CD tu pun terpaksa beli yang baru? Terpaksa la gua separate CD tu DI LUAR poket. Gua pakai envelope CD. Tapi huduh la sebab terlebih bila kena kapit dengan packaging tu (tengok gambar bawah).
Dalam booklet, Portnoy menulis kepada pembeli sebagai wakil band. Beliau kata, nak buat Greatest Hits ni memang dah lama tapi tak jalan-jalan. Lepas tu beliau kata, ideanya patut ada 3 sides: 1. The Dark Side (lagu-lagu yang paling Metal) 2. The Light Side (lagu-lagu yang melodik dan ada unsur-unsur komersil yang tak disengajakan) dan 3. The Progressive Side (lagu yang panjang-panjang dan epik). Obviously, susah la nak masuk part 3 tu sebab dalam 70 minit durasi CD, dapat la 3-4 lagu epik. Baik beli album je terus.

Lagu-lagu yang single edit gua tak berkenan sebab depa delete part-part instrument bergaduh tu. Biasa la, mat-mat rempit peduli apa dengan part instrument bergaduh tu. Janji sampai korus sudah. Tapi gua sebagai peminat gitar tersohor, Steve Vai, Malmsteen, Uli Jon Roth dan peminat instrument bergaduh ni mesti la nak dengar instrument bergaduh.

Yang best boleh selalu dengar (dengan syarat lu dah ada lain-lain album la), ialah lagu-lagu remix. For example, gua dengar lagu Pull Me Under dengan Take The Time (dari album Images & Words), gua dapat dengar keyboards yang gua rasa masa original mix samada terlampau ke belakang atau hilang terus.

Gua rasa bagi follower band ni, yang edit dan remix tu extra la.

Bagi new fan, gua rasa seleksi lagu-lagu ni dah kira OK. Cuma kalau lu nak dengar lagu-lagu epik Dream Theater ni, tak boleh la dengan album kompilasi ni. Lu kena dengar A Change Of Seasons (epik dalam album EP dengan nama yang sama) ataupun Trial Of Tears (dari album Falling Into Infinity) maupun Metropolis (dari album Images & Words). Tu semua lu kena beli album yang proper baru lu boleh appreciate betapa gilanya instrument mereka bertelagah dan bergaduh DALAM harmoni.

Disc 1 (The Dark Side):

01. Pull Me Under (2007 Remix)
02. Take The Time (2007 Remix)
03. Lie (Single Edit)
04. Peruvian Skies
05. Home (Single Edit)
06. Misunderstood (Single Edit)
07. The Test That Stumped Them All
08. As I Am
09. Endless Sacrifice
10. The Root Of All Evil
11. Sacrificed Sons

Disc 2 (The Light Side):

01. Another Day (2007 Remix)
02. To Live Forever
03. Lifting Shadows Off A Dream
04. The Silent Man
05. Hollow Years
06. Through Her Eyes (Alternate Album Mix)
07. The Spirit Carries On
08. Solitary Shell (Single Edit)
09. I Walk Beside You
10. The Answer Lies Within
11. Disappear
Sebelum berundur, gua kasi lu layan satu-satunya lagu paling komersil (masuk carta lepas tu terus jadi glamer diorang dari album kedua Images & Words) iaitu Pull Me Under. Note: Ini lagu tahun 80an tau, tu pasal depa punya dressing semua macam glam macam tu tapi muzik depa masa tu, memang canggih aahhh...

Tuesday, May 13, 2008

Penat otak...

Otak boleh penat tak? Kalau boleh, camana penat dia?

Gua memang tak penah keje kuat secara fizikal ni. Gua dah decide dari awal lagi, gua tak mau kije fizikal ni sebab gua tau gua tak mampu. Gua cepat letih. Gua tak tahan panas. Gua tak suka jalan. Gua tak suka travel naik kereta trapped in traffic jam.

Gua nak kije ofis je. Dok dalam ofis, ada aircond... rilek cenggitu.

