Thursday, July 30, 2015

Dilema beli kereta baru

Masa beli Grand Livina pada tahun 2010 dulu; dah test drive Proton Exora, Chery Eastar, Perodua Alza, Toyota Innova dan Avanza. Atas dasar optimization, saya mulanya booking Avanza, bayar RM2k.

Lepas booking, terasa nak test drive Grand Livina (GL) pula. Sebabnya tak test drive sebelum ini sebab saya rasa harganya agak mahal dibanding dengan yang lain sedangkan saiznya kecil.
Ketika test drive mpv yang lain, hati tidaklah terpikat. Masih ada ruang ragu2 dalam hati. Keputusan beli Avanza semata2 keperluan dan optimization. Kepuasan memandu, tolak tepi dulu. 

Apabila test drive GL, pada tekanan pedal pertama saya baru sedar bahawa inilah mpv yang patut saya beli. Tiada ragu2. Dan perbezaan harga antara Avanza dan GL telah dijustifikasikan pada ketika itu juga.

Pada hari yang sama saya booking Avanza, hari yang sama saya jatuh cinta dengan GL. Keesokan harinya saya kensel booking Avanza dan beralih kepada GL. And the rest is history. GL pun dah lunyai sekarang diguna sehabis mungkin. Umur 5 tahun odometer dah lepas 200k km perjalanan. Kepuasan penuh.

Moralnya: Apabila termenung tadi, maka dapat disimpulkan, ada sesetengah orang (seperti saya) yang tergolong kepada golongan "kepuasan memandu". Optimum dan keperluan adalah sesuatu yang penting juga tetapi "boleh" dijustifikasikan dengan kepuasan memandu. Gadgets juga bukan keperluan besar (sepertimana GL kalah dengan Alza; juga VW Passat kalah dengan Peugeot 508 dalam hal ini). Dan selalunya, apabila menjadikan kepuasan memandu sebagai turus terpenting, maka selalunya duit yang melayang tetapi of course, it is justified.

Terima kasih kerana membaca.


5 comments:

  1. subliminal message untuk pos semalam?

    ReplyDelete
  2. GL dah bertuka ke BMW?

    ReplyDelete
  3. untuk aku la MM, kadang2 kita kena percaya kat prinsip Kalah Membeli Menang Memakai. Kadang2 je la, kalau selalu abis la. haha.

    ReplyDelete
  4. aku bersyukur apa yg ada sekarang. tak mahu berhutang lagi.

    ReplyDelete