Ada seal of authentication. |
Dua tahun selepas rilisan pertama (diulas di sini), THE CASKET kembali dengan album penuh bertajuk Rise The Undead. Meneruskan misteri siapakah pemain disebalik band ini (tiada info whatsoever tentang ahli band). Ini agak menggelisahkan. Menulis bukan kerana nama bukanlah isunya. Tetapi saya perlu tahu sekadar untuk memuaskan hati yang mahukan jawapan.
Tetapi isu yang lebih besar tidak kira siapa ahli muzik di sebalik sebuah album ialah, adakah album itu sendiri baik dari segala segi? Jawapan kepada ini memerlukan dua kali dengar, menganalisa setiap lagu, memberi perhatian kepada produksi dan melihat/memegang CD untuk mengambil feel (seperti membeli durian; jika tidak disentuh durian yang mahu dibeli rasa macam tak cukup syarat beli walaupun ia tidak menjanjikan isi yang elok).
Bercakap tentang muziknya, THE CASKET masih meneruskan muzik death metal seperti EPnya. Feel oldschoolnya masih terasa. Adakah masih menggunakan drum machine, saya agak pasti ya. Lagu-lagunya dipelbagaikan dari segi corak, tempo dan struktur namun ia tidaklah nyata kerana hanya peminat death metal saja yang mampu melakukan analisa ini. Cuma apabila lagu instrumental yang terselit yang cuba mengeksploitasi gitarisnya yang boleh menggoreng, ianya kedengaran agak janggal seperti salah tempatnya di dalam album kerana ia adalah instrumental balada. Oh ya, lagu cover SKID ROW Slave To The Grind boleh tahan rupanya. Saya tiada reference perbandingan kerana saya tidak pernah mendengar lagu tersebut dalam bentuk asal.
Dari segi kualiti soniknya pula; saya ingin anda memvisualkan situasi ini. Track pertama adalah sebuah intro. Apabila didengar melalui headphone, anda seolah-olah mendengar satu track yang dihasilkan oleh DVD HD. Tetapi sebaik saja lagu pertama dimainkan, serta merta kualiti soniknya jatuh hampir 100%. Saya rasa ini strategi yang salah. Sebabnya adalah kebiasaan apabila kita menggunakan klip filem, bunyi klip tersebut adalah low definition. Ini jadi terbalik pula.
Saya cuma betul-betul berharap supaya modal yang dikeluarkan agak mahal untuk mencetak kilang pakej CD ini disama-kualitikan dengan sewaan studio yang lebih baik.
terbaik ulasannya, cd ni dalam radar aku juga ni utk dimiliki. hehe
ReplyDeletekomen ikhlas aku, lagu2 dah bagus.. cuma perlu kualiti dari segi sound produksi.. sama mcm ayat last anda..
ReplyDeleteHarap2 akan mendengar album mereka tidak lama lgi.
ReplyDelete