Dulu masa gua pratikal kat satu company consultant kat Ipoh ni (1997), gua buat design sikit. In fact, sebab company gua pun tak cukup staff, gua betul-betul design. Terus jadi drawing nak construct gua punya design. Tapi gila ah... balik ofis gua terus flat. Otak bengkak je rasa berdenyut-denyut. Orang tengok gua, eleh... kije ofis pun flat ka?

Tapi betul... bila lu push lu punya otak, memang penat woooo... tu pasal student lepas exam selalunya depa bantai tidur sampai 12 jam sekali harung.

Sepanjang minggu lepas, gua prepare report ni sekali dengan analisis. Tonggang terbalik gua dalam bilik. Tonggang terbalik in the sense, masa menaip gua kena bagi evidence. Evidence ni pulak gua kena pikir, kena relate dengan apa yang telah berlaku.

Walaupun fizikal gua tak tonggang terbalik, tapi otak gua la tonggang terbalik. Kadang-kadang sampai kena cakap sorang-sorang. Konon nak convinve diri sendiri la evidence gua tu strong. Padahal hampeh!

Tadi gua nak present gua punya report kat gua punya supervisor. Report pun tak siap, ada part gua tak habis lagi. Tapi gua rasa supervisor gua puashati sebab nampak gua punya report tebal dan kebanyakan soalan gua boleh jawab.

Gua perati supervisor gua... dia pun dok tonggang terbalik (otak dia). Ada benda yang dia nak paham, tapi tak paham. Dia tak paham, gua pun susah la nak paham. Pengalaman 20 tahun wooooo... Dalam bidang yang gua buat ni, dia antara yang femes...

20 tahun pengalaman pun tonggang terbalik, apa lagi gua yang terhegeh-hegeh ni...

(Gua masa tengah flat otak, gua terbayang... kat syurga besok -amin- gua nak rilek tidur dulu puas-puas... dah puas tidur baru gua layan dayang-dayang dan aweks yang ada kat syurga)

Gua flat malam ni. Gua nak rilek... layan I Am Legend. Sambil makan garlic bread cecah sup cendawan.

Otak overdose!

------------------------------

Ropa-ropanya, atlit pun boleh penat pasal otak dah penat... gua cut paste sikit pasal artikel New Scientist ni huhuhu....

Fatigue is in the mind, not the muscles, suggests a new study. But it can still have a serious impact on athletic performance. The finding could lead to treatments for conditions like chronic fatigue syndrome, or the development of illicit performance-enhancing drugs.

Traditionally, fatigue was viewed as the result of over-worked muscles ceasing to function properly. But evidence is mounting that our brains make us feel weary after exercise (New Scientist print edition, 20 March). The idea is that the brain steps in to prevent muscle damage.

teruskan BACAAN

Monday, May 12, 2008

IRON MAIDEN Somewhere Back In Time CD

Gua excited pulak album ni rilis. Mungkin wa pun terkena hype album Somewhere Back In Time (SBIT) ni. Maklumlah, tour grand Iron Maiden kan. Bawak kapalterbang sendiri.

Kat sini iklan keluar official rilis 10th May (semalam). Wa dah plan nak beli on the date of rilis. So semalam wa pergi kedai dengan pakai baju Iron Maiden A Real Live One. Konon peminat sejati la tu. Cashier buat donno je. Dan takde pun fellow Maidenist dalam kedai. Hampeh!

(Tengok kat Amazon.com, official rilis 13th May, fulamakkk... wa kira antara yang terawal pegang ini CD kat dunia hehehe...)

Gitu la peminat Iron Maiden. Lonely huhuhu...

