Monday, December 29, 2014

Ulasan: KATE BUSH The Kick Inside LP


Terbaca pasal Kate Bush online nak rilis reissue sebab tak pernah reissue yang special. Peminat ramai mau. Dan terbaca tentang "peculiar" tentang vokal beliau yang menyebabkan beliau dapat status cult.
Berdasarkan atas maklumat ini, TANPA mendengar mp3, saya pun cari lah albumnya. Excited juga menunggu sebab saya konfiden, mesti ada sesuatu yang betul-betul menarik tentang beliau ni.

Tambahan pula, album 1st ini dibantu oleh ramai nama2 hebat dalam scene prog rock antaranya Stuart Elliott of The Alan Parsons Project dan David Gilmour of Pink Floyd (!).

Teka umur berapa Kate Bush rakam album ni? 19 tahun. Dan KESEMUA lagu adalah ciptaan beliau sendiri.

Verdict? Nampak gaya album pertama ini menjadi sebab saya terpaksa kumpul full discography. It's that good, seriously.

Wednesday, December 10, 2014

Wordless Wednesday: IRON MAIDEN boxset reissue 2014



It is a 8-LP boxset. I have six so far. Two are coming soon.

Friday, December 05, 2014

LANGSUIR (LANGSUYR) Ganas betul mamat ni 20 tahun yang lalu

Menggamit memori lampau.

Ini adalah keratan interview saya pada tahun 1994 ketika bersama Langsuir (sekarang Langsuyr). Masa tu kami baru saja selesai merakamkan demo bertajuk Occultus Mysticism. Selepas persembahan ulung di Garfunkel Pub (yang mana saya tidak hadir kerana ada ujian Bahasa Malaysia di UTM), Langsuir mendapat pengiktirafan yang hebat dari peminat muzik metal underground serantau.

Umur ketika itu 19 tahun. Darah muda. Oleh itu saya ingin meminta maaf kepada semua mereka (sekarang dah berkawan lama pun) yang secara sengaja atau tak sengaja yang telah saya slander. Berbahagialah kepada mereka semua yang tak pernah slander sesiapa pun kerana slander ini adalah amalan tak mulia.

(Klik imej atau link untuk baca dengan saiz penuh)



Thanks to http://sendbackmystamps.org/ for this piece of history.

Thursday, December 04, 2014

Beberapa posisi Ismail

Ismail: Bapak, pasang lagu.

Bapak: Lagu apa?

Ismail: Emmm... Dream Theater.

Bapak: OK...

(Pilih kat rak cd beberapa ketika... hmmm apa album mau pasang ni?)

Playing DREAM THEATER A Change Of Seasons CD.

 


Dah tidur, saya akan usher dia masuk bilik dan ruang ini kembali menjadi milik saya :)

Wednesday, December 03, 2014

Ulasan: SAXON Innocence Is No Excuse (1985)


Pertama sekali, kulit album gadis sunti gigit epal ni memang cantik. Saya terpikir siapakah beliau ini? Agaknya mungkin umur beliau 13-15 tahun ketika gambar ini diambil pada tahun 1985. Mungkin beliau sudah berumur 42 atau 45 sekarang. Di manakah beliau dan apa beliau buat sekarang ini?

Setanding dengan kulit album yang cantik, isi (lagu) yang disajikan pun cantik juga. Kemuncak dalam album ini sudah tentulah lagu Rock N Roll Gypsy dan Rockin Again. Dua lagu tersebut merupakan dua buah lagu yang pertama kali saya dengar semasa zaman remaja saya melalui kaset-kaset kompilasi. Suara Biff Byford begitu merdu ketika ia ditarik dan mendayu-dayu ketika instrumen bergerak perlahan. Jika anda biasa dengan SAXON, anda akan faham. Jika anda tidak biasa dengan SAXON, maka dengarkanlah kedua-dua lagu tersebut.

Dengan menggunakan persamaan matematik yang sama, lagu Call Of The Wild dan Back on the Streets juga dipersembahkan dengan baik. Malahan, boleh dikatakan album ini banyak menggunakan congakan yang sama. Ini tidak bermakna album ini menjadi hambar sebaliknya SAXON menggunakan kelebihan ini untuk sebaliknya. Selesai ambil kira hal ini, saya membuat keputusan bahawa side A dalam album ini lebih baik dari Side B.

