Friday, October 27, 2017

Ulasan: AL FARABI BAND We Have Landed CD


Nasyid metal? Ya, nasyid metal. Sesuatu yang pernah saya tulis pada tahun 2008 dulu (sila ke http://krenmaut.blogspot.my/2008/07/sudahkah-anda-bersedia-dengan-nasyid.html). Akhirnya telah direalisasikan oleh Al Farabi Band dengan sempurna. Ianya adalah - way of life.

We Have Landed ialah album kedua (saya sebenarnya yang tertinggal kapal). Dan sebenarnya AL FARABI BAND telah agak lama tertegak di persada muzik tempatan dengan genre nasyid metal ini. Cuma disebabkan nasyid adalah kontra kepada metal dari pelbagai segi, maka mereka agak tenggelam; kurang dikenali oleh peminat muzik metal tempatan.

Apapun, bagaimanakah dengan muziknya? Ya benar metal dengan perspektif muzik menjurus kepada heavy dan power metal. Nasyidnya lebih kemelayuan (bukan arabic). Namun untuk mengatakan muziknya adalah tulen original adalah agak berlebihan. Disebalik itu, liriknya lebih menonjol dengan elemen Islamik yang positif. Mungkin ada satu dua tempat yang liriknya bersifat menyindir/menghukum namun keseluruhannya bersifat positif dan menaikkan semangat Islamik para pendengar.

Produksi adalah cantik dan berkualiti tinggi. Saya difahamkan bahawa studio rakaman yang juga milik band ini menggunakan peralatan analog (kebanyakannya). Maka tidak hairanlah, bunyinya keluar jelas dan agak warm didengar.

Selain dari kelebihan nasyid dan metal; album ini juga menampilkan variasi elemen muzik. Ia bukan straightforward metal. Yang biasa dengan muzik metal pasti akan dapat mendengar pelbagai riffs dan rentak yang memberi homage  kepada Metallica, XPDC, Cromok dan sebagainya. Tanpa was-was lagi, album ini sangat disyorkan kepada peminat muzik metal. Tak tau la kot peminat nasyid boleh masuk dengan muzik metal? Berapa banyak punya metal daaaa...

Sam Cromok kata belilah!

4 comments:

  1. ok nak cari n wt ulasan gak.. heee..
    u are my idol wt blog boss...

    ReplyDelete
  2. cover art cantik, aksi ahli band ala2 jalan slow motion filem2 rajinikanth

    ReplyDelete
  3. MM lama tak buat blog... more more more

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:20 AM

    Best sound Dorang...tak banyak band2 metal Malaysia yang sound cantik cmni.dan yg penting lirik nya... Realiti kehidupan. Pegangan... tujuan. Amalan.. hidup kita...

    ReplyDelete