OK ni bukan la album baru in the sense that ada lagu baru. Ini adalah album kompilasi. Rod Smallwood (manager Iron Maiden) tulis dalam booklet kata, ini kompilasi rilis sebab tour SBIT yang sedang berjalan. Depa realize yang masa depa dok tour depa nampak ramai peminat muda dan baru. Antara mereka ada yang first time tengok, ada yang baru nak belajar minat, ada yang ikut kawan pi tengok. Semua baru la tu. So untuk memudahkan mereka nak dengar sekali harung, depa rilis ini kompilasi.
(Lu jangan tanya gua apsal gua beli... gua memang kolektor <--- ayat riak) Lagipun gua teruja dengan artwork yang cun. Lama dah depa tak rilis album DENGAN artwork yang cun. A Matter Of Live and Death tu OK la not bad. Tapi nak tengok depa rilis artwork lukis kartun tu rasanya last sekali No Prayer For The Dying la kot? OK ini kompilasi compiled Iron Maiden 1980-1989. So dari album first sampai la Seventh Son Of A Seventh Son. Atau dengan lain perkataan, sampai zaman Adrian Smith (hehehe..). Seleksi lagu camana? Susah tu, zaman ni la kira zaman peak Iron Maiden nih. Mengalahkan pop star. Kalau lu rajin, lu boleh folo gua komen lagu-lagunya (kena paham ini album khas untuk new fan).
1. Churchill Speech 0:51
Ini intro sangat sesuai ah... dramatik dan suspens.

2. Aces High (Live) 4:36
Terus masuk ini killer song. Gua tak boleh pikir lain lagu paling bagus masuk lepas intro Churchill's Speech ni. Memang kasi semangat nusantara naik meremang bulu roma la. Rasa nak melompat jerit... YEARRRGHHH!!!

3. 2 Minutes To Midnight (Album Version) 6:01
Gua rasa lagu ni tak patut masuk ah. Probably patut tukar lagu lain dari album lain kasi ganti. Sebab? Errr... gua rasa lagu ni tak berapa best heheheh...(ketawa takut kena balun dengan otai Iron Maiden)

4. The Trooper (Album Version) 4:12
Fuh ini lagu memang kalau tak masuk, gua tak tau apa sudah jadi dengan kepala Rod Smallwood (assuming dia yang compile album ni). Foot thumping and fist raising punya lagu. Probably among the most recognize Iron Maiden song.

5. Wasted Years (Album Version) 5:07
Ceh... lagu paling komersil nampak? Gua rasa sesuai sebab probably ada mamat baru tu baru je convert dari indie ataupun grunge. Sesuai la. Lagu ni gua rasa all rounder la. Nak masuk Radio ERA pun OK, management takde bantahan.

6. Children Of The Damned 4:36
Best! Ada element progresif sikit. The intensity built up from the plucking part. Bass running Mr Harris pun best gitu. Feel. Nanti peminat baru dengar kata, ooohhh... OK gak depa punya feel buat lagu, takde la nak kangkang je.

7. The Number Of The Beast (Album Version) 4:52
Album ni memang seminal sebab melonjakkan Iron Maiden terus ke persada muzik antarabangsa. Tapi gua ada reservation sikit pasal lagu ni. Tak berapa best hehehe... (sekali lagi, ketawa cuak).

8. Run To The Hills (Album Version) 3:55
Lagu simple tapi anthemic. Tak berapa best dengar album version. Better depa taruk live version baru dapat feel sebenar.

9. Phantom Of The Opera (Live) 7:10
Errr... live version? Nampak macam mau erase Paul Di'Anno je. Walaupun wa setuju ini versi best tapi why not kasi yang ori versi. At least new fan tau la ini Iron Maiden bukan Bruce Dickinso je. Paul Di'Anno pun ada jasa apa?

10. The Evil That Men Do 4:34
Aduh... album SSOASS ni la paling progresif tapi letak lagu paling tak progresif. Infinite Dreams la letak!!! Clairvoyant ke...

11. Wrathchild (Live) 3:05
TAK SETUJU!!! Album versi lagi best. Weh... tak aci la buang Paul Di'Anno!

12. Can I Play With Madness 3:31
Hampeh! Lagu ni paling straight-forward dalam album SSOASS. Nak amik lagu straight forward, amik la dari album lain. Gua rasa Wasted Years pun dah cukup.

13. Powerslave (Album Version) 6:49
OK gak lagu ni. Ada gaya-gaya arabic sikit dengan a bit progresif. Heavy.

14. Hallowed Be Thy Name (Album Version) 7:13
Gua prefer live version. Album version agak kering sikit sound dia. Tapi bagus masuk dalam kompilasi ni sebab banyak band dok cover lagu ni. So kena ada original song untuk comparison (nak compare apa pun, lagu ni memang rule!)
15. Iron Maiden (Live) 4:22
Di'Anno! Di'Anno! Di'Anno! Tak aci weeehhhhh...