Namun begitu, ini berlawanan dengan kehendak komersil kerana album ini gagal dijual dengan baik. Tetapi soalannya, sejak bila kita mendengar sesuatu berdasar atau jualan? Bukankah jual atau tidak jual bergantung dengan sekuat mana promosi yang dilakukan oleh syarikat rakaman? Jika ini diambil kira, sudah tentu SAXON tidak boleh dipersalahkan.

Oh ya, jangan lupa check-out double guitar solo Graham Oliver dan Paul Quinn yang saya rasa setanding dengan Downing/Tipton (Judas Priest).

Track listing

Side one
No. Title Writer(s) Length
1. "Rockin' Again"   Biff Byford, Graham Oliver, Steve Dawson 5:12
2. "Call of the Wild"   Byford, Paul Quinn, Oliver, Dawson, Nigel Glockler 4:03
3. "Back on the Streets"   Byford, Quinn, Oliver, Dawson, Glockler 3:59
4. "Devil Rides Out"   Byford, Dawson 4:23
5. "Rock 'n' Roll Gypsy"   Byford, Dawson 4:13
Side two
No. Title Writer(s) Length
6. "Broken Heroes"   Byford, Dawson 5:27
7. "Gonna Shout"   Byford, Quinn, Oliver, Dawson, Glockler 3:58
8. "Everybody Up"   Byford, Dawson 3:28
9. "Raise Some Hell"   Byford, Dawson 3:40
10. "Give It Everything You've Got"   Byford, Quinn, Oliver, Dawson, Glockler 3:27

Tuesday, December 02, 2014

Ulasan: FOCUS Moving Waves


Pada saya, era 70an adalah era muzik yang terbaik. Ini adalah era yang mana kebanyakan artis tidak kira solo ataupun band, bebas menggunakan segala kreativiti yang ada untuk bikin lagu. Mungkin juga didorong oleh teknologi dan teknikaliti dalam industri muzik yang baru berkembang pada era ini. Terutamanya dengan muzik prog-rock yang mencapai kegemilangannya pada waktu ini.

FOCUS adalah sebuah band prog-rock dari Netherlands yang tidaklah semahsyur PINK FLOYD dan RUSH. Saya sendiri pun tidak mengenalnya jika tidak disebabkan saya rajin merayau-rayau di ruang siber untuk mencari band baru. Saya dapati dari aktiviti rayau saya ini, ramai juga peminat prog-rock menobatkan band ini sebagai band yang baik.

Lantas saya pun mencuba album yang paling disyorkan mereka, Moving Waves yang dirilis pada tahun 1971. Ia merupakan album kedua dan paling berjaya dimana ia sampai ke carta Top Ten di negaranya sendiri, UK dan USA. Kenapa agaknya?

Ia disebabkan sebuah lagu paling menangkap, Hocus Pocus. Lagu ini memang pelik. Ia bermula dengan riff gitar dan drum/bass biasa. Hinggalah vokalnya masuk. Vokalnya menggunakan teknik yodeling! Sekali dengar sudah pasti akan terpahat di kepala.  Kombinasi yodelling ini, dengan riff gitar (agak berat) dan keseluruhan muzik prog-rock yang bertenaga memberikan impak kepada pendengar.

Jika anda mendapatkan piring hitam, pada side-B, kita disajikan dengan sebuah lagu epik panjang 22 minit bertajuk Eruption. Standard lagu epik sebegini ialah mempunyai beberapa bahagian. Selalunya ada bahagian slow/moody, kemudian bahagian nyanyian, bahagian instrumen menunjuk kehebatan masing-masing. Untuk pendengar baharu, ini adalah sesuatu yang menakjubkan namun pada pendengar veteran, ia adalah biasa. Namun begitu lagu epik sebegini sentiasa dinanti-nantikan kerana ini adalah sebabnya mengapa prog-rock bercambah di zaman 70an. Dengan lain perkataan, di sebalik lambakan lagu epik ini yang disajikan oleh kebanyakan band prog-rock 70an, ia tidak pernah membosankan.

