Friday, July 24, 2015

Kaya ke seorang akademik?

Saya ada sorang kawan rapat berpangkat Professor dari USA. Kalau saya ke USA, dia akan entertain saya dan kalau dia datang ke UTP, saya akan layan dia. Kami selalu bertukar pendapat. Antaranya, how is it like to be an academic in the USA in terms of wealth?

Dia kata, dia tak kaya, tapi apa yang dia nak (keperluan essentials) dia boleh dapat. Tapi akhir bulan, memang cash takde la.

Pelik kata hati saya. Rumah beliau besar dan mewah. Saya sempat main pingpong dengan anaknya di basement rumah dia yang besar. Kereta dia SUV Subaru (memang kereta kat sana super cheap). Groceries pun murah. Camana pulak cash takde... pelik. Saya tanya kenapa?

Sebab kebanyakan duit gaji dia habis untuk bayar rumah, insurans dan pendidikan anak yang sangat tinggi. Dan tax yang juga tinggi.

So by the end of the day, duit yilek. Tapi dia tak banyak komplen. Yang dia risau ialah, bila dia mati, adakah kerja akademik dia akan bagi impak kepada masyarakat dunia dan beliau akan dikenang oleh orang lain hasil kerja akademik beliau.

Kalau tak percaya, jika anda ada kawan rapat di luar negara, tanyalah beliau dari hati ke hati.

Maaf jika pandangan saya tak mainstream macam orang lain. Perspektif saya berbeza. Dan sebab itu, dari kacamata seorang akademik, saya tidak banyak merungut kerana saya tahu what it takes to be an academic in the USA. Kesimpulan saya ialah, di mana pun anda hidup di bumi yang luas terbentang ini, you get some, you lose some.

4 comments:

  1. rasanya hampir semua kerjaya ada pro & con

    ReplyDelete
  2. tengah berfikir adakah blog Kaboi Tanduk memberi impak kepada masayarakat dunia???

    ReplyDelete
  3. Dr, kaya harta tu mungkin tidak ...
    tapi semoga kaya pahala yang berterusan untuk bekalan di sana nnt ...


    ReplyDelete
  4. saya sokong komen di atas

    ReplyDelete