Dua benda wa tak puashati. 1. Depa buang Paul Di'Anno. 2. Seleksi lagu dari album SSOASS lagu yang tak berapa sesuai untuk represent era Iron Maiden masa tu.

Tapi as a kompilasi album untuk n00b, OK la kot. Gua yakin lepas dengar ini album sure depa akan cari album yang lain-lain punya.

Sunday, May 11, 2008

Tali pinggang keledar for kids

Kecoh kat Malaysia pasal wajib pakai tali pinggang keledar dalam kereta especially bila masuk bab kanak-kanak. Ada orang marah-marah. Ada yang pening. Ada yang kata ini semua politikal.

Gua rasa isu keselamatan lagi penting.

Kat sini, masa gua satu family sampai terkejut gak pasal undang-undang bab pakai tali pinggang keledar ni very strict. Lu kena tangkap sekali tak pakai, pemandu ke pembonceng ke, takde maaf punya. Sebab diorang ada statistik, berapa banyak orang mati eksiden pasal tak pakai tali pinggang keledar. Kat Malaysia wa tak tau la samada dah buat kajian ke tak. Kat sini, yang mati pasal tak pakai memang banyak le. Tu pasal depa buat ini undang-undang.

OK bab kanak-kanak ni maybe kita tak berapa clear. Apa nak pakai? Gua try test cuba explain kat lu orang eh. Ada dua jenis sebenarnya:


1. Untuk bayi umur lebih kurang sampai 2 tahun.

Ini seat biasanya boleh guna dua cara. Macam kat gambar wa letak ni one position iaitu bila baby tu dah kuat tulang belakang dan boleh duduk. Ini seat kasi lock dengan tali pinggang kereta. Lepas tu atas seat tu sendiri ada tali pinggang ah. Memang safe sebab strap abih kat baby. Lu tengok baby gua, walaupun sedaya upaya nak rilis, tak dapat nak rilis diri hehehe...

Lagi satu position bila lu kasi terlentang itu baby seat mengadap ke belakang. Ni posisi bila baby tak kuat tulang belakang ah. Ini posisi memang best sekali dengan henjutan kereta, memang lena la baby macam dalam buai gitu.

Harga? Sini dalam $150 yang murah-murah punya. (RM lu kasi convert sendiri ah).


2. Ni untuk kanak-kanak yang height dia tak cukup untuk pakai tali pinggang keledar kat dalam kereta. So ini seat kasi tinggi sikit la kedudukan kanak-kanak tu. Letak je atas seat kereta lepas tu strap terus. Simple.


Harga? Dalam $50.

Dulu gua teringat masa kat Malaysia gua bawak anak-anak gua naik kereta. Nak pakai tali pinggang tak cukup pasal budak kecik sangat. Dah tu lu tau la kan, budak-budak mana nak duduk diam. Berapa kali tergolek dalam kereta tu bila brek. Gua marah la kan, gua ingat salah anak gua. Padahal salah bapaknya. Mana la budak-budak nak reti duduk diam dalam kereta. Unless lu ikat dia kat seat tu. Kalau anak lu tak dok diam gak walaupun kena ikat, haaaa tu lu kena jumpa kaunselor la hehehe...

Bini gua pun kata OK sikit ada benda ni. Takde la kecoh sangat dalam kereta. Budak-budak ni nak kecoh pun terikat je la. Cuma bila baby tu nak susu, terpaksa la kendong kejap kasi (susu badan ah). Dah rilek gitu, kasi duduk balik. Budak-budak ni dilatih dalam 3-4 hari dah boleh dok diam atas seat tu.

So itu dia moga dapat kasi clear sikit kat lu orang apa itu child seats. Gua setuju ianya digunakan kat Malaysia. Gua tau la ajal tu di tangan Allah s.w.t. tapi usaha kena jugak. Ala, dari lu abis duit beli rokok ke, DVD ke, CD ke... apa salah belanja sikit untuk anak-anak. ANAK LU JUGAK APA!!! hehehe...

