Wednesday, May 07, 2008

Dari Hope Valley ke North Terrace

Selalunya aku ke Uni dengan bas. Tapi disebabkan kerana aku kena pergi beli barang lepas ke Uni, aku terpaksa bawak kereta. Perjalanan dari pintu rumah sampai ke Uni, ambil masa hampir 40 minit.

------ kasi klik gambar kalau mau tengok besar ----------------

Dari rumah, keluar ke jalan utama iaitu Grand Junction Road namanya. Nota: cuaca mendung dan agak dingin. Ada gerimis hujan sikit. Masa 3 minit.

Dari Grand Junction Road pulak konar kiri masuk North East Road. Ini jalan terus pergi ke bandar. Uni memang kat tengah-tengah bandar pun. Masa 15-20 minit.

McDonald... geram siut... tak leh makan weh... HARAM!

Stesen minyak Shell. Kalau lu beli kat supermarket Coles lebih dari $30, lu dapat kupon less 4 cent per liter untuk petrol. Ini harga minyak berubah beberapa kali sehari. Always beli masa harga rendah.

Ni Melbourne Street, dah nak sampai city. Tempat kira macam Bangsar la kot. Gua pun tak pernah lepak ah. Wa amik gambar sebelah tangan ni. Tangan lagi sebelah pegang stereng. Gila terer.

Kereta gua, parking. Ni jauh lagi dari Uni ni. Kena menapak dalam 15 minit. Lagi jauh dari city centre, lagi murah parking. Kat sini bayar dalam $1 sejam. Kalau dekat lagi probably $2 sejam. Gua parking lama, so jauh-ja
uh sikit pun takpe. Lagipun, wa perlukan exercise heheheh...

Ni walkway cum jogging path... wa dah start menapak ni.


Kat walkway ni lu pandang kiri nampak sungai (buatan wa rasa). Kat area sini kira macam park la... lu nak terlentang, nak berkelah apa semua boleh.


Ini walkway sudah pecah dua, satu ikut atas jambatan satu lagi bawah jambatan. Wa nak cepat wa jalan atas jambatan. Lain tahun wa jalan bawah jambatan eh... wa dah lambat nak kasi tutor budak2 ni... aduh....

Atas jambatan... tu depan Adelaide Zoo. Uni tak nampak lagi tau...

Gate Adelaide Zoo. Dewasa $20. Wa dah masuk dua kali dah heheheh...

Lu rajin baca la sejarah Adelaide Zoo ni. Wa buat donno je sebab dah manyak kali lalu dan tak minat nak baca.

Eh... tu bas wa la... 271. Lain kali wa cerita pasal bas ni.

Ni meter parking... aiya... tak yah cerita la pasal ni.

Haaaa... ni pulak Botanical Garden. Just lepas Adelaide Zoo. Kat sini selalu buat open air concert ala2 World Music gitu. Wa tak join. EFEH!

Lagi serenity of Botanical Garden.

Bayang2 Uni sudah nampak... wa nak tunjuk gambar pokok musim Autumn bukan nak tunjuk awek depan aaaa...

Motor kecik2 ni sah2 golongan student punya.

Sini aaa pedestrian orang hormat. Bukan main langgar je macam kat malaya...

Student tengah menyepak "footie". Mainan glamer kat ostolia. Tapi wa nengok boring je... tak paham. Wa masih menapak ni... gila tak sampai2 lagi huhuhu....

Haaaa... ni bangunan Uni wa tapi bukan faculty wa la... Ni fakulti petroleum. Macam kat malaya, Petronas rules la kan. Kat sini yang rules nama dia SANTOS.

Bangunan faculty wa yang depa roboh nak buat baru. Tapi wa punya ofis masih lagi olskool.

Pintu masuk department wa.

Ehhh... dah habis pulak... tapi dah sampai la ni... jenuh menapak 15 minit. Harap-harap balik malaya wa jadi slim heheheh...











5 comments:

  1. aku dulu katak bawah tempurung..bila aku pegi nengok Maiden tu hari kat Perth..minda aku terus terbuka..then aku realise di luar sana tu bermacam2. Tapi mahal la..kalo dekat bleh naik feri ke hapa ke kan senang kan. Soalan..ko tak mau travel2 ke naik ketapi ke hapa ke round2 satu ostaylia?

    ReplyDelete
  2. nak travel? ada niat tapi tengah dok plan. Tapi tak le segrand nak travel satu ostolia ni... dapat quarter pun dah grand.

    Lagipun family besar... susah wooo...

    ReplyDelete
  3. ermm cam ner eh ras idup merantau obesi.. mesti byk cabaran eh

    ReplyDelete
  4. kata orang hujan batu di negeri sendiri... nak balik!!!!

    huhuhu...

    tapi sekali sekala dok luar ni bagus jugak... mengembangkan minda sikit. Tak le "terlampau" Melayu jadinya.

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:26 PM

    sKunk dah jadik tErLamPau maT saLeh la nEh??
    huHuhu

    ReplyDelete