Thursday, November 27, 2014

Ulasan: MR BUNGLE s/t CD


Asalnya dengar nama MR BUNGLE dari lagu SACRED REICH, lagu 31 Flavors dalam album The American Way. Lama dah dengar tu, masa album The American Way keluar tahun 1990. Tetapi tidak berkesempatan nak dengar. Hati tetap ada curious.

Mr. Bungle
is so very cool
so don't be
an ignorant fool
there's so much music
for you to choose
so don't just be
a metal dude
it's cool fool - (31 Flavors)
Akhirnya, dapat beli. Bila google, rupa-rupanya band lama Mike Patton (FAITH NO MORE). Memang betul seperti yang dikatakan oleh SACRED REICH, anda kena betul open-minded untuk menerima MR BUNGLE. Zaman dulu, open-minded adalah sesuatu taboo, apatah lagi bila serangan Black Metal Norway melanda minda mat metal kental.

Album ini adalah album pertama. Namun begitu, band ini sudah wujud sejak 1985 dengan rilisan beberapa demo. SACRED REICH meletakkan lirik ini pada album mereka tahun 1990 sedangkan album pertama MR BUNGLE ini rilis tahun 1991. Ini menunjukkan bahawa MR BUNGLE sudah dikenali sebelum album pertama ini diriliskan. Belum ada album sudah begitu influential.

Kedengaran di dalam album ini adalah sebuah album rock eksperimental. Tiada definisi tertentu. Ianya berat namun disaluti dengan huru hara, elemen terkejut, melankoli, lawak dan apa saja yang terlintas ketika setiap lagu dicipta. Walaupun kedengaran rojak tetapi saya percaya, ia dibina di atas struktur melodi yang dirintis lebih awal. A planned and well-thought album, walaupun kritik mengatakan album ini sebagai "dizzying, disconcerting, schizophrenic tour through just about any rock style the group can think of, hopping from genre to genre without any apparent rhyme or reason, and sometimes doing so several times in the same song."

Atas sebab ini saya lebih tabik hormat kepada Mike Patton (beliau menggunakan nama pena, Vlad Drac dalam album ini). Saya hanya mengenali beliau melalui FAITH NO MORE, itupun dari satu album hits beliau, The Real Thing. Album ini membuka minda saya kepada muzik yang merentas dimensi ruang dan masa. Oleh itu, album ini bukan untuk semua untuk faham dan hadam. Jika tiada asas, maka mudah untuk pening dan merungut tak puashati. Lebih kurang macam menonton filem Interstellar.

6 comments:

  1. gitaris band ni pon main utk fNM jgk

    ReplyDelete
  2. sama dengan...tahu melalui lirik 31 Flavors... tapi memang susah nak hadam...

    ReplyDelete
  3. ooo tak pernah tahu pasal ni..
    FNM memang stylo , bawak lagu Commodores Easy cam takde benda...
    Live pulak sambung Technotronics Make My Day kat Epic...
    ada New Kids On The Block..
    menghiburkan haha

    ReplyDelete
  4. Mike Patton pun kira genius jugak.banyak skor filem2 hollywood pun dia yg buat.FNM cover lagu reunited pun best jugak..heheh

    ReplyDelete
  5. Kagumnya saya membaca posting tentang lagu lagu yang langsung diluar kefahaman. Inilah yang dikatakan perbizaan era. Kalau bercakap tentang Bengawan Solo munkin fahamlah!

    ReplyDelete
  6. desert search for techno Allah?

    ReplyDelete