Track listing

Side one
No. Title Writer(s) Length
1. "Hocus Pocus"   Thijs van Leer, Jan Akkerman 6:42
2. "Le Clochard"   Akkerman 2:01
3. "Janis"   Akkerman 3:09
4. "Moving Waves"   van Leer, Inayat Khan 2:42
5. "Focus II"   van Leer 4:00
Side two
No. Title Length
6. "Eruption"
  • "Orfeus" (van Leer)
  • "Answer" (van Leer)
  • "Orfeus" (van Leer)
  • "Answer" (van Leer)
  • "Pupilla" (van Leer)
  • "Tommy" (Tom Barlage)
  • "Pupilla" (van Leer)
  • "Answer" (van Leer)
  • "The Bridge" (Akkerman)
  • "Euridice" (van Leer, Eelko Nobel)
  • "Dayglow" (van Leer)
  • "Endless Road" (Pierre van der Linden)
  • "Answer" (van Leer)
  • "Orfeus" (van Leer)
  • "Euridice" (van Leer, Nobel)"  
22:35
  • 1:22
  • 1:35
  • 1:20
  • 0:52
  • 1:03
  • 1:45
  • 0:34
  • 0:21
  • 5:20
  • 1:40
  • 2:09
  • 1:36
  • 0:34
  • 0:51
  • 1:37

Monday, December 01, 2014

Harga minyak turun ekonomi negara pun jatuh?


Musyrif Abu Bakar  telah bertanya di fb beliau:
Ok benda ni aku tak belajar dulu.
Rupa-rupanya penurunan harga petrol bukan ssesuatu yang baik seperti yang semua orang sangka. Bakal mengundang inflasi.
Ada sapa-sapa boleh terangkan dalam penjelasan yang mudah difahami?

Saya menjawab ikut pemahaman saya seperti berikut:

Bahasa mudah cam ni kot... kalau keuntungan dari minyak tak berbaloi dengan usaha maka production pun tak banyak. Jualan sikit, tax sikit. Companies scale down employee (buang) untuk cut cost. Gomen yang 30-40% income dari royalti/tax minyak pun pasti akan suffer. Itu kot?

Ye la macam harga sawit atau getah la. Kalau harga jadi rendah. Boleh guna logik mudah camtu.

Saya dengar depa tengah push untuk shale gas. Shale gas ni paling banyak reserve kat North America dan China. Kat Arab yilek. We will wait and see.

Mungkin tak perang di China. Amerika dah menyampah kot perang kat tanah arab. Dari belanja berbilion perang baik belanja naik taraf exploration shale gas yang sebelum ini ditinggalkan.

Kami di UTP atas arahan Petronas telah awal lagi (sejak 2012) untuk terjun dalam teknologi shale gas. Kami telah establish working group bersama universiti dan companies di US untuk ini. Saya sendiri telah ikut trip ini 2 kali. Petronas telah invest di Canada. Ini adalah inisiatif Petronas dan mereka telah rasa bahangnya awal lagi.

Banyak mana PETRONAS dapat dari penjualan minyak akan beri kesan kepada pendapatan negara. 

Malaysia's oil and gas production is depleting and sustaining production will become more challenging due to matured basins, technically challenging reserves and stranded marginal oil and gas fields.

To promote the development of new oil and gas resources, provide incentives to develop technical-challenging resources and to further stimulate domestic exploration activities, the Government gazetted the Petroleum Income Tax Act (2010).

The new incentives are expected increase petroleum revenue by RM58.2 billion to the Government over the next 20 years but a notional trade-off of RM8.1 billion from revenue foregone from investment tax allowances, reduced tax and export duty waiver for marginal fields.

Downstream activities are regulated by two ministries: the Ministry of International Trade and Industry is responsible for all licences relating to refining, processing and petrochemicals sectors, while the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs is responsible for licences to market and distribute petroleum products. http://www.mprc.gov.my/industry/history-of-oil-gas-in-malaysia

Dan hari ini, PETRONAS melaporkan;


SOALANNYA yang perlu dijawab oleh semua antara kita:

Apa tindakan anda? Menyusun kembali strategi masing-masing atau berdemo (di padang atau di fb)?