Sori overdue punya review. Tak sempat nak masukkan entry ni sebab ianya 2 hari sebelum aku ulang ke Malaysia. Habis-habis je show penat lepas tu sibuk nak berkemas.
Anyway, yes it's DREAM THEATER! Kiranya cita-cita aku tercapai la nak tengok band yang hebat ini. Menjadi fan mereka sejak aku mendengar ep A Change Of Seasons. Not an ordinary album to be a fan off. Biasanya orang jadi fan bila dengar album Images and Words, tak begitu?
Show ini dijalankan di dalam gudang (?). Hmmm... memang bikin tempat show atau dewan tapi strukturnya kelihatan seperti satu gudang besar. Struktur kerangka besi yang gondol dari finishing sebuah dewan untuk show. Itu yang aku lihat.
Seperti biasa aku datang lewat. Sampai-sampai mereka sudah memulakan persembahan. Mujur mereka ianya adalah lagu pertama. Rambutku diikat kemas, kerana, hey, ini show Dream Theater la! At least kena tunjuk diri tu seolah-olah aku ni seorang gitar hero! Aku ketawa dalam hati menyangkakan mereka2 yang menyedariku tertipu dengan gayaku ini. Hahahaha....
Sebelum masuk ke dalam venue, aku singgah di ruang merchandise dan membeli baju tour mereka. $45. Gulp!
Satu benda yang aku perasan sangat bila aku pandang ke atas stage ialah penampilan LaBrie (vox) yang sudah berjambang. Memang saling tak tumpah rupa beliau macam Glen Benton (Deicide). Hati aku ketawa kegelian membayangkan En Benton menyanyikan lagu Dream Theater. Errr... ada chance ke Dream Theater cover album Deicide in its entirety? Heheheh....
Anyway, ini adalah show paling best selama aku di sini. Sound memang keluar sebijik-sebijik. Selayaknya sebagai satu show yang menampilkan kekuatan struktur lagu dan teknikaliti pemainnya. Kesemua mereka tidak mengecewakan, terutamanya pujaanku Myung yang menggodek bass dengan sepenuh hati. Aku terpaku melihat jari-jarinya menyulam disebalik 6 tali bassnya. Fuh!
Oleh kerana shownya bermula sebelum Maghrib, maka apabila masuk waktu aku terpaksa mencari space yang sesuai untuk solat. Aku memilih untuk melakukannya di sebelah gudang. Setelah mengambil wuduk di toilet, aku melangkah ke ruang tersebut. Actually ianya open air dan terdedah dengan pandangan orang ramai yang datang. Aku menggunakan baju Dream Theater tersebut sebagai alas dan melakukan solat.
OK selesai solat aku kembali menyambung keseronokan ini.
Stage Dream Theater dihiasi dengan skrin besar yang bersilih ganti tayangannya antara animasi dan juga shot mereka di atas stage. Ku perhatikan tiada cameramen di atas stage. Eh, macam mana ek? Setelah beberapa lama baru aku sedar, camera statik yang terletak di beberapa spots di atas stage. Metodologinya begini: Apabila tiba waktu 'tunjuk' skil, contohnya, time solo Petrucci, beliau akan berdiri di hadapan spot beliau di sebelah kanan pentas (from my point of view) dan 'memfokuskan' dirinya di hadapan kamera statik tersebut. Dan skrin akan menayangkan diri Petrucci waktu itu. Hmmm... menarik kerana ia menyelesaikan masalah orang terlalu ramai di atas pentas.
Oh, tatkala Rudess (keyboard) menyolo duet bersama Petrucci, Rudess akan menggunakan keyboard sandangnya dan terus ke hadapan instead of berdiri di spotnya. Oh ye, keyboard beliau memang macam spaceship punya kontrol. Hebat!
Portnoy was playful. And very relax. Tangannya seperti sotong yang melibas ke kiri dan ke kanan dengan begitu natural. Isyy... memang hebat mamat ni. Drum set dah la bapaknya punya besar (in terms of banyaknya benda keliling beliau).
Apabila tamatnya lagu terakhir baru aku tersedar, eh, macam cepat je show ni. Ku perhatikan jam, oh, hampir 2 jam rupanya. Tatkala mereka melakukan bow hormat mereka kepada kami yang hadir, Petrucci berlari ke drum set dan menghentak, dum dum tak dum dum tak. Ah... apa pulak surprise ni? Portnoy mengambil mic dan menyanyikan bait lagu Living After Midnight (Judas Priest) sambil diperhatikan oleh yang lainnya, tergamam. Improvise? Oh tidak rupanya, ianya sekadar gurauan akhir di atas pentas. Aku agak kecewa. Belasah je la buruk-buruk pun Petrucci hentak drum tu hahahaha...
Constant Motion
Panic Attack
Endless Sacrifice
The Dark Eternal Night
Forsaken
I Walk Beside You
Take The Time
Overture 1928/Strange Deja Vu medley (?)
Fatal Tragedy
Erotomania
Voices
The Spirit Carries On
It The Presence Of Enemies Parts 1&2
Pull Me Under/Metropolis medley
Kepada mereka yang tak boleh 'masuk' dengan Dream Theater, my sympathy because you are missing one of the greatest band in the world! Takpe cuba lagi. Masukkan CD Dream Theater itu sekali lagi ke dalam player moga-moga ianya boleh 'masuk'. Jangan putus asa.
biar betik setlist dia kat Adelaide ni macam?
ReplyDeleteaku suka siak setlist dia
banyak lagu Metropolis Pt II / Images and Words dan of course I walk beside u dan forsaken ekeke.
Kat spore dia main 3 jam, sapa2 yang tanya masa Helloween gig cakap DT gig untuk ni tour best, tapi satu kawan aku cakap tak best, pasal banyak lagu dorang main untuk ni tour kat Singapore kawan aku tak tahu ekeke