Tuesday, November 11, 2014

The ABC’s of Punk #26 : Z is for ZERO BOYS


Aku mula jatuh cinta dengan muzik bising bernama Punk Rock sejak umur aku 16 tahun dan hingga hari ini muzik ni kekal jadi soundtrack hidup aku sehari-hari. Senarai "ABC’s of Punk” ni bukanlah senarai muktahir untuk muzik punk, hanya setitik rasa dari lautan genre muzik yang penuh variasi dengan bands pelbagai aneka. Setiap budak punk ada senarai tersendiri, cuma citarasa aku lebih ke arah muzik punk yang lebih hardcore yang mungkin kurang mesra buat telinga pendengar baru. Senarai ni hanyalah tribute aku kepada piring hitam dan muzik yang bukan saja jadi peneman masa lapang aku, tapi pencorak identiti dan keperibadian aku. Aku akhiri senarai ni dengan satu lagi piring hitam band hardcore dari old school early 80’s US hardcore scene (my favourite stuff) bernama ZERO BOYS. Tapi jangan hanya stop dengan huruf “Z”, bakar senarai "ABC’s of Punk” ni dan pergi discover semua punk bands kat luar sana dan bikin senarai "ABC’s of Punk” kau sendiri! Bak kata legend punk Kuala Pilah, The Bollocks… VIVA LA PUNK!

Tahun aktif:
1979—1985, 1988—1993

Asal:
Indianapolis, Indiana, US

Stail muzik:
Punk Rock, Hardcore

Influences:
The Germs, The Dictators, The Stooges, MC5

Original line-up (1979):
Vocals - Paul Z Mahern, Guitars - Terry Hollywood, Bass - John Mitchell, Drums - Mark Cutsinger

Album/release paling best & wajib beli/download:
ZERO BOYS — Vicious Circle LP (Nimrod Records, 1981)

Lagu paling gempak:
“Amphetamine Addiction"

Trivia:
Zero Boys punya first 7” EP dari tahun 1980 masuk dalam senarai Top 10 piring hitam hardcore punk paling mahal dalam dunia. Kali terakhir ia dijual pada bulan Februari tahun ni dengan harga USD1,800 (RM5,850). Klik link ni untuk tengok piring hitam lain dalam senarai Top 10 ni: http://www.swedishpunkfanzines.com/?page_id=386


FAHMI REZA

No comments:

Post a Comment