SELAMAT MENCOBA!

Saturday, May 10, 2008

IRON MAIDEN dalam tutorial

Minggu lepas wa jaga tutorial budak2 arkitek 2nd year ni... Depa ada satu subjek for "preliminary design". Malas wa nak explain, lu tanya orang yang lebih terer la senang...

Anyway, ada sorang budak ni rambut panjang pakai baju Iron Maiden tour Somewhere Back In Tour (SBIT). Wa perati je la... nak sembang tak leh sebab budak2 dok angkat tanya nak perhatian wa yang konon terer menjawab soalan...

Bila dah agak reda, wa pi kat mamat ni.. wa ajak sembang la. Tanya show mana dia tengok. Dia quite surprise bila wa tanya (tak sangka la tu)... dia kata kat Sydney... alih tengok 1-2 orang kawan keliling pun join sekali sembang sebab depa pergi sekali dengan budak ni.

Mula depa plan nak pi Melben (sebab dekat dari Sydney) tapi tiket habis. So pergi la ke Sydney beli tiket Silver. Ropa-ropanya, tiket silver pun 50m dari stage. Manusia atas stage nampak halus la jugak. Baik beli tiket biasa je...

Wa tanya mamat pakai baju tu, are you a fan? Dia gabra kot wa tanya... takut kena cas poser ke apa... dia kata ada la sikit CD ngan baju...

Wa dengan riaknya kata wa folo/minat dari tahun 1985. And an avid fan... mueheheh...

1986? I was not even born yet! Kata budak tu. :smile:

Oh ye baju yang dimaksudkan ialah baju di bawah. Aku pun ada walaupun tak pergi tengok. Terima kasih eBay!

On a similar note, CD kompilasi SBIT ni akan rilis tak berapa lagi. Track semua dah ada sebenarnya, tapi artwork CUN GILA!!!!

p/s: Tadi kelas yang sama, budak tu dengan sorang lagi kawan dia pakat pakai baju Maiden SBIT tu... cehhhh... nak ajak wa pakai sekali ke minggu depan?

Friday, May 09, 2008

The WILHELM Scream

Posting cut and paste http://wayanggambar.blogspot.com (blog aku juga, only dedicated to film review). Rasa menarik jugak kita tahu benda ni. Very, very interesting...

---------------------------------------

Aku terjumpa dua kali berkenaan dengan Wilhelm Scream ni masa bukak trivia filem kat imdb.com. First aku tak ingat filem apa tapi aku perasan perkataan Wilhelm Scream ni cuma aku tak ambil peduli.

Dan kejap tadi aku bukak trivia filem The Invisbile (2007) keluar lagi Wilhelm Scream ni. Ditulis...

WILHELM SCREAM: About 25 minutes into the movie, when a guy gets thrown in a swimming pool.

Pelik? Aku pun pelik... pebende Wilhelm Scream ni? Aku buat google sikit.

Rupa-rupanya Wilhelm Scream ni adalah satu jenis rakaman jeritan yang digunakan direcycle oleh banyak filem. Asalnya dari Distant Drum (1951). Zaman tu memang overdub dilakukan kat studio selepas habis shooting. So scene seorang askar masa tengah mengharung paya dibaham dek buaya. Masa ni lah overdub jeritan tu dibuat.

So, jeritan tu di archive oleh studio.

Bila ada filem baru nak overdub, diorang malas nak rakam balik jeritan, depa pergi kat archive dan pakai la jeritan ni balik.

Tak perasan, rupa-rupanya banyak dah filem dok recycle jeritan ni. Tapi ada sorang yang perasan.

Yang perasan ialah Ben Burt, peminat sound efek. Dia perasan yang banyak filem dok guna jeritan yang sama. Bila ni dah diketahui umum dan rasa macam ada aura kult, banyak filem pulak yang selit jeritan ni.

Hehehe... kelakar. Overdub jeritan yang kult!

