Sunday, March 09, 2008

Politik dan muzik ekstrim Metal di Malaysia

Sempena selesainya Pilihanraya Umum ke-12 ini aku terpanggil untuk melihat muzik Metal di sudut yang tidak popular.

Ye, politik dan muzik ekstrim Metal di Malaysia bukanlah sesuatu yang sinonim. At least dalam senario tempatan.

Buktinya? Kalaupun ada, mesti berkerut dahi memikirkan, band
yang mana?

Politik yang aku maksudkan ialah, mengulas isu-isu semasa yang berkaitan dengan keadaan kehidupan di negara kita yang tercinta ini, Malaysia. Ye, fikir lagi dan cuba ingati mana band? Tak jumpa? Itulah yang kufikirkan juga.

Yang aku pasti, majoriti band ekstrim Metal tempatan menolak politi
k atas dasar... hmmm... aku pun tak pasti. Terlampau serabut untuk ditulis, mungkin? Ataupun ianya terlampau berpijak pada isu yang nyata jika dibandingkan dengan mesej berunsur fantasi yang selalu menjadi topik utama lirik mereka?

Mungkin juga mereka ini non-partisan. Dan isu politik hanya menjadi relevan apabila tiba waktunya untuk mengundi.

Politik menjadi satu topik taboo kepada muzik tempatan. Rat
a-rata apabila ditanya, jawapan mudahnya ialah "Politic sucks" tanpa dilanjutkan kenapa.

Kita faham kalau band itu komersil dan mengharapkan radio play, maka isu-isu sensitif dan politikal pasti akan digam. Tapi kita bercakap mengenai satu jenis muzik yang ekstrim dan hampir mustahil mendapat airplay!

Sebenarnya politik bukanlah suatu topik yang janggal dan luarbiasa pada band ekstrim Metal di luar sana. Contoh paling senang ialah Megadeth. Dave Mustaine mengaku (dan bangga) terhadap kecenderungan beliau dalam politi
k USA. Begitu juga dengan Sepultura yang cenderung kepada isu-isu politik selepas album pertama mereka. Begitu juga dengan Iron Maiden kebelakangan ini (walaupun ia sudah bermula awal dahulu sejak dari single Santuary yang menggambarkan Eddie selesai dengan 'tugasnya' kepada Margaret Thatcher - lihat gambar).


Itu sekadar yang aku ingat dan mudah. Mungkin kalau korang kaji lagi, lagi banyak yang akan timbul dan tersedar.

Namun politik itu bukanlah sesuatu yang dijauhi individu esktrim Metal itu sendiri. Ianya cuma dijauhi as a band. Jika kita layari forum-forum muzik tempatan, terutamanya yang berkait dengan Metal kita akan dapati bahawa individu-individu ini begitu peka sekali terhadap apa yang berlaku di dalam senario politik tempatan.

Mungkin apa yang aku mahu lihat selepas ini ialah band ekstrim Metal tempatan yang mengambil isu-isu politik sebagai subjek mereka. Selain dari memberi kelainan ia juga menampakkan sedikit kecenderungan 'sebenar' individu di dalamnya. Must be interesting to see and hear!

No comments:

Post a Comment