Kecoh kat Malaysia pasal wajib pakai tali pinggang keledar dalam kereta especially bila masuk bab kanak-kanak. Ada orang marah-marah. Ada yang pening. Ada yang kata ini semua politikal.
Gua rasa isu keselamatan lagi penting.
Kat sini, masa gua satu family sampai terkejut gak pasal undang-undang bab pakai tali pinggang keledar ni very strict. Lu kena tangkap sekali tak pakai, pemandu ke pembonceng ke, takde maaf punya. Sebab diorang ada statistik, berapa banyak orang mati eksiden pasal tak pakai tali pinggang keledar. Kat Malaysia wa tak tau la samada dah buat kajian ke tak. Kat sini, yang mati pasal tak pakai memang banyak le. Tu pasal depa buat ini undang-undang.
OK bab kanak-kanak ni maybe kita tak berapa clear. Apa nak pakai? Gua try test cuba explain kat lu orang eh. Ada dua jenis sebenarnya:
1. Untuk bayi umur lebih kurang sampai 2 tahun.
Ini seat biasanya boleh guna dua cara. Macam kat gambar wa letak ni one position iaitu bila baby tu dah kuat tulang belakang dan boleh duduk. Ini seat kasi lock dengan tali pinggang kereta. Lepas tu atas seat tu sendiri ada tali pinggang ah. Memang safe sebab strap abih kat baby. Lu tengok baby gua, walaupun sedaya upaya nak rilis, tak dapat nak rilis diri hehehe...
Lagi satu position bila lu kasi terlentang itu baby seat mengadap ke belakang. Ni posisi bila baby tak kuat tulang belakang ah. Ini posisi memang best sekali dengan henjutan kereta, memang lena la baby macam dalam buai gitu.
Harga? Sini dalam $150 yang murah-murah punya. (RM lu kasi convert sendiri ah).
2. Ni untuk kanak-kanak yang height dia tak cukup untuk pakai tali pinggang keledar kat dalam kereta. So ini seat kasi tinggi sikit la kedudukan kanak-kanak tu. Letak je atas seat kereta lepas tu strap terus. Simple.
Harga? Dalam $50.
Dulu gua teringat masa kat Malaysia gua bawak anak-anak gua naik kereta. Nak pakai tali pinggang tak cukup pasal budak kecik sangat. Dah tu lu tau la kan, budak-budak mana nak duduk diam. Berapa kali tergolek dalam kereta tu bila brek. Gua marah la kan, gua ingat salah anak gua. Padahal salah bapaknya. Mana la budak-budak nak reti duduk diam dalam kereta. Unless lu ikat dia kat seat tu. Kalau anak lu tak dok diam gak walaupun kena ikat, haaaa tu lu kena jumpa kaunselor la hehehe...
Bini gua pun kata OK sikit ada benda ni. Takde la kecoh sangat dalam kereta. Budak-budak ni nak kecoh pun terikat je la. Cuma bila baby tu nak susu, terpaksa la kendong kejap kasi (susu badan ah). Dah rilek gitu, kasi duduk balik. Budak-budak ni dilatih dalam 3-4 hari dah boleh dok diam atas seat tu.
So itu dia moga dapat kasi clear sikit kat lu orang apa itu child seats. Gua setuju ianya digunakan kat Malaysia. Gua tau la ajal tu di tangan Allah s.w.t. tapi usaha kena jugak. Ala, dari lu abis duit beli rokok ke, DVD ke, CD ke... apa salah belanja sikit untuk anak-anak. ANAK LU JUGAK APA!!! hehehe...
SELAMAT MENCOBA!
comelnya anak lu brooo
ReplyDeleteai.. aku kene kawin cepat mcni..
aha cute miut tentera ngko la bentara
ReplyDelete