Friday, January 09, 2015

Ulasan: DARKTHRONE The Underground Resistance

Cover artwork by Jim Fitzpatrick. Tau sape dia ni? Dia ni la pelukis iconic two-tone portrait of Che Guevara. Hebat!

Nocturno Culto. Gaya American.

Fenriz. Apa dia tengah buat ni? Joget? Jogging? Apapun perhatikan baju yang dia pakai tu. Ya, SCORPIONS In Trance!

Sepatutnya gambar Nocturno Culto tapi cuma gambar bayang-bayang, saya abaikan. Ni Fenriz sedang ski.
Nocturno Culto posing dengan gitar. Perhatikan beliau memegang gitar GIBSON Explorer. Juga perhatikan gitar GIBSON Les Paul Black Beauty (tapi pickguard putih). So what? Saya pun memiliki kedua-dua jenis model :)

Fenriz bersantai bersama anjing yang tidak dikenali.

Nocturno Culto selfie.

Fenriz baru bangun tidur? Agak-agak la tidur pakai jaket. Ada logiknya juga kan di Norway sejuk.
Untuk mereka yang tidak tahu, Fenriz ada blog juga (macam saya). Layari http://thebandoftheweek.blogspot.com/

Enam buah lagu. Nocturno Culto nyanyi no 1 Fenriz nyanyi no 2 berulang-ulang sampai habis.
Banyak cakap tak payah. DARKTHRONE masih memegang takhta Black Metal dunia, walaupun muzik yang dimainkan sudah tidak Black Metal dalam ertikata umum. Mungkin kita ambil attitudenya saja. Beberapa album kebelakangan walaupun jelas unsur punk tetapi gaya penampilan mereka tidaklah punk. Punk ala-Motorhead mungkin ada iras.

Pejam celik pejam celik, ini adalah album yang ke-15. Setelah beberapa album DARKTHRONE berubah angin dengan muzik bersalut punk yang tebal, album kali ini mereka cuba me-metal-kan kembali. Namun, elemen punk itu tidaklah ditinggalkan semuanya. Cuma tidak jelas. Yang nyata, lagu-lagunya banyak terkesan dengan zaman klasik Heavy Metal 80an.

Sebagai contoh, lagu Valkyrie sekali dengar memang seolah-olah mendengar lagu Helloween zaman Kai Hansen jadi vokal. Bahkan, Fenriz menyanyi pun (siap dengan off-key) ikut gaya Kai Hansen.

Telah saya nyatakan dari gambar album di atas bahawa Fenriz dan Nocturno Culto bergilir-gilir mengambil tempat vokalis. Mereka menyanyikan lagu ciptaan masing-masing. Ini memudahkan individu-individu ini menyuntik pengaruh masing-masing di dalam lagu tersebut. Untuk lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Fenriz, muziknya lebih kepada Heavy Metal tahun 80an - power metal, heavy/thrash mid-tempo.

Lagu-lagu nyanyian Nocturno Culto agak ketara bezanya dengan Fenriz. Beliau lebih kental mengekalkan elemen punk/black metal, walaupun sedikit. Mungkin disebabkan vokal beliau yang lebih kasar dan fokus dari Fenriz yang sekejap begitu sekejap begini.

Dengan lain perkataan, album ini agak fragmented disebabkan penyisihan dua individu ini. Mungkin ada yang akan mula banding-membanding dan bisik-bisik siapa yang lagi bagus. Saya tak rasa mereka berdua akan merasa terkesan dengan perbandingan ini. Bro, diorang dah lebih 20 tahun tak peduli apa kata orang bro, kenapa sekarang mereka perlu ambil kisah? Attitude ini adalah antara sebab besar ramai termasuk saya tabik hormat dengan DARKTHRONE.

3 comments: