Saturday, November 01, 2014

The ABC’s of Punk #16 : P is for POISON IDEA


POISON IDEA ialah band punk dari Portland, US yang terkenal pada zaman awalnya kerana muzik raw fast angry hardcore thrash mereka yang diinspirasi oleh Black Flag dan Discharge. Poison Idea jugak famous sebab kegilaan live shows mereka — penyanyinya suka telan suit syiling, suka toreh kulit mereka dengan simbol dan perkataan, kencing dalam mulut orang, pecahkan pentas, dan macam-macam lagi. Walaupun gila tapi muzik mereka tetap jadi inspirasi pada macam-macam punk bands, termasuk bands di luar punk scene macam Nirvana, Pantera, Machine Head dan Napalm Death. Tahun 1984 mereka keluarkan 2nd EP dengan tajuk sarkastik “Record Collectors Are Pretentious Assholes” (dalam gambar ni), tapi yang ironiknya gambar kat depan album cover tu adalah koleksi piring hitam gitaris Poison Idea, Pig Champion yang juga seorang record collector!

Tahun aktif:
1980–1993, 1998–present

Asal:
Portland, Oregon, US

Stail muzik:
Hardcore

Influences:
The Germs, Black Flag, Discharge

Original line-up (1981):
Vocals - Jerry A. (18 tahun), Guitars - Tom "Pig Champion" Roberts (22 tahun), Bass - Chris Tense (18 tahun), Drums - Dan Johnson (18 tahun)

Album/release paling best & wajib beli/download:
POISON IDEA — Pick Your King 7” EP (Fatal Erection Records, 1983)

Lagu paling gempak:
"This Thing Called Progress"

Trivia:
Poison Idea ni terkenal dengan pendirian anti-straight edge mereka. Pada tahun 1989, Poison Idea keluarkan satu piring hitam bertajuk “Ian Mackaye” dengan gambar lubang bontot (asshole) kat depan cover.


FAHMI REZA

No comments:

Post a Comment