Baca sini http://www.hollywoodlostandfound.net/wilhelm.html

Lepas tu tengok kompilasi jeritan Wilhelm Scream kat bawah...





Wednesday, May 07, 2008

Dari Hope Valley ke North Terrace

Selalunya aku ke Uni dengan bas. Tapi disebabkan kerana aku kena pergi beli barang lepas ke Uni, aku terpaksa bawak kereta. Perjalanan dari pintu rumah sampai ke Uni, ambil masa hampir 40 minit.

------ kasi klik gambar kalau mau tengok besar ----------------

Dari rumah, keluar ke jalan utama iaitu Grand Junction Road namanya. Nota: cuaca mendung dan agak dingin. Ada gerimis hujan sikit. Masa 3 minit.

Dari Grand Junction Road pulak konar kiri masuk North East Road. Ini jalan terus pergi ke bandar. Uni memang kat tengah-tengah bandar pun. Masa 15-20 minit.

McDonald... geram siut... tak leh makan weh... HARAM!

Stesen minyak Shell. Kalau lu beli kat supermarket Coles lebih dari $30, lu dapat kupon less 4 cent per liter untuk petrol. Ini harga minyak berubah beberapa kali sehari. Always beli masa harga rendah.

Ni Melbourne Street, dah nak sampai city. Tempat kira macam Bangsar la kot. Gua pun tak pernah lepak ah. Wa amik gambar sebelah tangan ni. Tangan lagi sebelah pegang stereng. Gila terer.

Kereta gua, parking. Ni jauh lagi dari Uni ni. Kena menapak dalam 15 minit. Lagi jauh dari city centre, lagi murah parking. Kat sini bayar dalam $1 sejam. Kalau dekat lagi probably $2 sejam. Gua parking lama, so jauh-ja
uh sikit pun takpe. Lagipun, wa perlukan exercise heheheh...

Ni walkway cum jogging path... wa dah start menapak ni.


Kat walkway ni lu pandang kiri nampak sungai (buatan wa rasa). Kat area sini kira macam park la... lu nak terlentang, nak berkelah apa semua boleh.


Ini walkway sudah pecah dua, satu ikut atas jambatan satu lagi bawah jambatan. Wa nak cepat wa jalan atas jambatan. Lain tahun wa jalan bawah jambatan eh... wa dah lambat nak kasi tutor budak2 ni... aduh....

Atas jambatan... tu depan Adelaide Zoo. Uni tak nampak lagi tau...

Gate Adelaide Zoo. Dewasa $20. Wa dah masuk dua kali dah heheheh...

Lu rajin baca la sejarah Adelaide Zoo ni. Wa buat donno je sebab dah manyak kali lalu dan tak minat nak baca.

Eh... tu bas wa la... 271. Lain kali wa cerita pasal bas ni.

Ni meter parking... aiya... tak yah cerita la pasal ni.

Haaaa... ni pulak Botanical Garden. Just lepas Adelaide Zoo. Kat sini selalu buat open air concert ala2 World Music gitu. Wa tak join. EFEH!

Lagi serenity of Botanical Garden.

Bayang2 Uni sudah nampak... wa nak tunjuk gambar pokok musim Autumn bukan nak tunjuk awek depan aaaa...

Motor kecik2 ni sah2 golongan student punya.

Sini aaa pedestrian orang hormat. Bukan main langgar je macam kat malaya...

Student tengah menyepak "footie". Mainan glamer kat ostolia. Tapi wa nengok boring je... tak paham. Wa masih menapak ni... gila tak sampai2 lagi huhuhu....

Haaaa... ni bangunan Uni wa tapi bukan faculty wa la... Ni fakulti petroleum. Macam kat malaya, Petronas rules la kan. Kat sini yang rules nama dia SANTOS.

Bangunan faculty wa yang depa roboh nak buat baru. Tapi wa punya ofis masih lagi olskool.

Pintu masuk department wa.

Ehhh... dah habis pulak... tapi dah sampai la ni... jenuh menapak 15 minit. Harap-harap balik malaya wa jadi slim heheheh...