Wednesday, October 15, 2014
The ABC’s of Punk #3 : C is for CRASS
The ABC’s of Punk #3
…………………………………………
C is for CRASS
………………………………………...
CRASS terkenal hingga hari ni sebagai band paling politikal, paling radikal dan paling revolusioner dalam sejarah muzik punk. Kalau Sex Pistols dan The Clash hanya nyanyi pasal anarki dan rebellion, Crass betul-betul amalkannya dalam cara hidup communal mereka, dalam persembahan mereka, cara mereka keluarkan muzik mereka secara DIY, dan cara mereka jadikan muzik punk sebagai senjata politik. Crass membuktikan bahawa punk bukan sekadar fesyen dan muzik semata-mata, tapi bisa jadi sebuah gerakan yang menggugat.
Tahun aktif:
1977—1984
Asal:
Essex, England
Stail muzik:
Anarcho-punk
Influences:
Sex Pistols, The Clash, John Cage
Original line-up (1977):
Vocals - Steve Ignorant (20 tahun), Guitars - Phil Free (?), Guitars - Andy Palmer (?), Bass - Pete Wright (18 tahun), Drums - Penny Rimbaud (34 tahun), Artwork - Gee Vaucher (32 tahun)
Album/release paling best & wajib beli/download:
CRASS — The Feeding Of The 5000 LP (Crass Records, 1979)
Lagu paling gempak:
“Bloody Revolutions"
Trivia:
Nama band ni diambil dari lirik lagu David Bowie bertajuk “Ziggy Stardust”, dari baris lirik "…the kids was just crass”.
FAHMI REZA
No comments:
Post a Comment