Tuesday, January 13, 2015

Ulasan: DEATH Vivus








Asalnya rilisan ini adalah dua rilisan berasingan Live In L.A. dan Live In Eindhoven yang mana kedua-duanya dirilis oleh syarikat Nuclear Blast. Kedua-dua rilisan dari Nuclear Blast agak minimal sekadar rilis saja. Live In L.A. dirilis untuk bantu perubatan Chuck Schuldiner yang masuk hospital sebelum kematian beliau dulu.

Relapse kemudiannya ambil lesen kedua rilisan tersebut dan merilis dalam bentuk 2-CD. Kelebihannya sebab reworked artwork yang lebih cantik dan juga liner notes dari Richard Christy drummer album The Sound Of Perserverance dan Eric Greif, bekas manager band.

Sound dari rakaman soundboard. Maka ia tidak menumpu kepada kualiti rakaman. Yang difokuskan adalah tenaga dan precision. Itulah yang disebut oleh Richard dalam liner notes beliau. Semasa mendapat jemputan ke Eindhoven, mereka semua teruja apatah lagi Richard yang 1st time nak perform di Europe. Maka mereka praktis 3jam sehari 6 hari seminggu. Masa main pula drummer Gene Hoglan (main dalam album Symbolic dan Individual Thought Patterns) pun ada. Gabra pulak jadinya. Tapi akhirnya, persembahan yang mantap menyelamatkan beliau dari sebarang kemaluan.

Sesungguhnya, jika anda memiliki dua album asal dari Nuclear Blast itu sudah memadai sebagai peminat kasual. Tetapi peminat kasual sudah tentu tidak akan membeli dua album dengan kualiti rakaman yang ala kadar aje. Maka, anda bukanlah lagi peminat kasual, bahkan dalam sempadan peminat tegar. Jika anda peminat tegar, sudah tentu Vivus! juga akan dibeli. Jika tidak, saya tidak tahu kategori apa yang patut diletakkan kepada anda.

Track listing

Disc 1 - Live In L.A. – December 5, 1998
No. Title Length
1. "The Philosopher"   03:40
2. "Spirit Crusher"   06:26
3. "Trapped in a Corner"   04:25
4. "Scavenger of Human Sorrow"   06:39
5. "Crystal Mountain"   04:47
6. "Flesh and the Power It Holds"   08:01
7. "Zero Tolerance"   05:00
8. "Zombie Ritual"   04:41
9. "Suicide Machine"   04:14
10. "Together as One"   04:11
11. "Empty Words"   07:03
12. "Symbolic"   06:16
13. "Pull the Plug"   06:22
Disc 2 - Live In Eindhoven – May 13, 1998
No. Title Length
14. "The Philosopher"   04:21
15. "Trapped In A Corner"   04:39
16. "Crystal Mountain"   05:01
17. "Suicide Machine"   04:19
18. "Together As One"   04:04
19. "Zero Tolerance"   04:50
20. "Lack of Comprehension"   03:46
21. "Flesh And The Power It Holds"   08:40
22. "Flattening Of Emotions"   04:26
23. "Spirit Crusher"   06:55
24. "Pull The Plug"   05:20
Total length:
128:07

1 comment: