Wednesday, December 03, 2014

Ulasan: SAXON Innocence Is No Excuse (1985)


Pertama sekali, kulit album gadis sunti gigit epal ni memang cantik. Saya terpikir siapakah beliau ini? Agaknya mungkin umur beliau 13-15 tahun ketika gambar ini diambil pada tahun 1985. Mungkin beliau sudah berumur 42 atau 45 sekarang. Di manakah beliau dan apa beliau buat sekarang ini?

Setanding dengan kulit album yang cantik, isi (lagu) yang disajikan pun cantik juga. Kemuncak dalam album ini sudah tentulah lagu Rock N Roll Gypsy dan Rockin Again. Dua lagu tersebut merupakan dua buah lagu yang pertama kali saya dengar semasa zaman remaja saya melalui kaset-kaset kompilasi. Suara Biff Byford begitu merdu ketika ia ditarik dan mendayu-dayu ketika instrumen bergerak perlahan. Jika anda biasa dengan SAXON, anda akan faham. Jika anda tidak biasa dengan SAXON, maka dengarkanlah kedua-dua lagu tersebut.

Dengan menggunakan persamaan matematik yang sama, lagu Call Of The Wild dan Back on the Streets juga dipersembahkan dengan baik. Malahan, boleh dikatakan album ini banyak menggunakan congakan yang sama. Ini tidak bermakna album ini menjadi hambar sebaliknya SAXON menggunakan kelebihan ini untuk sebaliknya. Selesai ambil kira hal ini, saya membuat keputusan bahawa side A dalam album ini lebih baik dari Side B.

Namun begitu, ini berlawanan dengan kehendak komersil kerana album ini gagal dijual dengan baik. Tetapi soalannya, sejak bila kita mendengar sesuatu berdasar atau jualan? Bukankah jual atau tidak jual bergantung dengan sekuat mana promosi yang dilakukan oleh syarikat rakaman? Jika ini diambil kira, sudah tentu SAXON tidak boleh dipersalahkan.

Oh ya, jangan lupa check-out double guitar solo Graham Oliver dan Paul Quinn yang saya rasa setanding dengan Downing/Tipton (Judas Priest).

Track listing

Side one
No. Title Writer(s) Length
1. "Rockin' Again"   Biff Byford, Graham Oliver, Steve Dawson 5:12
2. "Call of the Wild"   Byford, Paul Quinn, Oliver, Dawson, Nigel Glockler 4:03
3. "Back on the Streets"   Byford, Quinn, Oliver, Dawson, Glockler 3:59
4. "Devil Rides Out"   Byford, Dawson 4:23
5. "Rock 'n' Roll Gypsy"   Byford, Dawson 4:13
Side two
No. Title Writer(s) Length
6. "Broken Heroes"   Byford, Dawson 5:27
7. "Gonna Shout"   Byford, Quinn, Oliver, Dawson, Glockler 3:58
8. "Everybody Up"   Byford, Dawson 3:28
9. "Raise Some Hell"   Byford, Dawson 3:40
10. "Give It Everything You've Got"   Byford, Quinn, Oliver, Dawson, Glockler 3:27

4 comments:

  1. Saxon ni aku tak pernah dengar album ni..
    Aku pun tak pernah nampak cover album ni jugak haha...

    ReplyDelete
  2. Sejak kali pertama dengar "Rockin' Again" kat kaset apache "Kerrang Kompilation"...terus jatuh hati...memang berhantu lagu ni...

    ReplyDelete
  3. erkk.. tak pernah denga.. sebab tahun 1985 tu baru umo 2 tahun.. hehhee..

    ReplyDelete
  4. Aku pun cuma ada rekod saxon crusader ngan rock the nation je..album ni belum penah jumpa..baru harini tau..hehe

    ReplyDelete